*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

MDF 01

( saya masih ingat satu subjek yang saya minati semasa belajar di U ialah
modifikasi tingkah laku….walaupun saya tak lah faham sangat..tapi saya
minat..jadi saya akan mencerita apa yang saya minat tapi tak berapa faham
untuk tatapan bersama..mana lah tahu anda lebih faham daripada saya…Tulisan
ini berdasarkan karya  Richrd R. Bootzin ..saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih pada Dr Amir Awang kerana memahamkan bidang ini kepada
saya…tak lupa pada pensyarah saya di UKM….siapalah saya kalau Allah tak
beri pelung pada saya untuk belajar dulu….)


Apakah sebenamya modifikasi tingkah laku?  Dalam pengertian biasa, ungkapan
modifikasi tingkah laku telah digunakan untuk merujuk kepada hampir semua
jenis rawatan yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku.  
(apa yang nak diubah…iaitu daripada tingkah laku yang tidak disenangi
kepada tingkah laku yang disenangi…)

Sebenarnya istilah ini mempunyai defnisi teknik yang tepat.  Modifikasi
tingkah laku merupakan suatu usaha untuk menerapkan prinsip-prinsip
pembelajaran dan prinsip-prinsip psikologi yang lain yang diperolehi
melalui eksperimen ke atas tingkah laku bermasalah.
(jadi MDF ada unsur-unsur pembelajaran….dan melibatkan eksperiman
(kebanyakanya dimakmal…) biasanya yang boleh dibuat experimen ialah
binatang ..tapi kali ini manusia… dalam banyak hal hanya manusia yang ada
ciri-ciri (hampir sama) dengan binatang yang sesuai dan berkesan untuk di
buat experimen….saya akan jelaskan kemudian….tapi ada kalanya kita juga
boleh dibuat eksperimen.)

Kajian tentang pembelajaran selalunya membangkitkan minat yang agak banyak
dalam psikologi, dan sumbangan-sumbangan penyelidik tentang pembelajaran
ini telah merangkumi penggunaan prinsip-prinsip ini secara praktis di dalam
banyak aspek kehidupan. 
(inilah yang membuatkan MDF menjadi menarik…)

Misalnya, penggunaan prinsip-prinsip pembelajaran ini telah menghasilkan
inovasi-inovasi seperti pembelajaran terancang dan teknik-teknik yang lebih
baik bagi melatih haiwan, bagi mengendalikan latihan-latihan pekedaan dan
kemahiran.  Baru-baru ini pula,( buku ni ditulis pada tahun 1975 (saya
masih kanak-kanak lagi…jadi sudah lama lah ) prinsip-prinsip pembelajaran
ini telah digunakan di dalam suatu usaha yang besar untuk membangunkan
teknik-teknik praktis bagi merawat tingkah laku melencong dan
masalah-masalah peribadi termasuk penyakit mental, agresif, tingkah laku
jenayah, takut, kompulsi (memaksa), gemuk yang berlebihan dan merokok.
(kalau anda termasuk mempunyai masalah di atas maka MDF sesuai untuk
anda..tapi kalau  ada masalah jenayah kena masuk penjara..baru boleh dibuat
MDF )

Hasil usaha ini telah dinamakan modifikasi tingkah laku atau terapi tingkah
laku.  Walaupun istilah modifikasi tingkah laku ini agak lebih umum
daripada istilah terapi tingkah laku, tidak terdapat perbezaan yang jelas
di antara kedua-duanya. 
(satu lagi ilmu ialah terapi tingkah laku….yang ini lebih mendekati
kaunseling )

Kedua-duanya merujuk kepada penerapan prinsip-prinsip pembelajaran dan
prinsip-prinsip psikologi yang lain yang diperolehi melalui eksperimen bagi
mengubah  tingkah laku, dan kedua-duanya boleh digunakan silih berganti.

Dari permulaan Yang penuh dengan rasa hati-hati dan rasa teragak-agak,
modifikasi tingkah laku ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali
sehingga melahirkan suatu revolusi dalam cara-cara merawat tingkah laku
bermasalah dalam masa 15 tahun yang lalu.  Sungguhpun terapi tingkah laku
menjadi kian popular, tetapi ia juga dibebani dengan kontroversi yang kian
bertambah.
( apa tidaknya orang buat kajian pada binatang kita buat kajian pada
manusia….silap-silap lain jadinya..tapi saya tetap angggap ilmu ini ada
gunanya…kerana ilmu ini cuba merealisasikan …bahawa psikologi ialah sains
yang ada kajian yang saintifik.)

 Sebahagian daripada kontroversi ini bolehlah dikaitkan dengan salah faham
ahli-ahli kritik tentang apa sebenamya modifikasi tingkah laku ini.  Mereka
mudah terkeliru di antara modifikasi tingkah laku dengan tatacara-tatacara
yang diperolehi daripada rangka-rangka keda gagasan yang berbeza sekali. 
Teknik-teknik yang diperolehi daripada model biologi (termasuk rawatan yang
menggunakan dadah, pembedahan psiko, dan kejutan elektrokonvulsif) bukanlah
modifikasi tingkah laku walaupun teknik-teknik ini mungkin mengubah tingkah
laku dengan berkesan
(sama tapi tak serupa…)

Bersambung….

--------------------.

RENUNGAN

Adakah kita sudah mendapat hikmah iaitu intisari ilmu…kadang-kadang sudah
banyak yang kita belajar..tapi tak faham juga dan tak berdaya
maju…kenapa…siapa yang salah…siapa lagi kalau tidak kita…Nabi SAW berpesan
bahawa pokok(..yang menghasilkan) hikmah ialah takut pada Allah….kita
sebaliknya..takut pada Mertua, Boss, wakil rakyat, PM (terutama ulama
pengapu..) bukan pada Allah….jadi kalau nak hikmah buatlah demikian.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke