Umno hanya main-main dalam isu Melayu Pulau Pinang
Wednesday, October 02 @ 09:34:54 MYT


Oleh Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 2 Okt (Hrkh) - Umno hanya main-main dalam isu terpinggirnya
kedudukan Melayu di Pulau Pinang dan tidak langsung meneruskan usaha untuk
mempertahankannya agar menjadi agenda Kerajaan Negeri untuk bertindak
menyelamatkan keadaan tersebut.

Demikian kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman ketika
berucap dalam program penerimaan ahli baru Cawangan Penaja Taman Pauh Indah
di Kampung Besar baru-baru ini.
Menurutnya lagi, jika Umno benar-benar ingin mengenengahkan isu ini PAS ucap
terimakasih kerana selama ini apa yang dikemukakan oleh PAS menerusi forum
atau simposium sudah terbukti sehingga membuatkan Umno terpaksa mencari
pengaruh baru menjelang Pilihanraya Umum akan datang.
"PAS sudah agak Umno hanya main-main dalam isu terpinggirnya orang Melayu di
Pulau Pinang. Mereka hanya cari p! ublisiti murahan untuk mencari pengaruh
baru ekoran kebanyakan orang Melayu tidak lagi bersama parti itu dalam
pilihanraya umum lepas, " jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Permatang Pasir.
Kata Hamdan, PAS kenal siapa dia Ketua Umno Bahagian Jelutong, Dato' Ahmad
Ibni Hajar dan Ketua Umno Bahagian Bagan, Dato' Abdul Latif Mirasa.
Mereka ini sambungnya, merupakan golongan yang tidak 'laku' dalam Umno.
Maka, jalan singkat untuk meningkatkan pengaruhnya kembali sambil memasang
jerat kononnya sebagai pembela nasib Melayu di pulau yang dianggap mutiara.
"Sikap hangat-hangat tahi ayam tidak boleh dipakai dalam politik kerana ia
boleh mengundang kesan yang lebih dahsyat pada masa akan datang. Orang
Melayu tidak akan mempercayai lagi apa yang diperkatakan, " terangnya.
Kenapa isu yang begitu hangat tiba-tiba menjadi sejuk setelah Perdana
Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad tiba di Pulau Pinang atas nama
merasmikan ! program 30 tahun industri di negeri ini, tanya Hamdan.
Bertambah aneh sambung beliau, kedua dua orang yang lantang sebelum ini
seolah-olah menyembunyikan kepala dalam baju takut untuk bersuara.
"Kita tahu semuanya itu lakunan untuk mewujudkan ketegangan dan bila
Kerajaan Negeri di bawah penguasaan parti Gerakan melatah akan lahirlah
api-api perkauman, " tegas beliau.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke