*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Puan Fuziah Salleh yang dilahirkan di tahun 1959 ini telah dibesarkan di Kuantan
sebelum melanjutkan pelajarannya di United Kingdom. Beliau telahpun bersuami
dengan Prof. Madya Dr. Russly Abd. Rahman yang kini berkhidmat di UPM. Keluarga
bahagia ini telah dikurniakan enam cahayamata iaitu Siti Sarah yang sedang
menuntut di peringkat Ijazah di dalam bidang pengurusan makanan, Siti Alia -
masih belajar di bidang perubatan serta Hafiz (14 tahun), Muiz (12 tahun), Siti
Ruwaida (8 tahun) dan Ulfah Adila (3 bulan).

Dari segi akademik, Puan Fuziah mempunyai Diploma of Counselling dari University
of Reading, Great Britain serta Masters of Business Administration (MBA) dari
Wales, United Kingdom.

Sebagai seorang aktivis, beliau bergiat cergas di dalam pertubuhan kebajikan,
Jemaah Islah Malaysia (JIM) selama hampir 10 tahun. Di samping itu, beliau juga
pernah melibatkan diri dalam memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan untuk
remaja dan wanita didera sewaktu di England. Beliau juga sering mengetengahkan
isu-isu penting berhubung remaja dan wanita di dalam WAC (Women's Agenda for
Change). Beliau juga telah menubuhkan Raudahtus Sakinah, pusat perlindungan
wanita di Kuala Lumpur.

Ketokohan beliau amat terserlah sehingga beliau telah diberi kepercayaan untuk
memangku jawatan Ketua Wanita KeADILan Pusat. Di samping itu, beliau juga adalah
Ketua Wanita JIM serta merupakan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO). Semasa di Britain lain, beliau telah
menjadi penasihat beberapa pertubuhan beliau dan beliau juga pernah berucap di
beberapa persidangan di Amerika Syarikat. Beliau yang juga memberikan khidmat
sebagai jurulatih dan juru perunding di Brunei Darussalam ini juga pernah muncul
di dalam beberapa rancangan TV seperti Selamat Pagi Malaysia, Moving On 2 dan
Hati ke Hati.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke