*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang ku kasihi I

http://dakwah.listbot.com/

Oleh : "kunta kinte" <[EMAIL PROTECTED]>

Izinkan saya memberi ulasan tentang kemajuan dan pembangunan Kelantan dibawah 
pentadbiran
PAS dan Tuan Guru Nik Aziz supaya dapat kita renungkan bersama dan menjadikannya 
sebagai
satu contoh teladan. Ulasan saya adalah sebelum dan sejak dari kemenangan tko sapu 
bersih
pilihanraya 1990 sampai la' ni..

Oktober 1990, keadaan dan suasana seakan-akan hari raya pada hari itu di Kelantan. 
Seluruh
rakyat Kelantan merayakan kemenangan Angkatan Perpaduan Ummah dalam Pilihanraya Umum 
ke 8
dan ia berlarutan beberapa hari lamanya. Seluruh Kelantan berbicara mengenai kejayaan
Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kesemua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13
Kerusi Parlimen. Satu sejarah Malaysia tercipta dan sejarah hitam bagi Barisan Nasional
telah terjadi Okt'90.

Kelantan sebelum itu dari 1978 - Okt'1990 adalah dibawah pemerintahan Barisan Nasional
yang nyata telah gagal memberikan apa-apa pembangunan baik dari segi keperluan rakyat
apalagi Daulah Islam. Dari 1959 - 1977 Kelantan masih dibawah pentadbiran PAS.
Ditahun-tahun selepas merdeka seperti yang ramai telah maklum Kelantan di gelar Negeri
Serambi Mekah, masa tu ramainya alim ulamak dan hebatnya Syiar Islam juga kehebatan
pengajian pondok di Kelantan. Ada beberapa ulamak dari Kelantan juga dari Pattani yang
mengajar dan memberi kuliah agama di Majidil Haram, Makkah Al Mukarramah antaranya yang
saya ingat Syeikh Daud Pattani.

Semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Kelantan masih dibawah pentadbiran PAS. Dibelah pantai
barat rusuhan dan pembunuhan kaum telah berlaku dan cukup menakutkan. Tapi di Kelantan
walaupun kaum melayu melebihi penduduk minoriti cina dan india, tapi kaum melayu
sedikitpun tidak mengusik, baik menjentik apa lagi membunuh bangsa lain. Itulah 
keberkatan
hasil pimpinan ulamak dibawah pimpinan PAS. Sedangkan kalau mahu rakyat Kelantan boleh
melenyapkan terus bangsa lain tanpa setitis zuriat sebagaimana yang dilakukan oleh 
Serbia
keatas Bosnia.

Pada tahun 1978, hasil dari beberapa isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional, rakyat
Kelantan telah bangkit menyuarakan rasa hati dan berdemo besar-besaran, hasilnya 
mageran
atau perintah berkurung telah dilaksanakan di Kelantan. Masih ingat lagi kunte kinte 
masa
tu askar-askar masuk kampung dan kunte kinte dan geng-geng semua apa lagi pegila cari
batang bemban buat senapang dengan peluru buah larak, tapi jangan salah faham pulak
sebenarnya kunte kinte mahu join askar yang masuk kampung dengan M16, maklumla masa tu
cerita combat dengan vic monroe dan mc jensen cukup kunte kinte dan geng-geng minat,
lagipun dulu computer game ni tadak lagi. Maka lepaklah kunta kinte dan kawan kawan 
dengan
army ni kat kampung sambil belek M16 yang sama tinggi dengan kunte kinte. Askar ni baik
dan hormat orang kampung, kekadang minta air pun ada dan suka layan bebudak yang tak 
leh
gi sekolah sebab tak cukup umur tapi nasib baik dia tak ngorat kakak kunta kinte yang 
cun
gile, lagipun kakak masa tu kecik macam kunte kinte jugak. oopppss melalut plak..

1978 Mageran di Kelantan dan Pilihanraya diadakan maka Kelantan jatuh dibawah 
pemerintahan
Barisan Nasional sehinggalah Oct'1990. kinta kinte yang kecik masa tupun tahu macamana
buruknya langkah BN ni nak rampas Kelantan dari PAS hingga terpaksa dilaksanakan 
Mageran.

Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional takdelah pembangunan yang hebat-hebat atau
bangunan yang besar baik didirikan atau dimajukan. Kalau adapun pembangunan ia tak 
lebih
tak kurang sama aje dengan kat Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang. Maka lunturlah
kepimpinan ulamak di Kelantan dan lebih menyayat hati Islam makin jauh dari hati rakyat
lantaran corak kepimpinan yang lebih mengutamakan duniawi dan penuhkan poket sendiri,
gelaran Negeri Serambi Mekah tanpa disedari hilang dengan sendirinya.

Kelantan dibangun dengan hasil negeri yang kurang tetapi tunjang ekonominya adalah dari
orang Melayu sendiri. Di Kelantan anda akan dapat lihat dari sekecil perniagaan dari
berniaga ikan hingga yang besar ke kedai-kedai dan bangunan milik Melayu dalam
bandar-bandar dan Kota Bharu. Melayu, Cina, India, lelaki, perempuan sama-sama 
menyumbang
kearah ekonomi rakyat negeri Kelantan. Keadaan geografi dan infrastruktur di Kelantan
tidak sehebat sebagaimana negeri-negeri belah di Pantai Barat. Nak bina pelabuhan Kargo
besar-besar pun tak boleh sebab di Pantai Timur ombak cukup besar, musim tengkujuh 
kapal
besarpun boleh dilipat maut, Airport pulak kecik ekoran tiadanya sektor pembuatan yang
boleh menghasilkan barangan untuk dieksport keluar. Nak bina kilang hi-tec atau seperti
semicon' tak boleh, kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi bagi pihak pelabur 
walaupun
kos tenaga buruh adalah termurah. TETAPI rakyat Kelantan sememangnya bangga sebab 
ekonomi
negeri adalah milik Melayu.

21 Okt'1990 Kelantan dimenangi Angkatan Perpaduan Ummah, menang dengan pukulan TKO
terhadap Barisan Nasional dan berkuburlah BN ni tanpa batu nesan. Tiada yang dilakukan
oleh Barisan Nasional sepanjang pemerintahannya kecuali seperti perangai pemimpin UMNO
lain yang kita sedia maklum ialah penuhkan poket sendiri. PAS mengambil alih 
pentadbiran
Kelantan dengan hutang negeri kepada pusat yang dibuat oleh BN berjumlah 718 juta 
ringgit.
Tuan Guru Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Yaakob bekas
Menteri Besar masa BN dah tak dapat dikesan dan banyak file-file kerajaan dimusnah dan
dibawa lari.

Minggu dan 3 bulan pertama PAS mentadbir Kelantan kalau anda buka balik paper lama akan
dapati kutukan, cercaan dan ugutan pada kerajaan PAS disegenap penjuru. Kerajaan PAS
dikatakan hanya mampu membayar gaji kakitangannya paling lama 3 bulan sahaja. Serangan
demikian dilakukan dengan harapan akan ada diantara kakitangan dan rakyat yang takut 
dan
akhirnya rakyat Kelantan tak puas hati dan bangun memberontak seperti di tahun 1978, 
dan
kalau itu berlaku maka kerajaan Pusat boleh mengistiharkah darurat dan pilihanraya 
semula
di Kelantan sekaligus merampas balik Kelantan. Alhamdulillah berkat perjuangan dan
pimpinan yang betul Kelantan tetap aman damai.

bersambung..


---


Walau apapun rintangan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan PAS terus berjaya
mentadbir kerajaan negeri dengan beberapa perubahan yang amat menarik dan Islamik. 
Diawal
pentadbirannya, siapa sangka seorang Ulamak yang hanya pakai jubah lusuh yang dibeli
dengan duitnya sendiri dan dengan sebatang pen kilometrico kaler biru tersemat dipoket
mampu mentadbir dengan baik dan lebih berjaya berbanding menteri-menteri besar lain 
yang
hanya nampak saja educated dan gah dengan pakaian dan kenderaannya tapi tiada kualiti
kepimpinan apalagi untuk membangun negeri dan menegakkan nilai Islam.

Kelantan dari 1978 hingga Okt'90 dibawah pemerintahan Barisan Nasional dan Okt'90 
hingga
sekarang dibawah pentadbiran PAS.

Seawal pentadbiran PAS di Kelantan Nik Aziz sebagai peneraju negeri telah menghapuskan
beberapa hak dan keistimewaan serta elaun 2 Timbalannya dan sekalian wakil rakyat. 
Elaun
bulanan setiap Wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus bagi mengisi Tabong Kewangan
Negeri disamping potongan gaji RM500 sebulan, manakala Tuan Guru Nik Aziz sendiri
disamping menolak segala keistimewaan dan peruntukan Menteri Besar telah meminta 45
peratus gaji dan elaunnya dipotong berjumlah RM8000 sebulan. Elaun keraian para wakil
rakyat juga telah dihapuskan (Ref. Watan 13 Nov'90). Kemudian menerusi mesyuarat Majlis
Tindakan Negeri pada 20 Nov'1990 TG Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan dan arahan
supaya tradisi memberi hadiah dihapuskan. Beliau sebagai Menteri Besar tidak akan 
menerima
apa-apa pemberian peribadi baik dari mana-mana pihak semasa kunjungan atau lawatan
rasminya.

Tindakan berani dan tegas TG Nik Aziz dalam mengatur sistem pentadbiran dan mengawal
kewangan negeri Kelantan cukup dikagumi dan disegani semua pihak. TG Nik Aziz telah
berjaya membariskan barisan pemimpin yang bersih dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat.
Berita mengenai pemotongan gaji para wakil rakyat Kelantan juga ada dikeluarkan di 
akhbar
Utusan Melayu. Berbagai pihak memuji tindakan TG Nik Aziz. Ia membuktikan barisan 
pemimpin
PAS lebih mengutamakan khidmat pada masyarakat dan bukannya mengejar habuan dan
keistimewaan sebagai wakil rakyat. Tindakan TG Nik Aziz dan barisan pemimpinnya 
sepatutnya
dicontohi oleh semua Menteri Besar dan wakil rakyat di negeri lain di Negara ini bagi
membuktikan kejujuran pemimpin berjuang untuk rakyat dan masyrakat amnya. Ia juga 
secara
tak langsung telah menyangkal dakwaan Barisan Nasional kononnya pemimpin PAS 
menggunakan
agama bagi kepentingan diri. Selain dari pemotongan gaji diatas TG Nik Aziz dalam 
beberapa
mesyuarat dengan Ahli Exco dan barisan pemimpinnya selalu mengingatkan supaya 
mengutamakan
kepentingan rakyat dan hidup dalam kesederhaan. Sebab itulah di Kelantan, rata-rata
pemimpin PAS ini hidup hanya dirumah kayu milik mereka sendiri dengan kenderaan milik
mereka sendiri juga. Fikirkan sendiri..di Malaysia mana ada pemimpin kita yang sanggup
potong kaji dan tiada elaun, kerja dan khidmat semata untuk rakyat.. hanya pemimpin
Kerajaan PAS sahaja yang melakukannya.

Dr Chandra Muzaffar, presiden Aliran pula, mengucapkan syabas Kepada Menteri Besar
Kelantan atas pendiriannya itu dan terus mencadangkan agar kesemua anggota Exco dan
Ahli-ahli dewan Undangan Negeri mencontohi langkah TG Nik Aziz.

"Tindakan tersebut sepatutnya dilaksanakan oleh semua pemimpin negara dan negeri dan 
tidak
dibiarkan begitu sahaja berdasarkan ia datangnya dari pemimpin PAS" ~ Dr Hardeyal 
Singh,
Pre Persatuan pengguna Taiping

"Sikap yang diambil Menteri Besar Kelantan itu seharusnya dicontohi oleh para pemimpin
lain di negara ini " ~ Ustazah Aminah Zakaria, Ketua Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia 
Islam
M'sia (HEIWA ABIM)

Jika anda berada di Kelantan sebelum dan selepas tahun 1990, insya Allah anda akan 
dapat
melihat perubahan yang amat ketara diantara pemerintahan Barisan Nasional dan 
pentadbiran
PAS. Anda akan dapat melihat perubahan 'suasana' kehidupan rakyat Kelantan yang lebih
tenteram, aman dan damai. Pembangunan rakyat dan semangat bangsa berkembang tinggi.
Walaupun tiada bangunan pencakar langit tetapi kehidupan dengan adab peradaban yang 
mulia
melahirkan suasana yang amat-amat damai dan memuaskan. Keseluruhan rakyat menyokong 
penuh
dan hidup dengan rasa senang hati terhadap barisan pemimpin di bawah pentadbiran TG Nik
Aziz. Sebab itulah bila diadakan sembahyang hajat di Stadium Sultan Muhammad ke IV 
penuh
sesak melimpah sampai ke luar stadium dek ribuan rakyat Kelantan yang datang dari 
segenap
lapisan dan ceruk kampung. Rakyat Kelantan sememangnya satu hati. Mereka ni lebih 
sanggup
makan ubi kayu hidup dibawah kerajaan PAS pimpinan ulamak dari diperintah oleh Barisan
Nasional.

TG Nik Aziz selain sibuk dengan jadual rasmi sebagai Menteri Besar masih dapat 
memberikan
ceramah dan kuliah setiap pagi Jumaat di Dewan Zulkifli Muhammad di bangunan PAS 
Kelantan
di tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan yang bergelar "Serambi Mekah".  
Di
Dewan itulah dan persekitarannya menjadi tempat tumpuan ribuan umat Islam lelaki dan
perempuan dari berbagai-bagai golongan dan lapisan manusia yang sentiasa berkumpul pada
setiap pagi Jumaat kerana mengikuti ceramah mingguan TG Nik Aziz yang sangat-sangat
dikasihi dan dihormati itu. Kebiasaannya selepas sembahyang subuh berjemaah di Masjid
Negeri, rakyat Kelantan akan menuju ke Dewan Zulkifli untuk mendengar kuliah TG Nik 
Aziz.
Kunta kinte masih ingat masa tu Ustaz Hasbullah memberi kuliah selepas sembahyang subuh
hari Jumaat, kaum muslimin dan muslimat yang hadir melimpah ruah sampai tikar terpaksa
dihampar diatas jalan diluar masjid. Dan selepas habis mendengar kuliah subuh kunta 
kinte
dibawa pula menuju ke Dewan Zulkifli Muhammad bagi mendengar ceramah dan kuliah TG Nik
Aziz.

Di sekitar bandar Kota Bharu dan di jalan-jalan raya pula tertegak kalimah Allah dan
zikir-zikir ringkas. Jika anda memandu di Kelantan anda akan dapat lihat bukan sahaja
papan tanda had laju tetapi juga papan tanda yang mengandungi kalimah suci dan tasbih,
yang secara tak langsung bila terpandang dan membacanya akan mengingatkan kita pada 
Khaliq
pencipta kita yang Maha Agung, Allah s.w.t. Dan jika anda memandu di Kelantan,
perhatikanlah pemandu-pemandunya yang bertali arus, dari kereta biasa dan kereta-kereta
mewah, Bmw, Merz, Honda dll kebanyakannya adalah Melayu, perhatikan betul-betul dan 
akan
akan dapati ramainya kaum wanita bertudung kemas lagi menawan disebalik cermin kereta
mewah yang dipandu cermat.

Barisan Nasional menamakannya Pasar Besar Buluh Kubu tetapi kerajaan dibawah 
Pentadbiran
PAS telah menukarnya kepada Pasar Besar Siti Khadijah, dimana jika anda melancung ke
Kelantan disitulah anda akan dapati paling ramai peniaga-peniaga yang terdiri dari kaum
wanita yang kecik molek come lote' yang mengurus sekecil perniagaan hinggalah kepada
kedai-kedai batik dan kraftangan. Pentadbiran PAS Kelantan telah menukar namanya kepada
Pasar Besar Siti Khadijah sebagai tanda penghargaan terhadap kaum wanita yang sama-sama
membangun ekonomi negeri dan. Pantai Cinta Berahi pula di tukar kepada Pantai cahaya
Bulan. Di dalam perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah pula telah didirikan Surau khas 2
tingkat bagi memudahkan peniaga, pengunjung dan pelancung menunaikan kewajipan solat.
Disamping itu ceramah agama disurau berkenaan disalurkan terus kepada speaker yang
dipasang didalam pasar dan semua peniaga dan pengunjung akan dapat sama-sama 
mendengarnya.
Perhatikan juga keharmonian hidup rakyat disana, peniaga-peniaga bebas meninggalkan
bertong-tong ayam dan ikan, buah-buahan tanpa penjaga  dan tiada siapa yang akan 
mengusiknya, itulah keberkatan hasil dari daulah islam yang diserapkan oleh TG Nik 
Aziz di
Kelantan.

Masih ingat lagi kunta kinte, dalam tahun 70an, masa tu kecik lagi dan masih dibawah
pentadbiran PAS, dipasar besar lama (masa tu Pasar Siti Khadijah takde lagi), bila tiba
aje time solat, azan berkumandang, semua peniaga meninggalkan bahan niaga tanpa dijaga 
dan
peniaga juga pengunjung semuanya menuju ke Masjid Negeri untuk menunaikan kewajipan 
solat
dan suasana tersebut hilang bila Barisan Nasional merampas Kelantan dari PAS pada 1978
selepas Mageran (perintah berkurung) disana.

Jika anda berkunjung ke Kelantan di bulan puasa, lihatlah suasana disana, penghayatan
agamanya amat tinggi. Masjid-masjid penuh dengan lapisan umur diwaktu sembahyang waktu 
dan
yang hadir bersembahyang terawikh pula seolah dan seramai yang hadir sembahyang 
Jumaat. Di
Kelantan anda akan dapati kaum cina dan india menghormati orang Islam berpuasa dan 
tidak
makan dikhalayak ramai. Dikala berbuka puasa pula, MPKB telah menyediakan tempat 
berbuka
puasa khas dan percuma di Padang Dataran MPKB bagi mereka yang tak sempat balik berbuka
puasa dirumah, dan anda akan dapati ada nanti cina dan india sama-sama berbuka dengan
orang melayu di Dataran MPKB. Di malam haripula di Dataran MPKB tadi diletakkan 
hamparan
dan rakyat Kelantan mengerjakan sembahyang terawikh beramai-ramai disana.

Semua yang saya nyatakan di atas adalah satu perubahan suasana kehidupan hasil 
pemikiran
dan pentadbiran TG Nik Aziz. Ia satu pembaharuan menuju kesyumulan hidup rakyat di 
negeri
Kelantan. Pembaharuan diatas hanya dirasakan dibawah pentadbiran PAS, semasa 
pemerintahan
BN sebelumnya rakyat Kelantan diabaikan segalanya. Bayangkan negeri Kelantan yang
mempunyai corak pembangunan yang lebih kurang sama dengan Kedah, Perlis, Terengganu dan
Pahang. Pembangunan kurang dan kemartaban hidup rakyat juga langsung hilang. Kelantan
mempunyai taraf hidup rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, jadi tahap 
ekonomi
yang rendah disana tidaklah memiskinkan rakyat Kelantan, semiskin rakyat Kelantanpun
mereka masih dapat makan beras gred super juga. Gaji 1500 dibandar besar lebih kurang 
sama
dengan 800 ringgit saja di Kelantan. Disana harga barang keperluan asas, makanan,
buah-buahan, sewa rumah jauh lebih murah berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia.
Sutera diluar Kelantan dipakai pergi kenduri dan hari-raya tetapi sutera di kelantan 
buat
pakai harian dan pakai pegi berniaga. Rakyat Kelantan tetap bangga sebab ekonomi disana
milik Melayu. Itulah model dan contoh utama negeri Kelantan yang ekonominya dipegang 
oleh
orang Melayu dan Islam.

bersambung...




-----

Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang kukasihi III

Dengan hasil negeri yang kurang, hutang berjumlah 718 juta yang ditinggalkan  BN dan
dengan tekanan segenap penjuru dari Kerajaan Pusat, hanya Pemimpin  yang benar-benar
cekal, tabah dan berani sahaja dapat menghadapinya ..  itulah dia Tuan Guru Dato Nik Ab
Aziz Nik mat. Kebijaksanaan dan kepimpinan  beliau amat jelas dalam menghadapi 
percaturan
kerenah kerajaan pusat dan  pada masa yang mentadbir dan mengurus dengan jayanya hasil
sumber dan  kewangan negeri. Malah saya katakan Tuan Guru Nik Aziz lebih bijak 
mentadbir 
negeri berbanding Menteri-menteri Besar lain di Malaysia. Tiada idea dan  pelaksanaan 
yang
dibuat sekalian Menteri Besar BN yang menguntungkan rakyat  negerinya,  baik dari segi
perkembangan bangsa juga daulah Islam. Kerajaan  Pusat melakukan penganiayaan terhadap
rakyat Kelantan dengan menyekat segala bantuan ke Kelantan supaya kerajaan PAS dilihat
gagal  membangunkan Kelantan. Tetapi sehingga sekarang Kelantan masih teguh berdiri  
dan
gah dibawah kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Dan yang paling  penting 
keseluruhan
rakyat Kelantan tetap mahukan kepimpinan Tuan Guru Nik  Aziz dan kerajaan PAS.

Dalam masa 9 tahun, PAS telah berjaya membayar balik hutang berjumlah 111  juta ringgit
kepada pusat. Hutang yang dibayar adalah hutang yang dibuat  oleh Barisan Nasional 
sebelum
ini dan kerajaan PAS sejak mengambil alih  pentadbiran Kelantan tidak pernah berhutang
dengan Pusat. Gaji kakitangan  dan bonus dapat ditunaikan kerajaan PAS tanpa sebarang
masalah, walaupun  tanpa bantuan Pusat dan dengan hasil negeri yang kurang. Dan hasil
jimat  cermat dan kecekapan mengurus kewangan negeri, kerajaan PAS Kelantan  mempunyai
simpanan tetap berjumlah 200 juta ringgit. Ini berbeza dengan  kerajaan Negeri Kedah 
yang
kononnya diurus oleh pemimpin UMNO yang cekap  tetapi masih berhutang 1.24 bilion 
kepada
kerajaan Pusat dan sekarangpun  masih terpaksa berhutang bagi membayar gaji 
kakitangannya.
 Agaknya kemanakah 1.24 bilion dibelanjakan di negeri Kedah yang hanya sekangkang  kera
berbanding keluasan Kelantan. Tiada pulak pembangunan yang hebat-hebat  kat sana. 
Itulah
satu contoh kegagalan pemimpin dan kerajaan sebagai contoh  buat semua. Dan lihat di
Terengganu dengan hasil minyaknya 600 juta setahun.  Kalau anda datang ke Kelantan 
melalui
Bandar Terengganu dan Jertih,  bandingkanlah sendiri 2 negeri pantai timur ini. 
Kelantan
kalau tak  setanding dengan negeri lainpun sebab hasil negerinya kurang dan dinafikan  
hak
oleh pusat. Di Terengganu pula walaupun mempunyai hasil negeri yang  banyak tetapi 
masih
mundur juga. Kemanakah dibelanjakan segala hasil  negeri...

Sepanjang pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan, banyak pembaharuan dan perubahan yang
telak dilaksanakan hasil dari pemikiran ulamak seperti TG Nik  Aziz yang. Inilah 
orangnya
yang selalu kena perli dan dihina oleh Barisan  Nasional tetapi idea dan pelaksanaannya
pula yang ditiru. Kelantan dituduh  mundur di bawah Kerajaan PAS tetapi mereka ini lupa
negeri inilah yang  pernah mereka perintah dulu berbelas tahun lamanya sebelum ditawan
PAS,  tetapi Barisan Nasional ini tidak mahu fikir kekalahan mereka dulu adalah  kerana
gagal melaksanakan  pembangunan insan dan agama di Kelantan. Barisan  Nasional mengugut
setiap kali pilihanraya mereka mengatakan rakyat Kelantan  menolak pembangunan kalau
memilih PAS. Tetapi rakyat Kelantan tetap menolak  Barisan Nasional yang pernah diberi
peluang suatu masa dulu untuk mentadbir  kerajaan Kelantan.

Inilah antara yang telah dinikmati rakyat Kelantan dimana permulaan  pelaksnaannya
dikutuk, dicerca dan diperli sehabis mungkin oleh Kerajaan  pimpinan Dr Mahathir. Tapi
kebenaran menghapuskan yang batil. Kerajaan PAS  Kelantan telah menambahkan jumlah hari
cuti bersalin bagi kakitangan  perempuan dari 42 hari kepada 60 hari. Ini adalah suatu
pelaksanaan yang  betul-betul memperjuangkan hak rakyat dan telah berjaya dilaksanakan
oleh  kerajaan PAS di Kelantan dan Insya Allah jika Barisan Alternatif menang  nanti 
cuti
bersalin ini akan ditambah kepada 90 hari. Inilah pelaksanaan  kearah dasar keluarga
bahagia kerajaan PAS Kelantan. Bilakah Kerajaan  meluluskan tambahan cuti bersalin 
dari 42
ke 60 hari??, hanya pada tahun  1997 barulah kerajaan mengikut jejak langkah kerajaan
Kelantan. Mengapakah  Kerajaan tidak pernah memikirkan ini bagi rakyat Malaysia
sekaliannya,  dimanakah barisan pemimpin educated UMNO sekaliannya ???

Bila judi diharamkan, heboh kat tv dan paper kononnya kerajaan PAS Kelantan  menindas 
hak
bukan Islam. Inilah saudaraku, dek kerana takutkan kejayaan  orang lain, diburukkan 
pula.
Masih ingatkah kita semua macam mana buruknya  pandangan dan cercaan serta sindiran
terhadap kerjaan PAS Kelantan bila  mengharamkan tempat judi dan mengawal penjualan 
arak
. hari ini tiada siapa  yang berani mempertikaikannya lagi sebab ia nyata telah 
berjaya.
Walaupun  hasil kerajaan sedikit tetapi pelaksanaan pnegharaman judi sekaligus 
mengurangkan hasil negeri langsung tidak menjejaskan kewangan Kelantan.  Kerajaan
Terengganu dibawah pimpinan Wan mokhtar Ahmad pula telah mengikut  jejak langkah 
Kerajaan
PAS Kelantan dengan turut melaksanakan pengharaman  judi dan arak pada Julai 1998. Ada
sorang cina pompuan, kalau kat Melaka  kira nyonya la dia ni tapi pompuan cina ni lagi
baguuus.. dok kat Jalan  Gajah Mati Kota Bharu, apa dia kata.. "itu Nik ajiz aaaa.. 
manyak
bagus  wooo.. lulu aa.. wa punya laki, balik malam-malam aaaa.. selalu minta luit  dan 
pukul sama gua dengan anak sebab kalah itu judi, lagi aaaa dia ada  minum..sekalang dia
tarak balik malam lagi wooo.. kalau dia balik malam pun  dia bawak itu makanan kasi 
kita
makan, tarak pukul gua dengan anak lagi..itu  Nik ajiz manyak bagus"

Di Malaysia, kita hanya tahu dan dengar hudud dari Kelantan. Dibantai, diperli, dihina 
seolah-olah hukum hudud tu hukum yang dibuat oleh PAS.  Sedangkan hukum hudud adalah 
dari
Allah untuk hambanya, Malaysia dengan  perlembagaan Islam konon tapi masih ikut
undang-undang sekular. Tahukah kita  semua hudud lebih menjamin keadilan bagi semua dan
jika hukuman hudud dan  undang-undang Islam di jalankan di Malaysia, ia lebih menjamin
hak-hak  wanita dan manusia amnya. Lihat sekarang, wanita diperlaku sedemikian rupa,  
yang
ditinggalkan suami, gantung tak bertali, tak diberi nafkah, anak-anak  diabaikan.. 
adakah
undang-undang yang ada sekarang boleh menjamin hal  diatas. Teruknya undang-undang
Malaysia sekarang, curi coklat harga 6  ringgit boleh masuk penjara 6 bulan, salah 
rasuah
2 juta kena masuk penjara  hanya 2 tahun dan bayarv denda, dan keluar penjara masih 
boleh
joli balik duit 2 juta. Teruknya undang-undang Dr Mahathir sekarang, rata-rata 
pemimpin 
UMNO ni penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa tetapi didiamkan. Dr  Mahathir 
memelihara
barisan banduan UMNO mentadbir negara Malaysia.

Kemudian sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahn yang telak dilaksanakan di  Kelantan pada 
1992.
Kemudian idea dan pengutkuasaan kerajaan negeri keatas  pembinaan rumah yang 
mewajibkan 3
bilik pada tahun 1993. Semuanya hasil dari ketokohan dan pemikiran barisan Kerajaan PAS
Kelantan.  Lihatlah, dalam keadaan disekat dan terhadpun Kerajaan PAS Kelantan ini  
mampu
untuk melaksanakan sesuatu yang menguntungkan rakyat. Mereka  betul-betul mencari ruang
dan jalan untuk kesenangan rakyat sekaliannya.

Setelah beberapa tahun selepas kerajaan PAS Kelantan melaksanakan kerja 5  hari 
seminggu
bagi kakitangannya, baru dari budget 1999 (dec'98) lepas semua  kakitangan awam diberi
pelepasan cuti pada hari sabtu pertama setiap bulan  dan menjadikan hari itu hari
keluarga.

Banyak idea dan kejayaan pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan PAS pimpinan  TG Nik 
Aziz
yang diikuti oleh negeri lain juga kerajaan Pusat. Itulah antara  pembangunan negeri 
dan
kemanusiaan yang telah berjaya dilaksanakan Kerajaan  PAS Kelantan. Lain dari itu
bawak-bawaklah melancung kemari, shoppingla  sikit sebab barang murah, perhatikan
sekeliling, rakyatnya, bangsanya.. Satu  perbezaan ketara jika pemimpin yang 
berlandaskan
agama pilihan kita ialah,  mereka ini sebelum diangkat jadi pemimpinpun sudah dekat dan
dikenali rakyat  sekaliannya, sesungguhnya kepercayaan dan harapan lebih layak 
disandarkan
 kepada mereka dan selepas bersara sekalipun nama pemimpin dari golongan ahli  agama 
tadi
akan terus kekal dihormati dan diingati oleh sekalian rakyat.

Kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan TG Nik Aziz telah berjaya  melaksanakan banyak
perubahan dan pembangunan insan dan agama di Kelantan.  Walaupun menerima banyak 
tekanan
dan sekatan dari Kerajaan Pusat tetapi ia  sedikitpun tidak mampu menggoyahkan Kerajaan
PAS disana. Fikirkan.. dalam  keadaan sekelompok pemimpin dari sebuah negeri yang 
selalu
disalah erti oleh  kebanyakan orang dan dipandang rendah pada kebanyakan pemimpin, 
tetapi
dari  negeri itulah datangnya idea dan perlaksanaan yang rupanya betul-betul  diterima
rakyat dan masyarakat amnya.. fikirkan apakah yang pemimpin dan  barisan kerajaannya 
dapat
lakukan jika diberi peluang mentadbir Negara ini..

bersambung..



---

Subject: Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Bik Aziz yang kukasihi IV


Telah 2 penggal Kelantan dibawah pentadbiran Kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Dato Nik 
Aziz
Nik Mat. Dengan hasil negeri yang terhad dan tekanan dari kerajaan Pusat beliau masih
mampu mentadbir kerajaan negeri dengan baiknya. Pembangunan insan dan agama yang telah
beliau laksanakan di Kelantan cukup berkesan dan diterima segenap lapisan masyarakat.

Kerajaan Pusat dan barisan pemimpin BN tak putus-putus menjadikan isu pembangunan dan
kemiskinan Kelantan tetapi mereka lupa negeri inilah dulu yang pernah mereka tadbir dan
gagal melaksanakan apa-apa pembangunan. Jika pembangunan yang mereka mampu bina, 
lihatlah
di Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang. negeri-negeri ini dibawah Barisan Nasional 
dan ia
tak lebih tak kurang macam aje Negeri Kelantan.

Kelantan walaupun dinafikan hak oleh kerajaan Pusat ekoran ditadbir oleh pembangkang 
tetap
mampu melaksanakan berbagai pembaharuan dan pembangunan insan dan agama di kelantan.
Kerajaan PAS telah membuktikan keupayaan mereka mentadbir negeri dengan baiknya. Oleh 
itu
tiada sebab PAS tidak mampu mentadbir negara jika mendapat mandat dalam pilihanraya 
nanti,
lagipula yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru adalah Anwar Ibrahim.

Lihatlah contoh kepimpinan barisan pemimpin PAS dan Kelantan dan bandingkan mereka ini
dengan barisan pemimpin UMNO. Bandingkan hanya Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar 
Kelantan
dengan sekalian Menter-menteri Besar UMNO. Bandingkan Negeri yang ditadbir oleh 
Kerajaan
PAS dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO. Bandingkan dan fikirlah perbezaan 
ketara
antara mereka ini. Bandingkan sendiri pemimpin-pemimpin PAS ini yang dituduh dan 
dicerca
konon guna agama untuk kepentingan diri sedangkan kita sendiri tahu tiada harta milik
mereka selepas diangkat jadi pemimpin. Apa yang mereka ada sebelum dipilih ituklah 
harta
yang mereka ada sekarang.

Mengapa bila diberi kuasa mentadbir kerjaan negeri keseluruhan pemimpin PAS Kelantan
sanggup mengorbankan wang ringgit elaun dan duit gaji mereka untuk rakyat dan apa pula
pengorbanan pemimpin UMNO. Mereka bukan sahaja menerima elaun dan gaji lumayan malahan
mengambil kesempatan untuk bagi menambah duit poket mereka sendiri. Kita sangka bila
mereka mengadakan jamuan hari raya, korban 10 ekor lembu untuk idil adha tu, mereka 
cukup
baik dan pemurah tapi tahukah kita duit itu adalah duit kita semua. Semua yang mereka
belanjakan untuk rakyat adalah dari peruntukan yang mereka dapat tetapi kalau mereka
belanjakan untuk rakyat sekalipun separuh sahaja. Peruntukan dan elaun itulah yang
dikorbankan oleh pemimpin PAS Kelantan. Segala apa yang mereka belanjakan adalah dari 
duit
mereka sendiri.

Dalam masa yang singkat ini saya menyeru sekalian rakyat Malaysia supaya memilih 
kualiti
kepimpinan seperti yang ditonjolkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz. Saya menyeru supaya 
memberi
sokongan kepada barisan parti dari Barisan Alternatif. Sokong dan pangkahlah samada 
PAS,
KeADILan, DAP atau PRM. Kita berikan kemenangan kepada Barisan Alternatif dan kita
tabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia di alaf baru dan 
kita
tengok keadilan yang bakal timbul.

Siapalah bangsa Melayu di Malaysia tanpa Agama Islam.

UNDILAH Barisan Alternatif PAS, KeADILan, DAP, PRM dan Tegakkan Agama Allah.

Wassalam

kunta kinte 
Kota Bharu 
Kelantan












_____________________________________________
Free email with cool domains at FriendlyEmail
http://www.mypad.com/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke