*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melajukan Pelayaran Internet 2
==============================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Catatan Nota Haris 03 May 2001. 

Nota yang lalu Haris tidak menceritakan satu lagi
applikasi pelayar yang anda boleh cuba, Mozilla.

Mozilla adalah applikasi yang dibangunkan secara
terbuka dimana kod asal Netscape telah diserahkan
kepada satu kumpulan pembina bebas di

http://www.mozilla.org/

Mereka telah membangunkan enjin baru kepada Netscape.
Gengko dan ia digunakan dalam Netscape 6.
Mozilla masih dalam beta namun anda boleh mencubanya
dengan beban-turun di http://www.mozilla.org/

Mozilla dalam Bahasa Malaysia boleh anda dapati di
http://ikhlas.com/meksom/

Sebagai penyokong pembagunan applikasi secara terbuka
menggunakan mozilla walaupun untuk mencubanya memberikan
peluang kepada applikasi ini untuk terus berkembang.
Maklum balas anda kepada projek ini lagi memperkembangkan Mozilla.

Haris hendak kenalkan Web diskusi "Open Source" baru.
http://myphp.org.kg/?hafnie

Sebelum anda mencuba applikasi yang Haris cadangkan,
anda perlu faham konsep yang digunakan oleh applikasi
ini untuk mempercepatkan capaian Internet.
2 cara utama digunakan disini. Cache dan Pre-Fetching. 

"Cache" adalah cara data-data yang telah didapatkan
disimpan dalam satu simpanan khas dalam "hard disk"
untuk digunakan kemudian. Jika data yang hendak dicapai
di Internet telah ada didalam cache maka capaian akan lebih
pantas kerana cache berada didalam "hard disk" kita.
Adalah mengambil masa untuk mencapai perkara yang sama di Internet.

"Pre-Fetching" pula ada cara applikasi akan mencapai dahulu sambungan
laman dalam laman yang sedang kita tatap.

Sewaktu kita melakukan pelayaran di Internet, kita akan membiarkan
masa luang terbuang begitu sahaja, mungkin pada waktu
itu kita sedang membaca atau sedang membuat keputusan pada
laman yang dipaparkan.

Masa luang ini 1 hingga 10 saat mungkin kecil bagi kita,
dengan "Fetching" masa itu akan digunakan untuk mencapai laman
yang dijangkakan.

Applikasi yang kita akan gunakan bertindak sebagai "Proxy".
Proxy adalah orang tengah yang menjalankan tugasan tertentu untuk kita.
Bagi kita disini, proxy akan melakukan kerja-kerja cache dan
prefetching untuk pelayar kita.

"Cache" memang ada pada pelayar kita, namun ia tidaklah sebaik
applikasi yang memang dibina khas untuk ini.
Didalam applikasi proxy ini laman disimpan (cache) dengan cara
tertentu dan dengan bantuan fetching ia membuatkan ia lebih berkesan.

"Naviscope" adalah antara kesukaan Haris dari segi menghalang
iklan "pop-up". Iklan sebegini bukan sekadar mengganggu
malah melambatkan capaian kita. Selalunya laman-laman yang kita
lawati akan memenuhkan Desktop kita dengan pop-up iklan ini.

"Loading" iklan ini akan mengganggu masa loading laman
yang sebenarnya. Dalam Setting -> Add Block pilih "Nothing".

Haris sebenarnya menyokong pengiklanan di Internet.
Pengiklanan yang membantu menjadikan banyak perkhidmatan Internet
ini masih percuma atau kadarnya lebih murah.

Pengiklanan juga membantu mewujudkan
pelbagai laman dan memperkayakan kandungan dunia Internet kita.
Haris akan menulis mengenainya dalam ruang yang lain.

Naviscope juga mempunyai cache untuk data dan juga DNS. DNS ?.
Domain Name Services. Apabila kita taip http://hafnie.terrashare.com/ ,
komputer tidak tahu alamat ini kerana komputer menggunakan alamat IP.
Satu nombor unik untuk setiap server dan PC di Internet.

Manusia mudah ingat dengan nama bukan nombor IP.
Sebagai kemudahan, DNS diwujudkan.
http://www.dns.net/dnsrd


Apabila kita menaip nama domain, DNS akan mencari nombor IP untuk kita
dan memberikan kepada komputer kita supaya ia tahu dimana ia perlu
capai.

Server utama DNS di Internet terlalu sibuk setiap masa melayan
permintaan pc dan server seluruh dunia.
Dengan "cache" nombor IP dalam PC kita , laman yang telah
dicapai boleh disingkatkan capaiannya dengan mengurangkan
masa menunggu jawapan daripada server DNS.

Naviscope boleh dibeban turun di 
http://www.naviscope.com/

Semasa pemasangan anda boleh memilih pelayar mana yang anda ingin
gunakan dengan Naviscope.

Applikasi kedua yang menjadi minat Haris adalah Webcelarator
di http://www.webcelerator.com/

Ini adalah applikasi proxy pertama yang Haris gunakan.
Kekuatan ia bagi Haris adalah kemampuan untuk "Offline Browsing".
Pelayaran Internet tanpa sambungan. Maknanya disini laman-laman yang
Haris lawati. Haris boleh rujuk balik tanpa boleh dail semula.

Haris pengguna Netscape w/pun dalam IE juga mempunyai
kemudahan "Offline Browsing". Namun begitu Haris lebih selesa dengan
"Offline Browsing" Webcelerator.

Dengan Netscape dan Webcelerator Haris boleh mendapatkan
kemudahan seperti IE dan juga tambahan pre-fetching.

Webcelerator juga mempunyai kemudahan "add Blocker" dan juga DNS
caching. Untuk kemudahan ini, ia masih baru dan ada kelemahan.

Satu lagi applikasi yang anda boleh cuba adalah Netsonic.
Haris tidak berkesempatan mencuba applikasi ini. Mengikut maklum-balas
seorang sahabat Haris, applikasi ini boleh tahan juga 
http://www.netsonic.com/

Jika anda perhatikan, kebanyakan applikasi proxy ini memberikan
kita pilihan untuk mengubah nilai sistem Windows. MTU dan RWIN.

Nilai ini adalah nilai dalam protokol TCP/IP.
Protokol TCP/IP adalah bahasa yang digunakan oleh komputer kita
untuk bercakap dengan komputer ISP.

Anda boleh mencuba mengubah nilai ini dan lihat jika
ada sebarang perubahan.

Bagaimanapun nilai ini hanya sesuai untuk
pengguna Modem 56K ke bawah. Jangan ubah apa-apa untuk pengguna ISDN,
DSL dan pengguna Internet daripada LAN.

Bagi anda yang beban-turun applikasi dan fail daripada Internet,
tentu satu yang mengecewakan jika fail yang dibeban turun putus
separuh jalan dan kita terpaksa bermula semula.

Ada banyak applikasi yang boleh membantu anda dalam mendapatkan
fail-fail anda dan dengan kemudahan meyambung semula beban turun
dimana anda terputus ataupun berhenti.

Flashget
http://www.amazesoft.com/

Gozilla
http://www.gozilla.com/

Gozilla agak berat. Hanya untuk PC lebih 64MB.

Getright.
http://www.getright.com/

Shareware.

Perkara yang anda perlu perhati dalam mencari applikasi beban-turun ini.

(1) Free.
(2) Pastikan ia mempunyai kebolehan untuk menyambung
semula beban-turun ditempat mana ia berhenti.

Bagi mereka yang tidak mahu memasang apa-apa applikasi
didalam PC anda, boleh mencuba laman ini.

http://www.netsetter.com/

Apa yang dilakukan oleh laman ini, mengubah "setting" proxy IE atau
Netscape supaya ia mengambil dan menyampaikan data-data capaian
Internet kita melalui server Netsetter mereka.

Teori mereka, dengan memberikan kita server dan sambungan yang terbaik,
semakin ramai yang mencapai melalui tempat mereka, semakin cepat
laman itu dicapai.

Yang perlu anda tahu. Data-data dan kemana anda pergi dan profile
anda akan digunakan dalam kajian mereka. Mereka memberi
jaminan, kajian mereka adalah secara umum tanpa melibatkan secara
individu.

Jika anda tidak yakin dengan jaminan mereka.
Untuk melindungi diri anda, daftarlah dimana-mana perkhidmatan
email percuma yang ada dan gunakan alamat email itu untuk pendaftaran.

Haris telah mencuba satu javascript untuk menguji kelajuan Internet bila
menggunakan Netsetter. Anda boleh mencuba sendiri dengan melawat laman
ini.

http://buatduit.terrashare.com/baudtest.html

---

Haris juga sering berada dalam forum Bincang Komputer di
http://www.bincang.net/?hafnie

Setakat ini sahaja nota Haris.

Wassalam.

: )

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Nota lalu di
http://www.mail-archive.com/haris@yahoogroups.com

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

laman penulis.

http://www.bigfoot.com/~hafnie
-- 
-

-- 
-




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke