*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lagi banyak la duit zakat dapat disonglap oleh puak2 tu...yang hilang
dulu pun tak ketahuan
kunun nak urus zakat negeri2 lain pulak...apa cerita ni...???????



Sjafrial Esa wrote:
> 
> --------------------
> LUZAM mungkin ditubuh -- PM: Rungutan yang persoal fungsi institusi
> zakat boleh jadi ada kebenarannya
> KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata,
> kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Lembaga Urusan
> Zakat Malaysia (LUZAM) bagi menyelaraskan kutipan dan agihan
> zakat di semua negeri.
> 
> Menurut Perdana Menteri, rungutan pihak tertentu yang mempersoalkan
> fungsi institusi zakat terutama dalam aspek ketelusan pengagihan
> wangnya mungkin ada kebenaran.
> 
> Justeru, beliau berkata, kerajaan akan mendapatkan maklumat
> daripada pejabat-pejabat zakat berdasarkan aduan yang dibuat.
> 
> ``Mungkin ada kebenaran juga. Apa sahaja aduan yang dibuat,
> kita akan dapatkan maklumat.
> 
> ``Saya juga kena periksa dan tengok (akan keperluan menubuhkan
> LUZAM) sama ada terdapat keperluan atau tidak,'' katanya kepada
> pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman
> Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di sini malam ini.
> 
> Terdahulu pelbagai pihak meminta kerajaan mempercepatkan penubuhan
> LUZAM yang dicadangkan lima tahun lalu bagi membolehkan kutipan
> dan agihan zakat di semua negeri diselaraskan.
> 
> Mereka berpendapat, penubuhan lembaga itu akan membolehkan semua
> urusan berkaitan zakat di negara ini dijalankan dengan lebih
> sistematik dan efektif dalam meningkatkan sosioekonomi umat Islam.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Datuk Syeikh Majid
> Mohd. Noor berkata, penyelarasan kutipan dan agihan zakat perlu
> dilakukan di peringkat pusat supaya kedudukan golongan fakir
> dan miskin di negara ini lebih tersusun.
> 
> Ujarnya, usaha termasuk mewujudkan LUZAM perlu diteruskan demi
> kebaikan golongan tersebut dengan cara yang lebih sistematik.
> 
> ``Elok kalau diwujudkan badan penyelaras seperti itu tetapi
> ia mesti dirujuk dulu pada Majlis Agama Islam negeri kerana
> mereka yang berkuasa,'' katanya ketika dihubungi.
> 
> Penolong Pengurus Operasi Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS),
> Mohd. Rafiz Mohd. Yusof pula berkata, kerajaan perlu segera
> menubuhkan LUZAM seperti yang pernah dicadangkan bagi menyelaras
> dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> teratur.
> 
> Beliau berkata, penubuhan LUZAM akan memudahkan penyelarasan
> dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> teratur.
> 
> Sebagai contoh, kata beliau, pengiraan zakat emas di Negeri
> Sembilan berlainan dengan pengiraan di Selangor dan Wilayah
> Persekutuan Kuala Lumpur.
> 
> Beliau juga yakin langkah menubuhkan lembaga itu akan membolehkan
> pengawasan yang lebih rapi dibuat terhadap kesemua institusi
> zakat di setiap negeri.
> 
> ``Adanya LUZAM yang bertindak sama seperti Lembaga Tabung Haji,
> akan membolehkan perolehan zakat yang lebih di negeri-negeri
> tertentu dapat diagih-agihkan ke negeri lain,'' katanya kepada
> Utusan di Seremban.
> 
> Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya,
> Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang turut meminta kerajaan menimbangkan
> semula penubuhan LUZAM.
> 
> Katanya, penubuhan LUZAM akan melicinkan lagi sistem zakat di
> negara ini walaupun terdapat halangan enakmen-enakmen tertentu
> di negeri-negeri.
> 
> ``Satu tabung lebih mudah untuk diuruskan berbanding banyak
> tabung,'' jelasnya.
> 
> Idea penubuhan LUZAM dicetuskan pada 13 Julai 1996 oleh Pengurus
> Besar Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
> Mohamed Dahan Abdul Latiff pada Persidangan Bangsa Melayu dan
> Kejayaan Ekonomi Islam Serantau anjuran Institut Perkembangan
> Minda (INMIND).
> 
> Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh ketika
> menggulung perbahasan Undang-Undang Perbekalan Tambahan (1999)
> di Dewan Negara pula antara lain berkata: ``Pada masa ini, Jabatan
> Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras pentadbiran
> serta perundangan mengenai agama Islam di semua negeri terlebih
> dahulu, sebelum LUZAM boleh diperkenalkan.''
> 
> Shafie menegaskan penyelarasan pembayaran zakat itu akan membolehkan
> pengagihan lebih adil dijalankan.
> 
> Baru-baru ini pula, ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas
> Kementerian Penerangan, Ibrahim Azmi Hassan mencadangkan supaya
> kerajaan Pusat menubuhkan sebuah badan penyelaras zakat memandangkan
> sistem pengagihan zakat sekarang tidak begitu tersusun.
> 
> Sementara itu Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu
> juga berpendapat sebuah badan khas perlu diwujudkan untuk menyelaras
> proses pungutan dan pengagihan zakat kepada golongan yang ditetapkan.
> 
> Pengerusinya, Yusof Musa berkata di Kuala Terengganu bahawa
> sudah sampai masanya pengendalian urusan zakat diperbetulkan
> kerana ia tidak memberi manfaat menyeluruh kepada golongan yang
> memerlukan.
> 
> Menurutnya, melalui zakat fitrah, berpuluh juta ringgit dikumpulkan
> setiap tahun di seluruh negara tetapi seolah-olah tiada siapa
> yang berani mempersoalkan ke mana sebenarnya wang itu disalurkan.
> 
> Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Sakom
> berkata, satu garis panduan tetap dapat diwujudkan jika pengurusan
> zakat diletakkan di bawah sebuah lembaga.
> 
> ``Kita tidak mahu pengurusan zakat dibuat melalui jawatankuasa
> yang tidak tetap dan ini menyebabkan kadang-kala pengagihan
> zakat tidak kena pada sasarannya.
> 
> ``Jika institusi zakat tidak diuruskan dengan baik, ini menyebabkan
> kepercayaan orang ramai akan terhakis dan sekali gus mencacatkan
> imej Islam,'' katanya.
> 
> Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi
> Ibrahim berkata, urusan zakat tidak boleh lagi dijalankan secara
> tradisional sebaliknya perlu ditadbir dengan profesional oleh
> sebuah lembaga.
> 
> ``Lembaga Tabung Haji boleh dijadikan model dan jika ia dapat
> dilakukan ke atas institusi zakat, kita bukan sahaja dapat membantu
> orang miskin malah ia dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah
> dan masjid,'' ujarnya.
> 
> Presiden Gabungan Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA), Prof.
> Datuk Hamdan Adnan berkata, pengurusan zakat di negara ini perlu
> diseragamkan bagi membolehkan agihan dibuat dengan baik.
> 
> ``Kadang-kadang kita merasa malu apabila tersiar kisah kedaifan
> hidup orang Islam di akhbar atau televisyen, sedangkan banyak
> zakat dikutip,'' jelasnya.
> 
> Sementara itu, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
> (PPIM), Dr. Maamor Osman berkata, pengurusan zakat perlu dikendalikan
> di peringkat Pusat bagi membolehkan zakat disalurkan kepada
> negeri lain yang memperolehi kutipan zakat yang sedikit tetapi
> mempunyai ramai fakir miskin.
> 
> ``Walaupun urusan zakat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
> negeri, namun para mufti boleh memainkan peranan agar penyelarasan
> dapat dibuat bagi kepentingan orang ramai,'' katanya.
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke