*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
Date sent:              Sun, 11 Nov 2001 17:29:39 -0800 (PST)
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] Ketibaan Bulan Ramadhan


From:  Dalin <[EMAIL PROTECTED]>

Ketibaan Bulan Ramadhan 

Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan
Ramadhan 
yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi
hikmahnya yang 
tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama
mengucapkan 
''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan
suasana 
penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang
dada dan 
penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat
datang 
Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut
Ramdhan 
dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan
keluhan. 

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira
setiap kali 
kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan
pula kepada 
sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang
kepadamu 
bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah
memfardukan 
atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala
pintu 
syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu
seluruh 
syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari
1000 bulan. 
Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka 
sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr.
Ahmad) 

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu
kerana kita 
mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk
melanjutkan 
perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan kpd
Allah itu 
dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman yg penuh
ujian dan 
rintangan. Ada gunung yang harus dihakis. itulah
nafsu. Di gunung itu 
ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya
tetapi apabila 
tekat tetap membaja sebentar lagi akan nampak caha
ya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan
jelas rambu-rambu jalan,
nampak tempat-tempat yang indah utk berteduh serta
telaga-telaga jernih utk
melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan akan
ditemukan ken
deraan Ar-Rahman utk menghantar musafir bertemu dengan
kekasihnya. 

Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan
yg mencukupi. Bekalan itu
adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di
dalam jiwa kita. Tekad
yang keras dan membaja utk memerangi nafsu agar kita
mampu mengh
idupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarus, serta
siangnya dengan ibadat
kepada Allah melalui pengabdian untuk agama. 

Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki
gerbang pertapaan dan latihan.
Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki
kita perlu menyiapkan diri
serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta
latihan yg
 perlu disediakan ialah : 

* mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar
apabila kita memasuki dan
menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang
diperbaharui dengan
mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang
sempurna. 

* memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa
dalam menghadapi bulan puasa,
sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.


* Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga,
kelapangan dan kesempatan
mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan
kita supaya kita dapat
menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus
ikhlas, jauh 
daripada perasaan ria, ujud, sumah dan segala penyakit
yang menghilangkan
pahala puasa. 

Kata Al Mualia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi
tahunnya kepada dua
bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya
untuk memohon kepada Allah
agar menerima.puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua,
mereka menggunakan
nya utk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah
agar memberikan tenaga dan
kekuatan untuk melaksanakan puasa yg akan datang itu."
(Lathaiful Ma'rif 156) 

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan
sempurna, agar kita
memperolehi kesan-kesan yg diharapkan daripada
berpuasa itu. Bulan puasa itu
adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta
tamak haloba. 
Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk
AKHIRAT, bulan
menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan
membersihkan dan mensucikan
diri daripada pelbagai dosa serta menghias diri dengan
budi pekerti yang ti
nggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi
menunaikan segala hak puasa. 

* Menyediakan diri utk menjaga benih-benih amalan yang
kita tanam pada bulan
Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam
benih, tidak menyiraminya
dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan
menggigit jari 
ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT 

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati
sebahagian besar umat
Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan
diri dalam urusan
pembelanjaan. Pelbagai barangan dibeli untuk menyambut
puasa. 

Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang
saudagar hartawan, maka
ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya
yang kaya raya itu dalam
menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya
itu; "Untu
k apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang
sudah-sudah, tuan tidak
sesungguh ini mendari dan mengumpulkannya?" Saudagar
hartawan itu menjawab,
"Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba".
Mendengar jawapa
n tuannya, jariah itu berkata, "Kiranya tuan tidak
pernah berpuasa selain
daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan
mengadakan puasa Ramadhan itu
untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya
tidak dapat bers
ama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali
kepada tuan saya yang
dahulu." (Lathaiful Ma?rif 155) 

Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa
adalah keadaan yang tidak
sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh kita
membanyakkan memberi makanan
kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak
keluarga, buk
an menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa
ini. 

Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita
laksanakan bagi menyambut
kehadiran Ramadhan. 

Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita
melaksanakan ibadat puasa
dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama
Islam. 

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika
menyambut Ramadhan. 

Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan
Syaaban. Ini dapat dilihat
menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari
Aisyah yang bermaksud: 

"Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus
berpuasa, hingga kami
mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan
kadangkala terus berbuka
hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah
berpuasa sunat. Namun de
mikian saya tidak pernah melihat Rasulullah
SAW.menyempurnakan puasa sebulan
penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah
melihat baginda banyak
berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban." 

Kedua:Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban
untuk menyambut Ramadhan.
Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah
berceramah di hadapan golongan
sahabat utk menerangkan keutamaan dan keistimewaan
bulan Ramadhan. 

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang
bermaksud: 

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban
berkhutbah dihadapan
kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang
kepadamu bulan Ramadhan,
bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan
kepadamu puasa-Nya
. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga
dan dikunci segala pintu
neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada
satu malam yang terlebih
baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan
kepadanya kebaik
an malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan
dari kebajikan." 

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala
bulan, maka "Selamat
datanglah" kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu
akan sentiasa dinaungi
oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan,
bulan yang All
ah menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada
malam harinya suatu
tatawwu?. 

Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan
suatu pekerjaan kebajikan
didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan
sesuatu fardu pada bulan
lainnya.  

Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu
pahalanya adalah syurga. 

Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan
dan bulan Allah memberikan
rezeki kepada mukmin di dalamnya. 

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang
yang berpuasa, yang
demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan
kemerdekaan dirinya daripada
neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan
memperoleh pahala sepert
i yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan
pahala itu kepada orang
yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk
air atau sehirup susu. 

Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya
ampunan dan akhirnya
kemerdekaan daripada neraka. 

Barangsiapa yang meringankan beban seseorang
(membantunya) nescaya Allah
mengampuni dosanya. 

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan
Ramadhan. Dua perkara untuk
mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu
sangat menghayatinya.
Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan
sesungguhnya tiada 
tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua
perkara yang kamu sangat
memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan
daripada neraka. 

Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa,
nescaya Allah memberi minum
kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia
tidak merasakan haus lagi
sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga. 

Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika
mengakhiri bulan Syaaban
untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan
pertemuan atau ceramah bagi
memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu
dilaksanakan di
 dalam bulan Ramadhan kelak. 

Ketiga: mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan
Ramadhan. 

Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu
Hurairah bahawa Rasulullah
sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas
kedatangan bulan  Ramadhan. 

Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan
hadisnya 
yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepadamu
bulan 
Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu
berpuasa 
didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu
syurga dan 
dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala
syaitan." 

Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita
mengucapkan 
tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang

berbahagia ini. 

Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan
bulan yang 
dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup
segala pintu 
neraka, serta dibelenggu segala syaitan. 

Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita
berusahalah 
mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semoga

kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya
keimanan yang 
lebih terang buat kita semua. 


__________________________________________________
Melanggan (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke