*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum

sedih bila baca artikel-artikel kat sana-sini, halaman web reformasi rasmi atau tak 
rasmi (mostly yang tak rasmi)... kita sekarang berparang sesama-sendiri...bercakaran 
sesama-sendiri..

Saya anggap kita ( atau saya sorang) sekarang ni dah tak mampu nak bezakan sahabat 
atau lawan, salah atau benar. kadang-kadang tu semua yang kita baca kita rasa itu 
betul, 5 minit kemudian baca artikel yang lain.. kita dah fikir itu salah.

Sekarang ni memang dah tak ada hitam putih, semuanya GREY area. Dulu senang saja Umno 
jahat, Alternatif baik ( that's black and white in simple) he! he! 

Sekarang ni everything, semua benda dah jadi complicated!!  jadi serabut... jadi 
tunggang terbalik. Semua perkara  mesti ada pelbagai teori..seperti...KONSPIRASI, tak 
pun apa nama "GRAND DESIGN", ataupun 'SEBALIK TABIR' tak pun "BONEKA...etc..etc..

The problem is, every theory sound so... so convincing, so real... so smooth.... i 
want to believe them all.. but obviously i can't!!

I am a very...very....very simple man...., i'm not genius!! I just can not comprehand 
..... Saya memang support alternatif, and i really fond of PAS.

Saya rasa saya patut buat theori sendiri juga...

macam ni... Semua kita di bawah umno semenjak kita mula-mula celik mata, pendedahan ke 
dunia luar mengikut resepi umno. Kongkongan media ikut perut buncit umno. Kita terima 
bulat-bulat bila umno kata, ini perkara sensitif jangan bincang. Kita percaya 
mentah-mentah bila umno kata orang ini baik dan orang ini jahat. 

Pernah dengan Theori Pavlov dengan anjing?? Pavlov bunyikan loceng, anjing meleleh air 
liur, sebab tahu makanan akan diberi.

Kita pula, kalau ada kritikan terhadap pemimpin.... umno dah latih kita supaya 
"perceive" (terima) itu sebagai 'tanda buruk'... Kritikan adalah signal.

Kritikan tak elok, kritikan adalah dari orang yang jahat, kritikan adalah fitnah 
terhadap pemimpin. Kritikan akan menjatuhkan parti etc..etc..etc...

kita dilatih oleh umno (direct dan indirectly) to perceive every critic as threats.. 
so avoid the threats by not criticizing at all ( hey.. look at umno's general 
meeting..it's more like a circus rather than a ruling party's meeting)

Sebab itu reaction kita terhadap kritikan, kita rasa benda itu tak elok, dan tak patut 
wujud. Kita jadi defensive, kita jadi marah dan kita cuba bersungguh-sungguh nak buang 
kritikan tersebut.

Eventhough kita tak dalam umno, sekarang nih. tapi kita kena ingat kita adalah hasil 
program umno, dan style kita masih lagi mirip umno.

ITU TEORI AKU!!


Aku tak lah nak bantah, kalau ada orang kata ini benar-benar kospirasi.... sebab aku 
tahu ia memang pernah, sedang dan akan berlaku.

Tapi tak bolehlah nak anggap semua benda adalah konspirasi!!

THE WORSE PART is ...internet.. I don't blame internet entirely.... Sumber BA yang 
utama adalah internet..., tak ada regulation, dan selalunya..pandangan dalam internet 
adalah dalam bentuk individu (kecuali lama rasmi pertubuhan)

Kita tak kenal penulis, kita tak tahu dia dari mana, dan setakat mana kebolehan 
individu tersebut. yang paling penting kesahihan (reliability) of the news.

Sesiapa saja boleh baling batu, sembunyi tangan, kita susah nak kesan siapa.

SO!! Solution??

Internet is good.. internet is great fun and has a remarkable future.. BUT NOW all we 
need is a RELIABLE SOURCE.

We still have to be old fashion.. we need newspaper ..we need TV and RADIO, we need 
transparent reliable press. Kalau orang tanya aku what is the most important thing 
now?? Saya akan kata MEDIA, MEDIA, MEDIA, MEDIA.

Sebab tak kira anda, dari mana.. PAS, KEADILAN, PRM, DAP... etc... kita kena ada media 
untuk beri penjelasan dan pertahankan diri.

Obviously internet is not the best way to go...

kalau anda GREENPEACE... anda CINTA SUNGAI, anda berkempen RECYCLE for a better 
planet, WORLD WILD LIFE FUND members, anda suka pelihara alam sekitar. You still need 
media to justify your actions.

Finally, kalau Ahmad Lutfi Othman ada terbaca.. saya nak minta maaf sebab pernah 
kritik dia pasal dia concern sangat tentang kebebasan media.

Saya minta maaf, dan saya berharap sangat saudara dan rakan-rakan dapat teruskan 
kempen tersebut.. saya yakin ramai akan menyokong.

wassalam




-- 
mai cek oii..mai cek mai..
kita ke negeri kedah....
aloqstaq 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "aloq staq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke