*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warga hizbi,
Saya telah berkesempatan menyoal Astora Jabat di ruang forum mesra net.
Dan lihatlah jawapan yg Astora seperti biasa, meleret leret..

SOALAN SAYA KEPADA ASTORA JABAT :

Salam sejahtera Astora Jabat,

Aku ada kemusykilan agama ni.. harap Astora dapat beri jawapan mengikut 
hukum syarak dan mengambil kira ilmu feqah, tauhid dan tasauf. Ini soal 
ilmu, bukan soal politik siapa betul, sekali lagi, ini soal ugama.

Di perhimpunan rakyat di Marang, Terengganu dan perhimpunan agong UMNO 2002 
baru2 ini Dr Mahathir telah berijtihad bahawa amanu yang disebut di dalam 
al-quran oleh Allah swt ialah UMNO. Katanya lagi, Allah tidak menyebut pun 
nama PAS, hanya UMNO.

Mengikut hukum Dr Mahathir telah meyelewengkan maksud ayat Allah 'amanu'.

Soalannya di sini, apakah hukumnya beliau berkata begitu? Sekali lagi 
ditegaskan, ini soal hukum agama, bukan parti siapa betul, astora sila jawab 
dan harap tidak menyeleweng.

Jawapan anda akan di emailkan kepada PAS Terengganu. Insyallah.


JAWAPAN ASTORA JABAT

Assalamualaikum Awang Ganu,

Di Cari, saudara saja yang menyoal tak habis-habis seolah-olah hidup saudara 
penuhu persoalan. Soalan-soalan pula benda yang betul. Sebelum nak soal 
tanyalah dulu soalan-soalan itu betul atau tidak. Malah sebagai orang 
berilmu, cuba cari jawapan sendiri dan jangan banyak tanya orang. Nanti 
hidup saudara tidak menjadi macam orang munafik yang disebut dalam al-Quran, 
tanya macam-macam, tetapi bukan nak penyenyelesaian, sebaliknya membuat 
masalah kepada orang lain. Bertanya dalam bentuk itu tidak ada faedah 
apa-apa kerana hanya nak bertanya untuk menjadi masalah saja.

Awang Ganu!
Soalan saudara sebenarnya lebih teruk daripada saudara maki saya dengan 
memanggil saya Astora Jamban lagi kerana sauda membuat fitnah terhadap 
pemimpin Dr. Mahathir.

Isu Yaa Ayyuhallazi na'aamanu adalah isu lama yang muncul sejak tahun 60-an 
lagi digunakan oleh orang Pas UMNO untuk menjawab karut-marut orang Pas.

Sebenarnya Dr. Mahathir menyebut perkara itu sebagai respon terhadap 
penceramah Pas yang menggunakan ayat al-Quran yang berbunyi: "Udkhul Fil 
Silmi Kaafah" yang didakwa "Masuk Islam itu masuklah Pas"

Dr. Mahathir berkata, orang Pas memperalatkan ayat al-Quran dengan cara itu 
adalah salah. Orang UMNO pun boleh melakukan perkara yang sama kerana dalam 
al-Quran ada menyebut: Yaa Ayuhallazi na-amanu. (Wahai orang-orang UMNO). 
Tetapi orang UMNO tidak melakukan perkara yang bodoh itu.

Itulah lebih kurang maksud ucapan PM itu, tetapi Haji Hadi yang merupakan 
ulama paling banyak membuat fitnah dalam ceramah itu mendakwa PM berkata: 
Aamanu itu UMNO. Padaha PM menempelak orang Pas yang sanggup memperalatkan 
al-Quran untuk tujuan politik dan mereka sanggup mengguna apa saja termasuk 
mengkafirkan orang Islam secara langsung dan secara tidak langsung.


Cukap setakat ini. Janganlah tanya saya lagi. Jika ada masalah carilah 
jawapan sendiri. Soalan yang bersifat bodoh tidak membantu perkembangan 
pemikiran. Saya pun malas juga. Serta tidak ada waktu.

Wassalam.

Astora Jabat




_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Awang Ganu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke