Ustaz Hadi kecam tindakan Amerika menyerang Iraq
Monday, September 09 @ 17:22:34 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Tuan
Guru Haji Hadi Awang mengecam tindakan Amerika menyerang Iraq dan
mensifatkannya sebagai tindakan zalim dan kejam serta bercanggah dengan
prinsip keadilan antarabangsa.

Ini, katanya, disebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa dan menjadi mangsa
serangan tersebut malah kerajaan Amerika sendiri belum dapat membuktikan
dengan jelas bahawa Iraq mereka melakukan kesalahan seperti didakwa Amerika.
Bercakap kepada pemberita di Bangunan Parlimen pagi tadi selepas selesai
perbahasan hari pertama bagi penggal ke empat sidang Dewan Rakyat beliau
berkata, sehingga hari ini pihak penyiasat senjata Iraq tidak dapat memberi
bukti yang boleh menghalalkan serangan Amerika terhadap I! raq.
"Kita sangat mengalu-alukan sikap beberapa buah negara Eropah yang bersama
negara Islam memprotes serangan yang dialakukan oleh Amerika," tegasnya.
Menurut Ustaz Hadi, serangan yang dilakukan itu tidak menolong memerangi
pengganas. Katanya, menentang keganasan tidak seharusnya dengan keganasan
lagi pun sikap tersebut tidak betul dan tidak adil.
"Serangan tersebut bukan saja dikutuk negara Islam bahkan negara yang
cintakan keamanan dan keadilan," katanya.
Beliau juga mahukan Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
bertindak lebih positif dan ia tidak sepatutnya menjadi pemerhat saja.
"Satu tindakan berkesan hendaklah diambil terutamanya negara Islam dan
negara yang sedang membangun kerana mereka mempunyai bahan dan sumber
ekonomi yang memberi kekuatan kepada barat," katanya.
Menurut Ustaz Hadi, sekiranya kerjasama dapat dilakukan oleh semua negara
ini tanpa menghiraukan kesan tekanan, mereka mampu menghadapi semua cabara! n.
Contohnya, beliau berkata pada zaman pemerintahan Al-marhum Raja Faisal Al
Fadh memerintah Arab Saudi dulu pernah dilakukan sekatan minyak terhadap
Amerika apabila Amerika menyokong Israel.
Beliau juga tidak bersetuju langkah Amerika yang tidak memberi hak kepada
negara lain untuk memiliki kekuatan dan senjata canggih untuk pertahanankan
tanah air negara masing-nmasing.
"Walaupun dalam Islam senjata pemusnah tidak diizinkan tetapi kita tidak
mahu Amerika menghalalkan kuasa-kuasa besar menggunakannya," katanya.
Sementara itu menjawab soalan sama ada pembangkang akan bekerjasama dengan
kerajaan mengenai bantahan serangan tersebut beliau berkata, pembangkang
akan mengambil langkah bersama seperti mana isu Bosnia dan Palestin.
"Kita akan bersama menghadapi perkara ini demi kepentingan di peringkat
nasional dan antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu beliau yang diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pembangkang
Malaysia oleh Speaker D! ewan Rakyat, Tun Zahir Ismail, berikrar akan
menyambung misi sebagai sebuah pembangkang yang sihat dan menegur serta
mengkritik kerajaan secara membina.
"Kita akan memainkankan peranan yang membina untuk menyuburkan demokrasi di
Malaysia dan mengemukakan pandangan bernas yang perlu diambilkira oleh pihak
kerajaan," katanya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost

Kirim email ke