*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya ada membaca buku Dr Yusuf Al-Qardhawi (tajuk seperti di bawah) dan pada 
muka surat 19 adalah seperti berikut :

>>>"Mereka telah menjadikan paderi-paderi mereka serta rahib-rahib mereka 
>>>sebagai tuhan selain Allah"
(al-Tawbah:31)

Bagaimanakah dikatakan telah dijadikan mereka sebagai tuhan-tuhan sedangkan 
mereka tidak sujud dan tidak menyembah paderi-paderi tersebut seumpama yang 
dilakukan oleh para penyembah berhala ?.

Persoalan ini yerjawab dengan sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh 
Imam Ahmad, al-Tarmizi dan Ibn Jarir dari kisah 'Adi Ibn Hatim al-Tha'i. 
Sebelum beliau tiba di Madinah, beliau berugama Nasrani. Orang ramai pun 
berbicara tentang kedatangannya itu. Lalu beliau masuk menemui Rasulullah 
S.A.W. dalam keadaan memakai salib yang diperbuat dari perak ditengkuk 
beliau. Pada masa itu Rasulullah S.A.W. sedang membaca ayat ini...(ayat 
diatas).

Lalu 'Adi berkata: "Tetapi mereka tidak menyembah paderi-paderi tersebut?". 
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Ya, tetapi mereka telah mengharamkan 
perkara-perkara halal serta menghalalkan perkara-perkara haram. Lalu mereka 
mengikut paderi-paderi tersebut. Itulah penyembahan mereka kepada 
paderi-paderi tersebut" <<<<

Buku "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan"
OLeh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi"

Komen :

Jka rujuk keadaan semasa di Malaysia dimana ceramah ugama diharamkan 
dimasjid, Kuliah Ugama diharamkan, Majlis Maulidur Rasul pun diharamkan JIKA 
pennceramah atau dipimpin oleh ahli PAS atau orang yang tidak shaluan dengan 
UMNO dan yang mengharamkan ialah PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO. Lalu orang-orang 
UMNO dan penyokong mengikuti mereka (pemimpin-pemimpin UMNO), bolehkan 
dianggap mereka menyembah PEMIMPIN-PEMIMPN UMNO ?.

Minta pendapat mereka yang arif ?.

Wassalam.

Anak Johor.


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke