KEADILAN RANCANG RUSUHAN PADA 15 APRIL, KATA DR MAHATHIR


PUAS HATI... Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan selepas menaiki bot hovercraft Griffon 2000TDX (M) Mk11 buatan Britain pada sessi demonstrasi oleh UK Royal Marines Commandos di Mines Resort disini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai maklumat bahawa penyokong-penyokong Parti Keadilan Nasional merancang untuk merusuh di ibu negara pada 15 April ini.

"Saya dengar Keadilan pun ada demonstrasi pada 15 haribulan ini dengan tujuan hendak memperingati sesuatu dan mereka bersedia nak pukul polis, nak bawa senjata, kayu, macam-macam dan nak buat molotov cocktail pun," katanya kepada pemberita di Mines Resort di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kejadian seorang Ketua Umno cawangan Kampung Teluk Ira dekat Temerloh yang didakwa dipukul oleh penyokong PAS selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kampung itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamaruddin Mohd Ali mengesahkan bahawa penyokong parti Keadilan itu sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi haram itu dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertainya.

Ketua Pe! muda Keadilan Ezam Mohamed Noor dalam ceramah di Cheras bulan lepas berkata beliau akan mengetuai satu perarakan ke Istana Negara di sini sempena ulang tahun pertama bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menyalah guna kuasa.

Dr Mahathir berkata terdapat kecenderungan di kalangan parti-parti pembangkang kini untuk menggunakan kekerasan dan mencabul undang-undang negara jika mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

Katanya, jika perkara itu tidak dibendung dari awal, terdapat kemungkinan Malaysia akan terjebak seperti keadaan negara-negara lain apabila kumpulan-kumpulan merusuh kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

"Maka dengan itu, rosaklah negara," kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir menasihati mereka supaya tidak turut serta dalam rusuhan dan berdemonstrasi kerana Malaysia mempunyai pelbagai saluran bagi sesiapa yang tidak berpuashati dengan sesuatu perkara untuk ! menyuarakan kritikan.

"Kita merayu kepada rakyat supaya berkelakuan baik. Jangan bertindak sedemikian (merusuh).

"Di negara lain boleh, di sini kita terbuka untuk kritik. Ada parlimen, wakil rakyat dari parti lawan pun ada, bukan seperti di sesetengah negara lain di mana parti lawan tidak mempunyai wakil," katanya.

Dr Mahathir berkata wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang di sini telah membuktikan bahawa kebebasan berpolitik wujud negara ini melalui kelantangan mereka mengkritik kerajaan ketika persidangan Parlimen.

"Mereka (wakil rakyat pembangkang) bukan main garang di dalam parlimen. Apa lagi yang nak," kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke