*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Atas sebab yang sama Kerajaan Malaysia juga perlu menghormati perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Terengganu... Tidakkah kegagalan kerajaan Malaysia menghormati perjanjian tersebut juga boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia? Atas 'argument' yang sama yang DS Syed Hamid Albar gunakan terhadap Indonesia... kerana kerajaan Malaysia telah membuktikan bahawa kerajaan Malaysia boleh membatalkan mana-mana perjanjian! Indonesia perlu hormatkan perjanjian dengan syarikat Malaysia KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan Indonesia perlu menghormati perjanjian yang telah dimeterai dengan syarikat-syarikat swasta Malaysia kerana kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap republik berkenaan. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, setiap perjanjian yang telah ditandatangani oleh syarikat swasta asing wajar dihormati kerana jika tidak imej Indonesia boleh terjejas. ''Kita tegas dalam soal ini dan mahu jaminan keselamatan terhadap semua pelaburan syarikat Malaysia di Indonesia,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mahu pemerintah Indonesia membatalkan penjualan ladang kelapa sawit seluas 262,653 hektar kepada syarikat Malaysia, Guthrie Berhad. Semalam, Ketua DPR, Akbar Tanjung berkata, DPR bersetuju dengan pandangan Himpunan Kerukunan Tani Indonesia (HKTI) dan Masyarakat Kelapa Sawit Indonesia (Maksi) supaya penjualan itu dibatalkan. Kedua-dua pertubuhan itu menyifatkan penjualan ladang berkenaan yang sebelum ini milik syarikat Indonesia, Salim Group hanya menguntungkan syarikat-syarikat Malaysia yang kini sudah menguasai 50 peratus daripada hasil pengeluaran minyak sawit. Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, Wisma Putra setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai pendirian baru kerajaan Indonesia itu. ''Guthrie Berhad juga tidak membuat laporan kepada kita. Ia masih cakap-cakap dan belum tentu lagi,'' katanya. Presiden Abdurrahman Wahid dalam lawatan rasminya ke Malaysia baru-baru ini menggesa Malaysia membuat pelaburan yang lebih besar di republik berkenaan. Selain Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun, Malaysia adalah antara rakan dagang penting bagi Indonesia yang kini memerlukan banyak pelaburan asing bagi menyokong kebangkitan semula ekonominya. http://www.utusan.com.my/content_a.asp?url=/archives/27-01-2001/utusan_malay sia/front_page/fp8_full.htm ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>