PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [19]

 

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

 

153.   Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat sekali lagi ingin menegaskan bahawa majlis sambutan Hari Raya di Kampong Medan Telok Panglima Garang adalah pada hari Sabtu 20 Januari 2001 bermula dari pukul 2:30 hingga pukul 7:00 petang.

 

154.   Jawatankuasa difahamkan bahawa terdapat poster perhimpunan yang menyatakan bahawa tarikh sambutan Hari Raya itu adalah pada 21 Januari 2001. Bentuk, warna dan tulisan lain dalam poster tersebut betul-betul sama dengan poster rasmi yang telah diedarkan oleh pihak Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat.

 

155.   Poster-poster palsu ini terdapat di kawasan sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Jawatankuasa mengecam golongan yang melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.

 

156.   Jawatankuasa yakin para penyokong reformasi tidak akan terkeliru dengan dakyah palsu golongan ini dan menyeru orang ramai agar tidak menghiraukan poster-poster palsu tersebut. Tarikh sebenar Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat adalah pada 20 Januari 2001. Terima kasih.

 

 

 

 

Kembalikan Hak Rakyat

 

Hj. Saari Hj. Sungib

Pengerusi,

Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat

[EMAIL PROTECTED]

18 Januari 2001

bersamaan dengan 23 Syawal 1421

Kirim email ke