*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TU LA NARZMI; ORANG DOK HABAG DAH:

Hari tu Mokhzani minta Jawatan Ketua Bahagian Merbok, hangpa (Daim & co) tak 
mau bagi, sampaikan merajuk Daddy dia hingga sanggup Daddy-Kasi kenyataan kata 
Orang Kaya tak boleh bertanding dalam UMNO.

HA, LA NI, PADANG MUKA HANGPA; LEPAS NIE BUKAN SETAKAT KEPALA HANGPA KENA 
LUKU, SILAP-SILAP TELOQ PUN KENA KEPIT!!

Tu la lawan tokeh sangat....

-Ru Antara-


Date: Fri, 15 Jun 2001 16:45:38 +0800

Setiausaha Politik Daim disiasat polis 
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Setiausaha Politik bekas Menteri Kewangan, Tun
Daim Zainudin, Narzmi Abdul Hamid bersama dua orang lagi pembantu Tun Daim
disoalsiasat oleh polis di Bukit Aman petang semalam. 
Menurut sumber Harakah, Narzmi yang juga Ketua Umno Bahagian Merbok
sekarang, disiasat oleh sekumpulan pegawai polis kira-kira jam 2.30 petang
berkaitan dengan perletakan jawatan Daim baru-baru ini. 
Siasatan ke atas para pembantu Daim itu berlaku dalam suasana berita angin
bertiup kencang kononnya Tun Daim ditahan polis dan sedang disiasat. 
Bagaimanapun sehingga kini ia kekal sebagai berita angin dan tidak dapat
disahkan. Sebelum ini, Tun Daim adalah Ketua Umno Bahagian Merbok. 
Bagaimanapun, dalam mesyuarat agung yang lalu, Tun Daim tidak bertanding
merebut jawatan itu sebaliknya pembantu beliau itu menang. 
Terdahulu dari itu, Dr Mahathir telah ! mengumumkan 'orang kaya' tidak boleh
memegang jawatan dalam Umno.
Awal bulan ini, ketika pelbagai akhbar di negara menyiarkan berita penafian
Perdana Menteri, Dr Mahahthir Mohamad perletakan jawatan Tun Daim,
Harakahdaily.com telah menyiarkan "Tun Daim telah meletakkan jawatannya". 
Comments ? E-mail Us 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke