Assalamualaikum wbt


Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum

 

     Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Faimah r.ha dan didapatinya sedang menangis.
     Maka bertanyalah Rasulullah SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai
     Fatimah?"

     Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak
     terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah
     menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang
     besar bagiku."

     Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun
     duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan:

          BismillahirRahmanirRahim

     Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu
     dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang
     amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat
     pengisar."

     Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allah yang menghantarmu
     dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang
     diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah
     untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata
     Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api neraka.

     Alat pengisar menjawab:
     "Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang
     beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri
     dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak
     menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan
     apa yang diperintahkan."

     Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikal Jibril
     a.s. dan berkata:
     "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim
     salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira
     bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu heselamatan dari api neraka dan
     meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan
     bercahaya bagaikan matahari di alam ini.

     Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
     "Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap
     hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu
     kerana tanggung jawab yang berat itu."

     "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
     akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah
     sejauh langit dan bumi."

     "Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya
     perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan
     jahat."

     Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah
     telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di harl akhirat."

     "Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat
     pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan bagi0nya ganjaran sama
     seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian
     kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

     "Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya
     mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan
     mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
     sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
     orang-orang yang memerhati."
     (Riwayat Abu Hurairah)

 



--------------------------------------------------------------------------------
 
Finally! A Better Way! Let's face it.
Life costs money, and figuring out how to earn enough of it
to really enjoy life is tough! What are the options?
For further information please email to me.

Webpage   http://www.ecosway.com/home/X249027
Email to:   [EMAIL PROTECTED]  or  [EMAIL PROTECTED]



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke