*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA  LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
menuntut kerajaan memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka
kepada seluruh umat Islam di negara ini berikutan perjumpaan Menteri
Luar,
Dato' Syed Hamid Albar dengan rakan sejawatnya dari Israel, David Levy.

  New Strait Times Singapura 25 September lepas melaporkan Syed Hamid
dan
Levy mengadakan pertemuan di New York yang antara lain membincangkan
tantang aspek kerjasama antara dua negara.

  Selain itu, Syed Hamid juga menyampaikan ucapan tahniah daripada
Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed kepada rakan
sejawatnya,
Uhud Barak berikutan kemenangan partinya dalam pilihanraya umum Israel.

  Presiden PMIUM, Mohd. Huzairi Husain berkata, tindakan itu merupakan
salah satu usaha ke arah mengiktiraf negara haram, Israel sebagai entiti
yang sah di samping beberapa tindakan lain sebelum ini termasuk
mengadakan
hubungan perniagaan secara senyap dengan Israel.

  Sehubungan itu, katanya PMIUM membantah keras tindakan Syed Hamid
yang tidak memelihara sensitiviti umat Islam dan rakyat negara ini serta
menuntut kerajaan membatalkan segala hasrat membentuk kerjasama dengan
Israel.

  " Hubungan dua hala dengan Israel secara tidak lansung mengiktiraf
pelbagai
kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas penduduk
Palestin yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam,"
katanya.

  " Kami merasa pelik dengan sikap Dr. Mahathir yang sebelum ini begitu
lantang
mengutuk dan mengecam tindakan Yahudi yang dikatakan menjadi dalang
menghancurkan ekonomi negara tetapi pada masa yang sama merapatkan
hubungan dengan Israel. " ujarnya lagi.

  Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam
Semenanjung
(Gamis) menyeru agar mahasiswa dan masyarakat khususnya umat Islam
menilai tindakan itu dengan serius dan kritikal di samping
mempertahankan
maruah agama dan negara daripada dicemari dan dijajah oleh Yahudi.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahim Jamil <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke