*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu Alaikum all,

Apabila melihat kemungkaran(kesalahan dari segi
ethics) maka hendaklah mencegahnya dengan Tangan,
Lidah atau Hati. Kalau tidak akan dijadikan kepada
kita ketua dari orang zolim(yakni unfair) yangmana
kita tidak lagi berdaya menyekat kezolimannya.

Setelah orang zolim berkuasa, sistem kezoliman akan
menular(cascade downward) kedalam sistem kehidupan
harian kita. Gangsterisme(keangkuhan) adalah satu dari
manifestasinya. Keangkuhan(arrogance) akan melahirkan
banyak lagi keangkuhan.

Sistem demokrasi sebenar adalah berperinsipkan
anti-keangkuhan dengan beralaskan "Kuasa itu angkuh
dan kuasa penuh akan melahirkan keangkuhan
sepenuhnya". Mana-mana Demokrasi yang lari dari
ciri-ciri ini bukanlah lagi Demokrasi.

Untuk sama-sama difikirkan.

1. Zolim (didalam Al-Quraan)=Unfair
2. Ethics=pilihan moral(moral decision antara
haq-bathil)


IMMI


--- Haji Johari Adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> -KENYATAAN MEDIA-
> DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR
> KETUA PEMBANGKANG
> 27 JUN 2000
> 
> ‘MAHATHIR JANGAN POLITIKKAN GANGSTERISME DI SEKOLAH’
> 
> Masalah displin di sekolah-sekolah memang satu isu
> yang amat serius
> sehingga
> mencapai tahap yang membimbangkan semua pihak.
> Inilah bukti jelas
> kegagalan dasar
> pendidikan kerajaan BN yang sangat
> dibangga-banggakan itu.
> 
> Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima
> nilai-nilai baik tetapi
> nampaknya
> ini semua hanya retorika semata-mata. Ini kerana
> contoh yang ditunjukkan
> oleh pihak
> lain terutama orang dewasa yang berpengaruh dalam
> masyarakat tetapi
> menjadi ikutan
> oleh para remaja termasuk pelajar sekolah.
> 
> Kenyataan Dr Mahathir bahawa pelajar menjadi liar
> adalah akibat daripada
> pengaruh
> gerakan luar seperti reformasi adalah meleset
> samasekali. Sebenarnya
> pelajar
> mendapat ilham untuk melakukan perkara-perkara buruk
> setelah melihat
> gelagat
> pemimpin-pemimpin masyarakat terutama ahli politik
> pemerintah dan mereka
> yang biasa
> dianggap pelindung ketenteraman dalam masyarakat
> khususnya pihak polis.
> Juga tidak
> keterlaluan jika pengaruh media massa yang
> menonjolkan keganasan turut
> menyumbang
> kepada tingkahlaku ganas para pelajar kita sekarang.
> 
> Kalau pelajar menumbuk pelajar lain apakah ia tidak
> boleh dikaitkan
> dengan tindakan
> bekas ketua polis negara menumbuk bekas timbalan
> perdana menteri atau
> seorang bekas
> menteri besar menumbuk kakitangan MAS di KLIA tidak
> berapa lama dahulu?
> Kalau
> pelajar mengugut pelajar lain mungkinkah mereka
> dipengaruhi oleh perdana
> menteri
> sendiri yang dikatakan mengugut pegawai tinggi BPR
> supaya tidak
> meneruskan siasatan
> ke atas seorang ketua jabatan kerajaan? Dan jika
> seorang pelajar
> menyertakan
> sebutir peluru hidup bersama kad ucapan kepada
> gurunya apakah ia tidak
> belajar
> daripada tindak-tanduk pihak polis yang mengacukan
> pistol keatas kepala
> penunjuk
> perasaan dalam siri tunjuk perasaan aman satu ketika
> dahulu? Yang
> anehnya polis
> sendiri mengesahkan ayah pelajar terbabit itu
> sendiri seorang polis.
> Sebenarnya Dr
> Mahathir cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada
> masalah asas yang
> melanda
> sistem pendidikan dan persekolahan negara kita.
> 
>  Seorang yang waras pastinya akan menolak kenyataan
> Dr Mahathir. Masalah
> displin di
> sekolah-sekolah sudah wujud sekian lama, tetapi
> media massa pro-UMNO
> memilih untuk
> menonjolkan isu ini ketika ini untuk memberi
> ‘senjata’ kepada Dr
> Mahathir menyerang
> massa yang menentang pentadbiran beliau yang sangat
> korup itu.
> Barangkali Mahathir
> fikir bahawa teori rekaan beliau  bahawa ada
> usaha-usaha untuk
> ‘menjatuhkan
> Malaysia’ (sebenarnya mengusir beliau) akan lebih
> bermakna dan
> ‘credible’ jika
> semua masalah yang dihadapi dipersalahkan ke atas
> ‘pihak-pihak yang mahu
> mengancam
> kedaulatan Malaysia’.
> 
> Diagnosis yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap
> masalah ini adalah
> salah. Selagi
> Dr. Mahathir berpegang kepada diagnosis yang
> dibuatnya ini, pasti gejala
> 
> gangsterisme ini tidak akan dapat dirawat. Dr.
> Mahathir hanya menipu
> dirinya
> sendiri dan pemikiran rakyat pula cuba
> diselewengkan. Rakyat Malaysia
> tidaklah
> begitu naif untuk menerima bulat-bulat kenyataan
> dangkal seumpama itu.
> 
> 
> Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor
> Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
> 
> 
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Haji Johari Adam"
<[EMAIL PROTECTED]>


=====
Wassalam.

IMMI

                 ====&&&&    Dan adalah orang Islam itu :    &&&=======

1Tidak zalim   2. Tidak membazir 3. Menjaga keselesaan jiran 4.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke