*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Tranungkite

ISU HALAL HARAM AYAM DI CARREFOUR 
Assallamualaikum, 

Kadang-kadang kita umat islam ni pun naik pelik dengan
perangai orang kita ni sendiri. Sepatutnya kita
bersyukur kerana ada orang yg memaklumkan kepada kita
mengenai status halal haram ayam yg dijual disitu, ni
tidak kalau boleh nak pertikai juga. Jangan lah kita
ambil kisah sangat tentang kebenaran surat tu dan juga
ejaan nama Carrefour tu, kalau dah status halal haram
tu dah kita ragui, senang je, janganlah beli disitu.
Nak bertekak dan pening kepala pasai apa? Awat, takda
tempat lain ke jual ayam yg kita tidak was-was halal
haramnya? Carrefour tu milik org melayu islam ke? Ni
bukan pasai perkauman ke apa, tapi pakai otak lah
sikit. Kalau tokey nya islam tak ada lah jual benda
haram kat dalamnya. Tak tau lah kalau Islam Dr
Mahathir kot? Kalau ayamnya tak laku pun org kita tak
rugi, lagi pun banyak lagi org bukan islam yg akan
beli. Kita pi lah cari tempat yg org islam jual,
barulah boleh tingkatkan ekonomi org, betultak? Takkan
lah pasal ejaan Carrefour tak betul pun kita nak
halalkan yg haram! Kalu macam tu BABI di eja BIBA org
islam boleh makan ke? Yg mudahnya, kalau kita dah tahu
dan was-was tu baik kita jauhi aje. 

Ni baru saya nak cerita, dulu saya pernah tinggal di
Seberang Prai dan dah banyak kali juga pi shopping kat
Carrefour tu, tak dinafikan biasa juga beli ayam kat
situ. Bila saya dapat berita tentang status halal yg
meragukan tentang ayam di situ, saya terus boikot
membeli barang makanan disitu seperti daging, ikan,
sayur-sayuran, buah-buahan dan benda yang saya rasa
akan terkena dgn najis tu.Ceritanya begini, isteri
kawan saya ada bekerja disitu dibahagian jual makanan
segera kat sebelah tempat jual benda-benda yg saya
sebutkan tadi.Dia melihat sendiri troley yg digunakan
untuk memuatkan daging babi itu juga di gunakan untuk
memuatkan benda-benda halal yg lain. Maknanya 'troley
serba gunalah'. Bayangkan daging babi yg sudah dilapah
diangkut atas troley tu lepas tu pi angkat benda lain
pula, itu lah yg kita pertikaikan. Tapi kalau org yg
tak percaya berita ni dan nak tunggu juga surat dari
jabatan yg berkenaan tu untuk bagi tau status halal
haram, takpa lah, bolehlah beli kat situ dan kalau
gamak makan, makanlah. Dan kalau rasa-rasa tak puas
hati pi tanya sendiri kat org islam yg kerja kat situ,
tapi org yg betul-betul islamnya!! Silap tanya org
memanglah dia kata halal sebab kat negara islam kita
ni judi dan arak pun dihalalkan untuk dijual. Apa lagi
rasuah, manalah tau kot-kot tokey Carrefour tu dah
rasuah pekerjanya untuk nafikan berita ni.Malaysia
boleh lah katakan. 

Sekian untuk maklumat umat islam. Jangan pulak nak
pertikaikan cerita saya ni, buang masa aje, kita
buatker yg lebi berfaedah, OK?. 

Locos11 



__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke