Laporan Khas Dari Geneva : Puteri Reformasi Menggegarkan Dunia

Oleh KHALID JAAFAR

Geneva (Rabu): Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar, membuat gegaran di Persidangan Ke-56 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia hari ini apabila beliau merayu kepada suruhanjaya tersebut untuk membantu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Nurul Izzah berkata meskipun ayah beliau sedang menjalani hukuman di bawah Kanun Keseksaan tetapi pada hakikatnya DSAI adalah seorang tahanan politik. “Saya merayu kepada suruhanjaya ini membantu membebaskan ayah dan mengembalikan hak beliau yang dicabuli serta hak-hak mereka teraniaya kerana terbabit dalam kes bapa saya,” kata beliau.

Ucapan Nurul Izzah di persidangan  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, satu badan dunia terpenting yang membela hak asasi, hak madani dan politik dengan sendirinya melancarkan kempen besar-besaran untuk membebaskan Anwar Ibrahim (Free Anwar Campaign).  Kempen tersebut dengan serta-merta mendapat sambutan dari NGO Asia.

Nurul Izzah juga merayu agar suruhanjaya tersebut mengambil langkah untuk melindungi hak peguam-peguam yang menjalan tugas professional mereka dalam membela Anwar. Nurul Izzah menerangkan Zainur Zakaria telah dihukum kerena menghina mahkamah sementara Karpal Singh telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

Nurul Izzah yang berucap sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat tepukan dari wakil-wakil kerajaan dan NGO. Sepanjang persidangan semalan ucapan Nurul Izzah merupakan satu-satunya perwakilan yang mendapat tepukan. Ketika beliau berucap kelihatan wakil-wakil kerajaan menoleh ke belakang kearah beliau. Perwakilan NGO berucap di barisan yang paling belakang.

Setelah tamat ucapan Nurul Izzah dikerumini oleh wakil-wakil NGO dari seluruh dunia, antaranya dari Guatamala, Poland and Iran, yang meminta teks ucapan beliau dan memberikan kata-kata peransang agar terus tabah memperjuangkah kebebasan DSAI. Nurul Izzah juga mengedarkan ucapan beliau kepada wakil-wakil kerajaan.

Ezki Suyanto naib koordinator Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindakan Kekesan (Kontras), seorang wakil NGO dari Indonesia, mengucapkan shabas kepada Nurul kerana ucapan beliau yang cukup mengesan:”Bagus sekali ucapannya. Belum pernah ucapan wakil NGO mendapat perhatian sebegini rupa.”

Pandangan yang serupa diberikan oleh Ravi Nair, pengarah eksekutif Pusat Dokumentasi Hak Asasi Manusia Asia Selatan yang berpusat di New Delhi. Ravi Nair merupakan wakil NGO Asia yang paling berpengalaman dan menghadiri persidangan PBB mengenai hak asasi di Geneva setiap tahun.

Nurul Izzah yang merupakan  perwakilan termuda terus memukau perwakilan apabila beliau memulakan ucapan dan memperkenalkan diri: “ Sebagai seorang muda yang berasa begitu terhurmat kerana dapat berucap di persidangan ini, saya  membawa salam bapa saya Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh.  Saya berumur 19 tahun dan saya mewakili keluarga saya dan gerakan Reformasi untuk menarik perhataian tuan-tuan kepada krisis hak madani dan politik yang semakin tenat di Malaysia.”

Beliau seterusnya menceritakan pengalaman keluarga beliau tatkala dan sejak DSAI di tangkap.

“Cara bapa saya ditangkap merupakan satu tindakan provokasi dan bertentangan dengan prinsip kehormatan manusia. Sepasukan komando polis yang bertopeng  dan bersenjatakan sub machine gun otomatik memecah masuk rumah kami yang penuh dengan sanak saudara, sahabat, wartawan dan penyokong. Ramai antara mereka adalah perempuan dan kanak-kanak dan kesemua adalah tidak bersenjata. Ada ketikanya muncung senapang diajukan kepada adik-adik saya yang berumur 13 dan 14 tahun.”

Nurul menegaskan bahawa DSAI adalah seorang tapol (tahanan politik) dan badan hak asasi manusia seperti Amnesty International telahpun mengklasifikasikan  DSAI sebagai “prisoner of conscience.”

“Pendakwaan beliau di bawah kanun keseksaan adalah instrument untuk melaksanakan penindasan politik. Beliau di singkirkan dari kerajaan kerana beliau menuntut reformasi ekonomi dan politik. Sebagai Menteri Kewangan beliau menegaskan bahawa dana pemerintah tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat syarikat besar yang mempunyai hubungan politik. Pendakwaan beliau adalah hasil dari kolusi dan penyalahgunaan kuasa beberapa institusi penting pemerintah,” Kata Nurul.

“Untuk mencipta bukti yang boleh mendakwa bapa saya, pihak yang bertanggungjawab telah melakukan pelanggaran hak asasi manusi terhadap beberapa individu. Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Meor telah di tangkap, ditekan dan disiksa supaya membuat pengakuan yang boleh mendakwa bapa saya.

“Dr Munawar dan Sukma telah di bicarakan secara tidak adil. Pembohongan dan penciptaan bukti telah dilakukan melalui pelanggaran hak asasi manusia bukan sahaja telah menganiaya kami sekeluarga tetapi juga telah meluka kewibawaan dan kesucian institusi-institusi pemerintah.”



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke