hosted by tripod

WARKAH TERBUKA KE BAWAH DYMM RAJA-RAJA MELAYU

14 Dzulhijjah 1420
20 Mac 2000

Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Istana Negara
Kuala Lumpur

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Ampun Tuanku,

Adapun, patik pohonkan keampunan dari Ke Bawah Duli Tuanku kerana terpanggil untuk menulis warkah ini. Warkah ini juga terpaksa patik tulis secara terbuka kerana apa yang akan patik sentuh di dalam warkah ini adalah demi hendak melihat terpeliharanya kedaulatan DYMM Raja-raja Melayu dan demi hendak melihat terpeliharanya kesejahteraan rakyat di negara kita.

Terlebih dahulu izinkan patik menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku dan Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu kerana telah berkenan menerima baik memorandum rakyat yang dipersembahkan pada 18 dan 19 September 1999, yang antara lain memohon belas ihsan dan campurtangan Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu dalam isu peracunan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke