*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
M05 : SASARAN

Saya pernah mendegar ada orang mengatakan bahawa hidup manusia seperti ikan
emas yang ada dalam botol . Ikan emas berenang dan terus berenang, tetapi
hanya berputar di situ juga, di tempat yang sama dalam botol itu juga.
Kebanyakan manusia kelihatan begitu sibuk membanting tulang dan bekerja
siang dan malam, tapi tiada perancangan dan tujuan.

Harap-harap kita tidak menjadi ikan emas itu.(kalau tidak...tiba-tiba kita
mati tanpa disedari...tengok-tengok sudah berada dalam kubur...nak berenang
tak boleh  dah :

Maka biarkanlah mereka tenggelam (dalam kesesatan) dan bermain-main sampai
mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka. (QS. 43:83)


Sebaliknya,...........PAStikan sekarang, apa yang anda inginkan dari hidup,
jangan cepat putus asa atas apa yang anda dapat (atau tak dapat ) dari
kehidupan. Hidup tidak pernah dicipta untuk permainan atau perjudian :
Dan tidaklah Kami ciptalan langit dan bumi dan segala yang ada diantara
keduanya dengan bermain-main. (QS. 21:16)
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami. (QS.
23:115)


Allah tidak menciptakan ciptaan Nya terbiar tanpa tujuan.

Pilihan pada diri anda. Anda boleh menjadi apa saja yang anda inginkan
asalkan anda membuat keputusan bagi diri anda sendiri (Insya Allah). Tidak
seorangpun yang boleh melakukan untuk anda.

SEKARANG. Buat keputusan. Bagaimanakah anda ketika berumur 50, 60, 70, atau
80 tahun ? Gambarkanlah. atau tuliskan gambaran anda itu atau keinginan
anda itu. Gambarkan orang yang mulia (berjaya dan bertaqwa) yang anda
inginkan, anda menjadi sepertinya. Fikirkan terus menerus tentang hali ini
, selama anda menuju pencapaian itu.

Kalau anda seorang yang mementingkan kehidupan yang canggih, terbaik,
bahagia dan kekal iaitu kehidupan di akhirat, Maka gambarkan lah kehebatan
dan kehidupan Rasulullah SAW, sahabat dan ulama yang muktabar, letakkan
sasaran-sasaran yang akan anda capai.

Tidak ada seorang pun yang boleh sampai pada suatu kejayaan dengan hanya
mengambil satu langkan. Kita melakukan perjalan panjang menuju tujuan yang
kita kehendaki selangkah demi selangakh, tingkat demi tingkat. Oleh itu
kita perlu menentukan sasaran jangkan pertengahanyang tentunya diarahkan
pada sasaran kita yang utama.


Sasaran jangka pendek seharusnya ditentukan secara harian, mingguan,
bulanan, atau tahunan.  Semua tugas besar akan menjadi lebih mudah kalau
dipecah-pecah menjadi sasaran jangka pendek. Dengan menyelesaikan secara
kecil kita sebenarnya melangkan pada satu yang lebih besar.

Hal yang terbesar dalam hidup ini tidak terdapat pada tempat kita berada,
melainkan pada tempat yang kita tuju. (Oliver Wendell Holmes) . Tempat
tujuan utama kita ialah ahkirat,...kerana di situlah kita dapat yang
terbesar.

Hidup yang tidak mempunyai tujuan hidup bukanlah hidup, matipun bukan, tapi
suatu mimpi. Setiap manusia yang hidup dengan bersungguh-sungguh dengan
tujuannya, sentiasa meninggalkan kenangan. Seseiapa yang hidup dengan
kenangan tidak akan hidup sendirian.

(Idea motivsi i ni berdasakan tulisan Sidney Newton Bremer )

Wasalam



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke