*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memproses telur masin


Telur masin adalah telur yang diawet, yang disediakan dari telur itik. Proses 
pengawetan telur masin adalah satu proses yang rengkas dan mudah. Ia juga tidak 
memerlukan peralatan yang mahal. Memandangkan zat yang tinggi, telur masin sangat 
sesuai dijadikan makanan protin.

1.0 bahan mentah
a. Telur itik
b. Garam halus
c. Tanah liat
d. Air
e. Sekam padi / arang halus

1.1 peralatan
a. Besen (untuk mengisi perekat dan sekam)
b. Mangkok / baldi (untuk menyukat)
c. Kotak kayu atau plastik (untuk mengisi telur masin)

2.0 menyediakan perekat - tanah liat dijemur, dihancurkan dan diayak. Gunakan penyukat 
seperti mangkuk atau baldi

a. 2 bahagian tanah
b. 1 bahagian garam halus
c. Air secukupnya (lebih kurang 1 bahagian)

2.1 cara-caranya

masukkan tanahdan garam ke dalam besen. Tuang air sedikit demni sedikit dan gaul. 
Tambah air jika terlalu pekat. (Sukatan bahan tersebut boleh juga ditimbang. Biasanya 
1,000 biji telur memerlukan lebih kurang 12 kg tanahbh liat dicampur 6 kg garam)

3.0 menyediakan telur
a. Telur itik dipilih darti telur yang baru, berkulit tebal dan mempunyai kuning telur 
yang kemerah-merahan.
B. Telur dibasuh bersih dan ketepikan yang pecah atau retak walaupun haluas. Toskan 
hingga kering.

4.0 cara membuatnya.
A. Celupkan telur ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur setebal 
lebih kurang 5mm.
B. Telur kemudian digolekkan di atas sekam, padi atau arang halus sehingga melitupi 
keseluruhan lapisan perekat.
C. Telur dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan selama 15 - 21 hari sebelum dimakan 
atau dijual.

Selamat mencuba.


Pusat Pembiakan Ayam / Itik Dan Sekolah Latihan Peladang
Keluang
























-----
Mari bergabung dengan TanyaIT.Com [ http://tanya-it.com ]
Hantar e-mail ke mailto:[EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tanya-IT <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke