Hari guru pra sekolah Malaysia 2001 meriah
Oleh Ismail Hashim
<<...>>
ALOR SETAR 28 Mei( Hrkh) - Hari Guru Pra Sekolah Malaysia 2001 yang
julung-julung kali diadakan berlangsung dalam keadaan meriah dengan jumlah
kehadiran besar warga PASTI seluruh negara semalam.

Program anjuran Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Pusat itu dirasmikan Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul
Razak.
Hari Guru Pra Sekolah itu diadakan di Dewan besar Sekolah Rendah Islam Darul
Ulum (Sridu), milik Dewan Pemuda PAS Kedah yang bernilai RM2 juta, dekat
sini.
Turut berucap dalam majlis itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz
Omar, Ketua Pengarah PASTI Pusat, Saudara Azrin Abdul Majid, Pengerusi
Majlis Guru PASTI Pusat, Ustazah Wan Hamidani Wan Ahmad dan Ketua Pemuda
Kedah, Saudara Aris Awang.
Pada majlis itu juga, Jabatan PASTI Pusat menganugerahkan Tokoh Guru kepada
Wan Hamidani atas kesun! gguhan beliau bersama PASTI sejak sekian lama dan
penglibatannya dalam masyarakat.
<<...>>
Wan Hamidani yang bertugas sebagai guru PASTI sejak 11 tahun lalu dan kini
memegang beberapa jawatan penting di dalam PAS dan masyarakat.
Antaranya adalah Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Pusat,
Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS
Kawasan Machang dan Ahli Majlis Daerah Machang, Kelantan.
Ustaz Azizan juga melancarkan Buletin PASTI yang menyiarkan berbagai
maklumat tentang PASTI dan maklumat am tentang pendidikan dan sebagainya
untuk semua warga PASTI di seluruh negara.
Buletin yang pertama kali diterbitkan mengandungi 24 muka surat itu telah
diurusterbit oleh Unit Penerbitan Jabatan PASTI yang berpusat di Alor Setar.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME! .ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke