Pengundi hantu akan mengundi paling awal



Terkini di Pendang/Anak Bukit - 7.00 pagi Khamis 18 Julai 2002
Para pengundi yang dikatakan pengundi hantu kini dihantar terus ke pusat pengundian dengan menggunakan pelbagai kenderaan termasuk trak polis, askar dan juga kenderaan Barisan Nasional sendiri.

Mereka dipercayai akan mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka jam 8.00 atau 8.30 pagi.

Sebelum ini mereka mula masuk dengan ramainya menggunakan bas dan mendapat kawalan ketat dari polis termasuk FRU dan PGA

Pada jam 6.00 pagi tadi, bas berderet-deret di Stadium Darul Aman dan diseliakan sendiri oleh para pemimpin BN.

Mereka telah dikawal dengan ketat oleh polis termasuk FRU dan PGA.

Pusat berkumpul bas-bas dari luar ini adalah di Taman Gurun Jaya di samping Taman Sayang, Stesen Keretapi dan lain-lain tempat.

Menurut saksi, mereka mula masuk ke kawasan-kawasan tersebut sejak tengah malam tadi lagi tetapi mula berkumpul di perkarangan stadium tengah malam tadi.

 



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke