*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERAJAAN T'GANU UBAH FUNGSI INSTITUSI KETUA KAMPUNG 
  

KUALA TERENGGANU, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pas
Terengganu tidak berhasrat memecat mana-mana ketua
kampung di negeri ini sebaliknya akan membuat beberapa
perubahan mengenai fungsi institusi itu tidak lama
lagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan
dan Alam Sekitar negeri Wan Abdul Mutalib Embong
berkata fungsi ketua kampung yang ada sekarang masih
seperti biasa sehingga tarikh pelantikan baru dibuat
pada akhir bulan depan. 

"Tidak timbul soal mereka (ketua kampung) dipecat
kerana kita hanya mahu supaya institusi itu dapat
menjalankan peranan dengan lebih baik untuk
kepentingan masyarakat di negeri ini," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco
negeri di sini hari ini. 

Beliau berkata kerajaan negeri memberi jaminan bahawa
semua ketua kampung yang ada sekarang akan dikekalkan
sekiranya mereka layak kecuali jika mereka menolak
jawatan yang ditawarkan itu. 

Menurutnya penyusunan semula struktur ketua kampung
yang secara automatik menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Majlis Syura Rakyat (JMSR) bagi menggantikan fungsi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
yang akan dimansuhkan hendaklah memenuhi beberapa
syarat baru yang telah ditetapkan. 

Namun begitu ketua kampung tidak dibenar untuk
memegang jawatan lain seperti imam atau bilal dan
pengerusi masjid bagi mengelakkan berlakunya sebarang
pertindihan jawatan, katanya. 

Selain itu, syarat untuk menjadi ketua kampung ialah
mereka mesti berusia antara 40 dan 65 tahun,
berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran
Malaysia atau empat sanawi atau setaranya, kata
beliau. 

Menurutnya pegawai daerah kini dalam proses menerima
senarai nama ketua kampung yang layak untuk
dikemukakan kepada Menteri Besar, Haji Abdul Hadi
Awang sebelum pelantikan dibuat. 

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju
menaikkan elaun ketua kampung sehingga RM200 sebulan
berbanding RM180 sebulan sebelum ini di samping
kemungkinan menambah jumlah yang ada sekarang termasuk
melantik di kalangan yang bukan Islam. 

"Di kawasan yang ramai penduduk Cina, kita akan
melantik ketua kampung di kalangan mereka dengan
memenuhi syarat-syarat tertentu termasuk tidak
melakukan kesalahan jenayah," katanya. -- BERNAMA
 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke