*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOTA BHARU, Isnin 7 Jan - Menteri Besar Kelantan Datuk
Nik Aziz Nik Mat hari ini menjawab kenyataan Perdana
Menteri dan mahu Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad “mengakui kesilapannya dahulu” sebelum Pas
diminta memohon maaf.
Kata Nik Aziz, Dr Mahathir tidak pernah memohon maaf
kepada keluarga orang-orang yang terbunuh di Memali
pada tahun 1985 di mana jumlah kematian adalah lebih
tinggi. 

Dalam peristiwa November 1985 itu, seramai 14 orang
pengikut Ibrahim Libya terbunuh oleh Polis di Kampung
Memali, Kedah.

“Selain itu, adakah PM sudah memohon maaf atas
kenyataanya bahawa mata Anwar Ibrahim lebam kerana
perbuatan Anwar sendiri, sedangkan mahkamah mendapati
bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor bersalah
memukul Anwar?” tambahnya dalam sidang medianya di
sini.

Kata Nik Aziz lagi, beliau (Dr Mahathir ) memaksa
rakyat mendengar stesen-stesen radionya, menonton
rangkaian-rangkaian televisyennya, dan membaca
akhbar-akhbarnya.

“Beliau tidak pernah memberi orang lain peluang untuk
mendengar pandangan kedua. Adakah beliau sudah memohon
maaf kepada dunia?” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jemputan
PM untuk menyaksikan pelaksanaan hukum gantung ke atas
tiga orang anggota Al-Maunah nanti, Nik Aziz tidak
menjawab tetapi mahu PM memohon maaf dahulu.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati
kesemua 19 anggota Al-Maunah bersalah seperti yang
dituduh dan menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga
daripada mereka, Nik Aziz berkata beliau belum membaca
penghakiman itu.

“Saya tidak peduli dengan Al-Maunah, sebab mereka
bukan ahli Pas. Lagipun bukanlah cara kita
memperjuangkan sesuatu dengan senapang,” jelasnya
ketika ditanya lagi sama ada peristiwa Sauk itu
sandiwara kerajaan.

Setiausaha Agung Pas Nasharuddin menyebut kelmarin
bahawa partinya tetap menganggap peristiwa Sauk itu
sebagai satu sandiwara Kerajaan dan enggan memohon
maaf dengan pandangan seumpama itu.

Semalam Dr Mahathir berkata Pas tidak pernah mengaku
salah dan meminta maaf walaupun mereka melemparkan
segala bentuk fitnah dan pembohongan. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Amie shah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke