Date: Fri, 3 Nov 2000 14:20:07 +0800

www.harakahdaily.com
Kelantan bentang belanjawan berdikari

KOTA BHARU, 2 Nov (Hrkh)-Kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep 'Belanjawan
Berdikari Dan Berdaya Maju 2001' dengan menanggung jumlah defisit sebanyak
RM18.33 juta melalui pengurusan punca hasil yang sedikit secara bijaksana
dan memaksimumkan kutipan hasil negeri.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika
membentang belanjawan 2001 semalam berkata, perkara ini berlaku akibat
perolehan anggaran hasil pada tahun tersebut begitu kurang iaitu RM178.49
juta jika dibandingkan perbelanjaan mengurus, sebanyak RM196.82 juta.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2001 dalam
persidangan Kali Ke-4 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan
Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-10, di Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini
semalam.

Menteri Besar, bagaimanapun berkata defisit! ini telah jauh berkurangan
daripada defisit dalam Belanjawan 2000 lalu kerana anggaran hasil pada tahun
2001 meningkat berbanding anggaran tahun 2000.

"Bagaimanapun, peningkatan ini tidak mampu untuk menampung sepenuhnya
perbelanjaan mengurus yang turut meningkat," ujarnya.

Beliau berkata, anggaran hasil negeri pada tahun 2001 itu akan diperolehi
meliputi hasil cukai sebanyak RM44.39 juta, hasil bukan cukai RM66.66 juta,
manakala terimaan bukan hasil sebanyak RM67.43 juta.

Sambungnya lagi, jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan hasil
sebanyak RM19.73 juta atau 12.42 peratus, berbanding dengan anggaran hasil
tahun 2000 sebanyak RM158.77 juta sahaja.

Beliau seterusnya memberitahu pertambahan hasil pada tahun 2001 adalah
berpunca daripada perolehan sumber hasil tanah iaitu sebanyak RM39.85 juta
yang melibatkan kenaikan sebanyak 17.66 peratus, di mana pertambahannya
sebanyak RM600,000, lesen menduduki sementa! ra (TOL) RM870,000, permit tanah
RM3.82 juta dan permohonan tanah RM600,000.

Berkenaan hasil hutan pula, beliau berkata sektor perhutanan akan menyumbang
sebanyak RM43.6 juta pada 2001 tanpa mengenepikan usaha-usaha penanaman
semula hutan.

Sambungnya lagi, royalti kayu-kayan menyumbang RM18 juta, premium perhutanan
RM16 juta dan lain-lain hasil sumbangan seperti perlesenan kilang industri
hutan, denda dan bayaran Jabatan Hutan sebanyak RM3.1 juta.

Mengenai perbelanjaan mengurus pula, kata beliau lagi, anggaran perbelanjaan
mengurus pada 2001 meningkat RM5.45 juta atau 2.84 peratus berbanding dengan
berbelanjaan pada tahun 2000.

Sementara itu, kerajaan negeri akan meneruskan dasar berjimat cermat dalam
usaha menjayakan Belanjawan Berdikari dan Berdaya Maju menerusi enam
matlamat yang telah digariskan.

Enam patlamat berkenaan ialah, meneruskan dasar berjimat cermat,
mengembelingkan usaha ke arah meningkatkan su! mber hasil negeri, meningkatkan
penguasaan yang lebih tegas dan mengambil langkah perundangan,
memperkemaskan menyusun semula pengurusan pentadbiran.

Di samping itu juga, kerajaan negeri akan meneruskan rancangan pembangunan
tanah dan pengurusan hutan yang berkekalan dan meneruskan pelaksanaan
program-program pembangunan yang dapat memberikan pulangan hasil kepada
rakyat.

Beliau bagaimanapun bersyukur, kerana kerajaan negeri berjaya menghadapi
kegawatan ekonomi yang melanda lebih dua tahun dengan tabah berkat kesabaran
kerja semua kakitangan.

Jelasnya, kesan ini dapat dirasai dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara
yang telah mencatat pertumbuhan positif dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
sebanyak 5.4 peratus pada tahun lalu.

Tambahnya, peningkatan itu turut dirasai oleh kerajaan negeri dengan
peningkatan KDNK sebanyak 3.3 peratus pada tahun yang sama berbanding dengan
negatif 5.1 peratus dalam tahun sebelumnya.
Sebagai kesimpulannya kata Tuan Guru, Belanjawan 2001 lebih memfokuskan ke
arah kecekapan pengurusan sama ada di bidang pentadbiran mahupun pengurusan
kewangan ke arah kecemerlangan berpandukan etika-etika berkonsep murni
sesuai dengan dasar kerajaan Membangun Bersama Islam.

"Ini semua memerlukan kerjasama dan komitemn yang tinggi daripada semua
pihak untuk melihat kerajaan dan negeri ini bergerak dengan jayanya,"
ujarnya.
(Teks penuh belanjawan dalam laporan khas)

Comments ? E-mail Us





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke