*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
Date sent:              Tue, 20 Nov 2001 19:20:14 -0800 (PST)
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan


From:   [EMAIL PROTECTED]

Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan
Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim
(orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari
Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng
maksudnya:

"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah
kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air
seteguk, kerana Allah dan para Malaikat berselawat
atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan
puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan
oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah
sa..w bersabda yang bermaksud:

"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa
Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada
kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh
makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah
dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk
bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan
bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui
sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains
perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku
perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi
sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengangkutan
nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan
struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air
ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan
suhu tubuh.

Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh
kebahagian lain; di mana perpindahan air ini
menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang
berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan
tubuh dikumuhkan melalui buah 
pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim
dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.

Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan
tindakbalas.

Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai
pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan
beberapa proses kehidupan dan merencatkan 
yang lain.

Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk
pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim
yang sempurna.

Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit
dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan
serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar
air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air
liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata
ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian
karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan
sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies
-kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit
sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa.

Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan
kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada
1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup 
rendah untuk memulakan pendemineralan gigi.

Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula
dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan
gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam
jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan
asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi
berkembang.

Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka
dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu
saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus
merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan
manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam
beberapa hari boleh menyebabkan maut.

Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa
orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui
masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan
runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu
masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari
pengaliran dan titisan air hujan yang ada.

Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih
hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana
mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari
tetesan air dalam bumi.

Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup
tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang
daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan
sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan
najis.

Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap
hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.

Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan
makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan
makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air
metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada
sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana
kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar.

Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan
dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain
sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya
bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud
kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat
dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan
buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap
hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah
untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang
tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya
bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika
sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh
menyebabkan dehaidrasi (dehyration)-
kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa
perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan
manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini
sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan
lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air
dan makan bahan makanan manis sedikit.

Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam
dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita
selamat dan sihat.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Pendapatan sampingan ? : 
http://www.dynamicsms.com.au/intro.asp?ref=0197608783&refc=348
 





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke