*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
fwd::
KENYATAAN MEDIA

UMNO MESTI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MELAYU YANG TERPINGGIR DI PULAU PINANG

        Melayu Pulau Pinangterpinggir akibat dari perjuangan kebangsaan
sempit UMNO. Kini UMNO berbangsawan di udara, kononnya nak membela nasib
orang melayu. PAS telah sekian lama menyuarakan isu ini, tetapi UMNO tidak
peduli. Malahan dalam hampir setiap ceramah PAS khususnya di negeri Pulau
Pinang ini dan amnya di selururh negara kita telah melahirkan kebimbangan
ini. Kalau PAS bercakap, kita dikatakan perkauman dan diancam dengan ISA.
PERDA adalah proxy UMNO yanag secara gahnya untuk menolong orang melayu,
tetapi pada hakikatnya?. Projek-projek PERDA dilihat lebih kepada satu
rancangan jahat UMNO secara tersusun bagi menyahkan orang melayu dengan
jalan membeli tanah-tanah milik mereka di atas lessen pembangunan dan
apabila pembangunan siap, orang melayu gigit jari, tanda tidak mampu
membeli.

        Kenapa Dr. Mahathir pada hari ini hendak menyalahkan PAS? Siapakah
yang memerintah Pulau Pinang selama 45 tahun? Suatu ketika UMNO pernah
meyandang 12 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tetapi dengan
mudah menyerahkan kepada Gerakan untuk menjadi Ketua Menteri yang pada waktu
itu hanya memenangi 8 kerusi sahaja di DUN. Ilmu hisab jenis apa yang UMNO
pakai? Yang kerusinya sedikit layak menjadi Ketua Menteri. Inilah bukti UMNO
tidak pentingkan soal nasib orang Melayu.

        PAS juga berkali-kali menyuarakan soal bumiputera Melayu yang tidak
mampu berniaga di KOMTAR, tidak mampu menyewa atau membeli rumah-rumah
kedai, malahan tidak mampu membeli rumah di negeri ini sekalipun di atas
tanah yang asalnya milik orang Melayu, kerana harga yang cukup tinggi.
Akhirnya, Jambatan Pulau Pinang yang dibina lebih 17 tahun yang lalu
ternyata untuk menghambat orang melayu ke Kulim dan Sungai Petani. Hatta
boria Pulau Pinang yang menyokong pembangunan untuk orang lain pun turut
terpelanting.

        Inilah dosa UMNO. Inilah dosa pemimpin-pemimpin Melayu UMNO. Inilah
juga akibat dari perjuangan Melayu sempit yang diperjuangkan oleh UMNO.
Kalau UMNO benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu, masakan
penghakisan ini boleh berlaku? Kenapa tunggu setelah 45 tahun baru hendak
tunjuk Hero...Kita pun hairan, angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba
pemimpin UMNO Pulau Pinang mula hendak bercakap soal orang Melayu yang
terpinggir yang bakal menjadi seperti Melayu Singapura. PAS pernah
mengingatkan lebih 20 tahun yang lalu kepada orang Melayu dan UMNO," jangan
jadi seperti Red Indian di Amerika". Tetapi UMNO diam. UMNO buat pekak
badak.

        Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ( DPPNPP) merasakan ada udang
disebalik batu apabila sentimen perkauman ini ditiup secara tiba-tiba disaat
orang Melayu hampir pupus sama sekali di negeri ini. Ada dua sebab kenapa
sentimen Melayu ini dimainkan. Pertamanya kerana UMNO sudah ketandusan idea
dan isu sehingga mereka terpaksa mencetuskan isu perkauman di negeri ini,
dengan harapan menagih simpati orang Melayu minoriti yang semakin beralih
sokongan mereka kepada parti pembangkang khusunya PAS di Pulau Mutiara ini.
Yang kedua :- kita DPPNPP melihat bahawa satu konspirasi baru sedang dibuat
oleh Dr. Mahathir dan juak-juaknya di Pulau Pinang untuk mengugat dan
menjatuhkan Pak Lah selaku Timbalan Perdana Menteri dengan membongkar
kegagalan Pak Lah memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam negeri sendiri.
Gagal untuk menjaga Melayu di negeri sendiri, bagaimana hendak menjaga
negara? Sejarah UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir membuktikan tidak ada
Timbalan Perdana Menteri yang berjaya mengambil alih jawatan nombor satu
negara, kecuali kesemuanya kecundang.


        Sementara itu, UMNO pada hari ini menyalahkan Ketua Menteri Dr. Koh
Tsu Koon terhadap pembangunan yang dibuat dengan tidak mengambil kira orang
Melayu. PAS bukan hendak membela YAB Ketua Menteri, kita hendak menyatakan
bahawa PAS tidak ada kompromi dengan dosa penghakisan orang Melayu di negeri
ini. Namun UMNOlah yang mesti bertanggungjawab sepenuhnya jikalau UMNO masih
lagi menjadi tulang belakang BN. Kenapa dahulu UMNO tidak merangka dan
menyusun pelan strategik Pembangunan Pulau Pinang secara bersama bagi
mengelakkan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Semasa Ketua Menteri Dr
Lim Cheong Yew lagi projek penghakisan orang Melayu telah berlaku, tetapi
pemimpin-pemimpin UMNO negeri nganga.

        Tanah wakaf di negeri ini juga tidak di tadbir dan di urus oleh UMNO
dengan sempurna, sehingga tanah-tanah wakaf didiami oelh bukan Melayu Islam;
malah ada yang menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam
di atas tanah-tanah wakaf tertentu. Sekali lagi UMNO dan pemimpinya nganga..
Badan Perhubungan PAS Negeri pernah menghantar satu Memorendum berkenaan
penyalahgunaan tanah wakaf pada tahun 1997 kepada Timbalan Ketua Menteri
pada waktu itu. Tetapi Memorendum itu dibakulsampahkan. Tiba-tiba hari ini
juga Dr. Mahathir cuba hendak menyalahkan PAS akibat kegagalan perjuangan
UMNO di negeri ini. Ini tidak adil, sedangkan dalam waktu yang sama Dr.
Mahathir kononnya menasihatkan UMNO agar jangan menyalahkan orang lain. PAS
melihat, Dr. Mahahtir sentiasa mempertahankan bangsa lain dengan mengajak
UMNO agar menyalahkan orang Melayu. Orang UMNO khususnya memang ibarat lembu
dicucuk hidung.

        Isu bahasa Inggeris sekarang ini sudah cukup membuktikan Dr.
Mahathir berjaya menarik hidung orang UMNO, sebaliknya bersedia untuk
berunding, berbincang dan bertolak ansur dengan bangsa lain.

        Jesteru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyeru agar orang Melayu
Pulau Pinang jangan lagi mengharapkan UMNO yang telah menyebabkan nasi
menjadi bubur. UMNO kononnya hendak menjadi wira bangsa. Sedangkan UMNOlah
wira yang menguburkan orang Melayu di negeri ini. Kita menyeru agar orang
Melayu jangan percaya dengan lidah bercabang UMNO. Cakap tak serupa bikin
ini telahpun menghapuskan orang Melayu dan telah menyebabkan orang Melayu
terpinggir. Nasib orang Melayu Pulau Pinang sudah tidak mampu dibela oleh
UMNO yang hanya mementingkan pembangunan dan kebendaan semata-mata. Orang
Melayu Pulau Pinang masih ada Parti Alternatif iaitu PAS yang inysaAllah
mampu untuk membetulkan keadaan nasib orang Melayu di negeri ini.

        Sekali lagi kita menyeru supaya orang Melayu Pulau Pinang
meninggalkan UMNO yang selama 45 tahun diberi peluang, namun langsung tidak
boleh diharap. Harapkan pagar, pagar makan padi. UMNO mengaut keuntungan dan
kekayaan diatas belakang orang Melayu. UMNO sudah tidak boleh diharapkan
lagi. Orang Melayu diseru untuk menyertai PAS dan memberi undi kepada PAS
didalam pilihanraya umum akan datang sehingga PAS mampu mengambil alih
kerajaan negeri ini.


Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
28-08-2002


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Nor, Muhamad Sharman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke