*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Membaca akhbar-akhbar Perdana sepanjang minggu ini, minggu terakhir bulan Ogos 2001, dalam banyak-banyak berita, cuma ada ada dua isu yang menarik perhatian saya. Pertama ialah isu KMM & Kumpulan Jihad dan kedua mengenai masalah pembuangan kerja dan penutupan kilang-kilang industri yang makin menjadi-jadi. Mula-mula pasal KMM dan Jihad; entah pasal apa bila meletup saja isu KMM ini, orang semua jadi takut nak bersembang pasal jihad; depa yg dulu dok gedebum gedebam sembang pasal jihad pun, la nie dah jadi kecut semacam. Mungkin sebab depa pernah dengar cerita ada Ustaz yang balik dari Afghan dulu-dulu, sampai-sampai di Malaysia saja, terus kena cekup, kena kurung dekat 17 hari, kena sepit TELOQ - itu kot yang menyebabkan orang takut sangat nak sembang pasal jihad. Sedangkan kita rasa, kalau takat sembang pasal jihad, setakat tulis pasal Jihad, tulislah sampai kematu jari hantu pun, SB tak dak nak mai kacau aih - as long as kuasa politik Dr Mahathir tak terganggu - itu saja!! Masa mula-mula depa cekup 10 orang termasuk Nik Adli anak Tg Nik Aziz tu, saya tak berapa teringin sangat nak tumpang menulis, sebab saya dok ingat: "Alah, tak tulih pun tak pa aih; rakyat tau dah aih kata itu cuma sandiwara semasa nak bagi orang Cina takut kat PAS; dua tiga hari lagi depa lepas lah tu" Telahan saya terbukti apabila dua tiga hari selepas penangkapan Nik Adli itu, jiran saya berbangsa Cina mai sembang kata penangkapan itu betul-betul berkesan - menyebabkan orang2 Cina yang dulu 50/50 atau pun ada rasa sikit sokongan kpd PAS/BA, sekarang confirm 100% patah balik semula ke garisan asal. Dia kata kat saya: "Whether you like it or not, the arrest of the Nik Aziz's son has a very big impact on the Non Muslims; you can say whatever you want, but for us, the moment you mentioned the word "MUJAHIDEEN", it really scare us away!!" [Terjemahan: "Hang suka ka tak suka ka, penangkapan anak Nik Aziz telah memberi kesan yg hebat kpd orang2 bukan Islam; hang boleh kata apa hang suka, tapi bagi kami orang2 bukan Islam, hang sebut saja perkataan "MUJAHIDEEN", terus kami naik ketaq kepala lutut!!"] Saya tak kata apa, cuma antara setuju, bila dia kata Dr Mahathir memang bijak main politik, saya terpaksa kata: "I agreed with you, Dr Mahathir is indeed a very brilliant politician" Waktu tu, kami seakan bersetuju bahawa itu semua adalah sandiwara semasa UMNO untuk menjauhkan undi Cina daripada PAS. Saya pun tak tau nak kata apa dah kat member saya tu, terpaksa akur dengan "kemenangan 1-0" UMNO dalam pergerakan politik tersebut. Bila saya dengar cerita ada seorang tahanan dibebaskan selepas 60 hari ditahan (Sabri kalau tak silap), saya senyum saja - dok kata dah - sandiwara saja cek oii!! Tup-tup, di celah-celah lawak sandiwara semasa ini, tiba-tiba timbul cerita seorang hamba Allah bernama Tawfik kena cekup di Jakarta kerana cuba nak letupkan bom di sana. Dua tiga hari lepas tu, siang malam TV/Radio dan suratkhabar pakat dok heboh pasal cerita ini. HA - DEPA MINTAK SANGAT; SEKARANG TUHAN BAGI DEPA TENGOK!! HANGPA NAK TENGOK APANAMA TU MUJAHIDIN/MILITAN/TERRORIST/PENGGANAS ANTARABANGSA ETC. HA - TENGOK PUAS-PUAS, "MILITANT" ON ACTIONS - SIAP KAT MUKA DEPAN LAGI!!! Selepas keluar cerita sdra Tawfik dan rakan-rakannya mengamuk di Indonesia sana, kita pun jadi ketar jari juga nak tumpang menulis pasal jihad ini, sebab takut depa pi cop kata kita nie geng-geng KMM sedangkan pada realitinya kita nie tang bab-bab Jihad nie, gebang saja lebih tapi habuk pun tarak!! [Masa turun demo kat Tol Plaza dulu pun, dok pun kat hujung2 sekali, siap dok ambik step, nak lompat longkang in case kena serbu - pengecut habis!!] Dulu masa depa tangkap 10 orang tu, kita tak kisah sangat kalau nak gebang deras-deras pasal Jihad dan KMM nie, sebab dok ingat, alah sembang pi lah, macam cerita Sauk juga, depa tarak nak kacau aih!! BUKAN CERITA BETOI PUN - SAJA NAK BAGI ORANG BUKAN ISLAM GABRAH KAT PAS SAJA - POLITIK CEK, POLITIK!! Tapi, sekarang nie bila tengok gambar sdra Tawfik in Actions kat muka depan Utusan Malaysia, tu bila dah tengok benda real berlaku depan mata, kita pun jadi gabrah kalau nak sembang lebih-lebih bab jihad ini; takut depa ingat kita nie geng KMM pulak, tak pasal-pasal kena jemput masuk ke UiSA tanpa rela. Walaupun begitu, dah terlajak sembang pasal isu Jihad ini, ada dua tiga benda yang kita nak tumpang menulis di sini: Pertama; kepada mereka-mereka yang tak tau apa-apa pasal definasi jihad, tok sah dok buka mulut lah, duduk senyap-senyap lagi bagus. Bukannya apa, kalau dok pi buka juga mulut, nanti orang tau kata kita nie jenis tak berapa nak cerdik. Contohnya, minggu lepas saya terbaca kenyataan Awang Selamat (Senator Zainudin Maidin) dalam Utusan Malaysia yang dengan penuh konfiden berkata bahawa KMM lebih merbahaya daripada Black Metal!! PHUITT!! ADA KA PATUT PI KATA MACAM TU!! Gunalah kepala otak sikit, tak kanlah Mujahid yang dok pijak tanah Jihad di bumi Barakah Afghanistan dan Bumi Syuhada Maluku tu lebih teruk daripada Malaun-Malaun yang dok pijak dan dok jijak Al-Quran di Sungai Petani sana nu. Kalau tak reti buatlah cara tak reti; kalau pi tanya Uztaz-Ustaz UMNO yang paling 'cokia' pun, nanti depa akan habag kata: "Mana-mana orang Islam yang tidak pernah menyimpan niat untuk berjihad (mati syahid) dlm dirinya, maka matinya adalah mati Fasik!!". Kedua, kalau ada duit lebih, pi beli majalah Tamadun bulan nie (Ogos 2001); respect juga saya kat Tamadun kali nie sebab dalam keadaan oang cuma berani bisik-bisik sembang pasal KMM dan jihad di Maluku, boleh pula Tamadun pi cerita dengan penuh detail kisah-kisah pembunuhan ummat Islam yang terbaru di sana. Antaranya, ialah pembunuhan berpuluh-puluh orang Islam pada sekitar bulan Jun yang lalu. Sila dapatkan Majalah berkenaan untuk cerita lanjut. Cuma ada satu benda saja yang Tamadun tak tulis yang saya nak habag di sini: "Masa Tok Nenek, Kesultanan Islam di Melaka kena serang dengan Portugis dulu, hangpa tau siapa yang mai tolong kita waktu tu? Kalau hangpa nak tau, nama kumpulan itu ialah KMM (KUMPULAN MUJAHIDEEN MALUKU) yang diketuai oleh Al-Syahid Raja Haji dari Kepulauan Ambon dan Hulubalang-Hulubalang Jihadnya!!" SO, KALAU SEKARANG TIBA-TIBA KATA MEMANG SUNGGUH ADA KUMPULAN NAMA "KMM" PI AMBON NAK BALAS BALIK JASABAIK AL-SYAHID RAJA HAJI TEMPOH HARI, NAK PI SELAMATKAN CUCU CICIT DIA, SALAH BESAR KA DEPA??? Tepuk dada tanya selera, saya bukan geng2 KMM, cuma insan biasa yang pernah meminati watak Raja Haji dalam kelas sejarah waktu zaman sekolah dulu-dulu. Saya rasa la, kalau setakat depa nak pi perang mana-mana, nak pi tolong orang-orang Islam yang tertindas di mana-mana, biar pi lah kat depa, asalkan tak buat huru hara kat negara kita sudah la!! Cakap pasal Raja Haji dan Sejarah ini, saya nak tulis sikit mengenai sejarah evolusi kebangkitan Islam kat negara kita ini. Saya pernah ada terbaca satu artikel beberapa tahun dulu - tak pasti siapa yg tulis - yang mengatakan bahawa sejarah kebangkitan Islam di Malaysia ini kalau dihalusi, kita akan dapat lihat bahawa penerimaan masyarakat terhadap konsep pemerintahan & Negara Islam ini berlaku secara beransur-ansur sejak tiga puluh tahun yang lalu. Di awal tahun 70an dulu misalnya, orang pakai skirt dan tak bertudung adalah perkara biasa; Ustazah Sekolah pun tak pakai tudung. Waktu itu bila orang pakai tudung, orang pandang pelik, orang gelar hantu komkom lah dan sebagainya. Di awal 80an pula, kita lihat, masyarakat dah mula boleh menerima tudung sebagai perkara biasa dalam pemakaian mereka. Tapi, waktu itu kalau kita sembang pasal Negara Islam; huissh - melompat sakan orang. "KALAU DOK KERJA POTONG TANGAN SAJA, SAPA NAK PI MENOREH, MACAM MANA NAK TURUN LAUT TANGKAP IKAN DLL???" Tapi, di awal tahun 90an, suara-suara yang sedemikian makin sumbang; dan di penghujung tahun-tahun 90an, agak sukar untuk kita mendengar suara-suara yang berkata sedemikian. Rata-rata orang Islam tak kira PAS, UMNO atau pun KeADILan sudah boleh menerima Islam sebagai addin, sebagai sebuah sistem pemerintahan. Cuma yang dipersoalkan ialah dari sudut logistik dan kemaslahatan; tapi konsep asasnya rata-rata sudah dapat diterimafaham. Masuk tahun awal 2000an ini pula, baru satu tahun kita di alaf baru, tup-tup meletus pula isu-isu yang berkait dengan Jihad dan Militan. Lalu, kita tertanya-tanya; apakah ini juga sebahagian daripada evolusi sejarah kebangkitan Islam di bumi Malaysia atau pun hanyalah satu kebetulan? Apakah mungkin sepuluh dua puluh tahun dari sekarang, jihad dan militant dalam agenda menegakkan negara Islam bukan lagi satu perkara pelik dan menakutkan seperti sekarang? Wallah hu aklam. Selain daripada kisah Jihad dan Militan, orang ramai khususnya mereka yang mencari rezeki di sektor-sektor swasta seperti di kilang2 industri misalnya, dua tiga minggu ini dalam keadaan cemas yang agak ketara. Banyak kilang-kilang yang ditutup atau pun dikurangkan pekerjanya; daripada Hitachi di Johor hinggalah kpd kilang-kilang perbagai jenis di Penang - Solectron, Iomega, Seagate, Sony, Agilent, Komag dan sebagainya - semuanya dalam keadaan cemas kerana masing2 merasakan mereka cuma sedang menghitung hari sahaja!! Kalau tutup atau pun buang pekerja sebab memang bisness tutup terus tak apa juga; ini tidak, ada beberapa buah kilang yang sengaja tutup kemudian pindah pi Negara lain. Ini yang kita tidak paham nie. Misalnya, dua tiga minggu lepas, kilang Astech di Penang tutup; depa pindah pi Filipina dan China. Dulu kilang Seagate Perai dan Read Rite, tutup kemudian pindah pi Thailand. Kilang Seagate dengar ceritanya, bukan takat pindah, pi perbesar lagi ada - 5 kali ganda lebih besar daripada kilang Seagate di Penang. Sony dulu pun ada ura-ura kata nak buka cawangan di Indonesia, nasib baik Indonesia huru hara, kalau tidak depa pun 2x5 juga. So, terlajak sembang pasal kumpulan militan dan sektor industri ini; fikir-fikir sekali, biar pi lah kalau ada mana-mana kumpulan Militan di Indonesia ka, Selatan Filipina ka atau pun di Selatan Thailand ka nak bagi huru hara negara depa; biaq pi lah - sekurang2nya bagus juga untuk menyekat kilang2 kat Malaysia ini daripada berpindah pi ke sana - macam dlm kes Sony tempoh hari; rasanya kalau tak kerana huru hara di Indonesia, mungkin Sony dah habis pakat pindah pi sana - ya lah, dari segi kos tenaga buruh, Indonesia sememangnya jauh lebih murah daripada kita. Sekarang ini bila negara kita pakat pi bantu Angkatan Tentera negara depa dok pressure geng2 Militan di sana - seperti kes Pejuang Moro/Abu Sayaf dan Pejuang Pulo/Mujahideen Patani misalnya; last-last yang untung negara depa juga. Thailand dah jadi aman, so berduyun-duyun kilang kita pi sana; macam tu juga dengan Filipina, Abu Sayaf/ Pejuang Moro makin tersepit, Manila makin aman; so selepas kilang Astech ini, mungkin banyak lagi kilang lain akan ke sana. Kita pula, tak ada bom tak ada perang tak ada apa, tiba-tiba heboh lebih pasal kewujudan kumpulan Militan dan geng Jihad; kalau saya jadi CEO syarikat2 Multinational tu pun, saya pun mungkin naik gabrah dan mungkin dalam senyap-senyap membuat perancangan untuk pindahkan operasi ke Thailand atau pun Filipina. Lantas, secara sinisnya kita boleh kata: "Dalam keadaan kemelesetan ekonomi hari ini, sepatutnya kita kena tumpang berterimakasih kepada kumpulan-kumpulan Militan yang menghuru harakan negara depa tu; sekurang-kurangnya kilang-kilang kita tak pindah pi sana, dan rakyat kita pakat masih ada kerja!!" Tapi sekarang terbalik, kita yang heboh lebih, kita yang bertungkus lumus menyekat depa di pintu sempadan, tapi akhirnya kita juga yang rugi!! Kalau Pak Sako masih ada; nanti dia kata: "Ha, itulah namanya MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!!" Kita dok cari pasal dengan geng-geng Jihad, last-last sekali Tuhan bayar cash kat kita di atas muka dunia lagi... -BIN LUDIN- - This email has been sent using TurtleMail - Get your free email address from www.purpleturtle.com now! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "BIN LUDIN" <[EMAIL PROTECTED]>