*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Biar Mahathir Komen Banyak-banyak 


       Dalam perasaan benci melihat Mahathir di kaca TV, IB sentiasa "suka" menonton 
Mahthir membuat kenyataan dan serta memberi komen berhubung
       isu-isu semasa. Ini kerana, hampir setiap kali Mahathir membuat komen, dia 
melatah dan membuat kenyataan yang bukan-bukan, bercanggah dengan
       kenyataan sendiri sebelum itu atau bercanggah dengan fakta yang diketahui umum. 
Ada pula sesetengah komen dia amat kontroversi hinggakan kelam
       kabut pimpinan UMNO lain dan ahli-ahli pun pening. 

       Yang paling cantik ialah bila Mahathir bercakap, dia menambahkan kebencian 
orang ramai terhadapnya dan UMNO. Bila dia bercakap, lagi nampak
       pembohongan demi pembohongan. 

       Satu lagi kenyataan Mahathir baru-baru ini ialah berhubung perlantikan Ketua 
Hakim Negara yang baru. Dalam laporan berita TV (20/12 malam) dan
       laporan akhbar-akhbar (21/12), perlantikan beliau adalah atas nasihat Perdana 
Menteri dan telah dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong dalam
       mesyuarat Majlis Raja-raja bulan lepas. 

       Tetapi, dalam jawapan beliau kepada pemberita beberapa minggu selepas mesyuarat 
Majlis Raja-raja, Mahathir mengatakan beliau tidak tahu berhubung
       perlantikan Dato Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara. 

       Bagaimana Mahathir yang mencadang dan menasihat perlantikan Ketua Hakim Negara 
boleh menyatakan bahawa beliau tidak tahu selepas mesyuarat
       mempersetujui apa yang dicadangkan oleh beliau. Tambah pula beliau sendiri 
hadir dalam mesyuarat tersebut! 

       Ini hanya satu contoh sahaja mengapa IB amat gembira bila Mahathir melatah. Di 
antara latahan Mahathir dalam "top 10" IB ialah komen Mahathir di
       Kubang Pasu ketika kempen piliharaya Lunas sedang hangat. Kritikannya terhadap 
kaum Cina yang tidak berterima kasih keranan kerajaan telah banyak
       "membantu" mereka adalah antara "turning point" utama pilihanraya tersebut. 

       IB selalu mengharapkan Mahathir lebih kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan 
yang bercanggahan dan yang kontroversi. Dan yang paling IB harapkan
       ialah Mahathir membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversi semasa siaran 
secara langsung agar ianya dapat ditonton oleh seluruh negara. Lagi cantik
       semasa persidangan yang dihadiri oleh tetamu antarabangsa. 

       IB sedang menyiapkan "Top 20 List" komen/kenyataan Mahathir yang kontroversi. 
Sambil itu minta-minta Mahathir melatah lebih banyak lagi. 

       Sekian
       Ibrahim Baba
       22 Disember 2000 


Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke