*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Malaysiakini: Empat laman web reformasi baru-baru ini melancarkan kempen mendesak perletakan jawatan Timbalan Presiden KeADILan dan Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir. Pengendali web itu mendakwa dua pemimpin itu gagal meneruskan reformasi. Apakah Datuk Seri fikir kritikan web itu wajar? Anwar: Dr Chandra dan Anuar merupakan sebilangan pengasas yang muncul sebagai tokoh utama kepimpinan KeADILan. Dr Chandra khususnya membantu mengungkapkan agenda parti dan memainkan peranan di pringkat awal penubuhan Barisan Alternatif. Justeru itu, kita perlu melakukan penilaian menyeluruh kedudukan parti untuk memahami kegelisahan yang disuarakan oleh rakan-rakan pengendali web laman reformasi. Peranan serta pengaruh mereka merangsang gerakan reformasi adalah diakui. Secara peribadi, saya mengagumi kegigihan mereka menyebarkan mesej reformasi yang disekat oleh media utama yang dikuasai oleh Datuk Seri Dr Mahathir dan Barisan Nasional. Oleh itu, saya menghargai keputusan mereka meneruskan agenda perjuangan sementara membolehkan pimpinan parti membincangkan permasalahan yang berbangkit. Malaysiakini: Patutkah Dr Chandra dan Anuar meletakkan jawatan dalam KeADILan? Anwar: Selain kesediaan seseorang membuat keputusan sendiri, soal perletakan jawatan hanya berbangkit sekiranya terdapat undang-undang atau peraturan parti yang telah dilanggar, dan dipertimbangkan setelah proses biasa diikuti. Proses biasa parti mestilah dibenarkan berjalan. Kita harus menaruh keyakinan dalam proses pemilihan yang "bebas dan adil." Presiden yang dipilih nanti biasanya akan melantik Setiausaha Agung setelah berunding dengan pemimpin-pemimpin lain. Malaysiakini: Sudah menjadi pengetahuan umum Datuk Seri menyokong idea penggabungan KeADILan dengan Parti Rakyat Malaysia. Apakah sebabnya dua parti itu patut bergabung? Anwar: KeADIlan dan PRM berkongsi semangat yang sama: mendukung reformasi, menentang kezaliman dan salah guna kuasa. Dari awal lagi, kedua-dua parti mempunyai hubungan kerja yang cemerlang. Penggabungan akan memberikan banyak faedah dan meningkatkan gerakan reformasi. Dr Syed Husin Ali merupakan seorang pemimpin yang tahan uji dengan keyakinan dan sejarah perjuangan yang unggul sebagai seorang reformis. Bagaimanapun, penggabungan itu mestilah dipersetujui bersama dan bukannya melalui paksaan. Dan saya menghormati apa juga keputusan yang diambil oleh ahli-ahli kedua-dua parti. Malaysiakini: Perhimpunan agung Umno baru-baru ini menyaksikan beberapa muka baru terpilih ke Majlis Tertinggi dan kemenangan Pasukan Wawasan 1993 bagi jawatan naib presiden. Apakah pandangan Datuk Seri? Anwar: Apa yang penting ialah naib-naib presiden itu dipilih walaupun (Presiden Umno) Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk calon-calon yang lain. Ini juga bermakna jika dua jawatan tertinggi parti dibenarkan dipertandingkan, tidak ada jaminan mereka (Mahathir dan Abdullah Badawi) mengekalkan jawatan masing-masing. Selain mengkritik beberapa pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya umum lalu, perhimpunan agung itu tidak menunjukkan sebarang azam untuk berubah, atau tekad untuk reformasi. Seruan Dr Mahathir untuk memerangi rasuah hanyalah sikap munafik dan tohor - terzahir daripada seseorang yang banyak dituduh mengamalkan salah guna kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme. Malaysiakini: Kini tersebar berita dalam akhbar arus perdana yang mendakwa Nurul Izzah mempunyai hubungan cinta dengan Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd Nor. Apakah komen Datuk Seri? Anwar: Khabar angin yang liar itu tidak ada apa-apa kecuali satu jelmaan taktik lazim Dr Mahathir dan Barisan Nasional untuk mereka-reka pembohongan sebarang pihak yang dilihat membawa ancaman kepada golongan pemerintah. Jelaslah, pemimpin-pemimpin KeADILan dan anggota keluarga saya termasuk dalam senarai utama sasaran mereka. Orang ramai sekarang ini terlalu biasa menonton lakonan itu; dengan dakwaan-dakwaan yang berniat jahat, pengakuan-pengakuan yang dipaksa, dan hukuman-hukuman (di mahkamah) yang sengaja dirancang. Sungguh menyedihkan Dr Mahathir dalam usia yang semakin tua nampaknya begitu terdesak dan sanggup menggunakan kaedah-kaedah yang keji seperti itu. Malaysiakini 9 Jun 2000 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>