*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KISAH MEMALI - Part 4 Assalamualaikum, (Meneruskan cerita Memali) Dlm part 3, kita menceritakan bagaimana al-syahid telah mengasaskan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Memali, dan kita juga menceritakan latarbelakang pendidikan dan kerjaya beliau yang bukan sebarangan. Kali ini, kita lihat pula beberapa peristiwa penting yang berlaku sebelum hari kejadian tanggal 19 November 1985. Sekitar pertengahan tahun 1980an, kebangkitan Islam di Malaysia telah menyaksikan peralihan pucuk pimpinan PAS daripada kumpulan yg berbau Nasionalist kepada kumpulan Ulamak di bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa. Sejajar dengan kebangkitan itu juga, muncullah penceramah-penceramah jenis 'membujur lalu melintang patah, tak takut pada ugutan, tak takut pada celaan' seperti Ustaz Hj Hadi Awang, Ust Ghazali Abdullah, Mat Sabu, Bunyamin Yaakob dan lain-lain. Masih saya ingat, saya sempat melihat poster 'Amanat Haji Hadi' tergantung megah di rumah salah seorang hardcore PAS di pedalaman Kedah. Sudah lama saya tidak ke rumah beliau, teringin rasanya nak melihat semula poster itu. Ceramah-ceramah PAS pada ketika itu memang hangat, memang panas dan selalu mendapat sambutan ramai. Perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO diterangkan satu persatu; dan sama ada kita suka atau tidak, kejahilan masyarakat terhadap sistem hidup dan sistem undang-undang Islam ketika itu telah menyebabkan keluarnya kenyataan-kenyataan balas terhadap isu ini - yang terang-terang boleh membatalkan syahadah, seperti: "HABIS TU, KALU SEMUA ORANG KENA POTONG TANGAN, SIAPA PULA NAK GI MENOREH?" atau "HUDUD, ZAMAN UNTA BOLEH LA!!". Bagi mereka yang menerima pendedahan terperinci mengenai sistem hidup Islam, both hablum-minallah dan hablum-minannas, mereka jadi kaget dengan ucapan-ucapan yang sedemikian. Kerana mereka tidak punya kuasa untuk mengubah pemikiran orang, demi menjaga maruah agama, nak tak nak mereka terpaksa bergerak dalam kumpulan atau jemaah mereka sendiri. Di ketika itu jugalah wujudnya apa yang dikatakan sebagai isu pulau memulau dan kafir mengkafir. Ini ini termasuk juga isu sembahyang dua imam, sembelihan tak sah, akad nikah tak sah menjadi lebih sensasi lagi bila media-media kerajaan turut sama menggembar gemburkannya. Dan seperti biasa, PAS lah yang dipersalahkan. Lantaran publisiti-publisiti yang berat sebelah itu, wujudlah desakan-desakan dari - siapa lagi kalau bukan dari Tukang Kipas - Tukang Kipas UMNO, mendesak agar PAS diharamkan! HASILNYA - UMNO TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARY 1988!! Apa-apa pun, sambutan masyarakat terhadap PAS dan juga kebangkitan idealisme perjuangan Islam makin hari makin meningkat. Keadaan ini menyebabkan pihak-pihak yang berkenaan jadi tak senang duduk, kata orang, "mandi tak lena tidur tak basah" - semuanya serba tak kena [sebab tu peribahasa ni ditulis sebegitu rupa]. Di kemuncak keresahan mereka, maka berduyun-duyunlah pemimpin-pemimpin PAS dicekup ISA pada tahun 1984. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Chik, Hj Ghazali Abdullah, Bunyamin Yaakob dan Mat Sabu serta ramai lagi. Waran tangkap untuk Al-Syahid Ust Ibrahim Libya juga turut dikeluarkan pada tahun tersebut. Tetapi, beliau berkeras untuk tidak menyerah diri. Maka, buruan ke atasnya pun bermula!! Tidak ramai orang tahu ke mana beliau menghilangkan diri; tetapi dalam pertemuan dengan salah seorang sahabat dari Memali minggu lepas, saya diberitahu bahawa beliau bersembunyi tidaklah begitu jauh - setakat Sik dan di sekitar Parit Panjang sahaja. Untuk maklumam, di perkuburan Parit Panjang lah tempat al-syahid dan sahabat sahabat kini bersemadi! Walau pun dalam keadaan bersembunyi, al-syahid tetap pulang ke Memali menyampaikan kuliah kepada sahabat2 rapatnya, cuma sudah tidak keluar berceramah. Orang mungkin bertanya, kenapa beliau tidak mahu menyerah diri? Kata Pak Teh Mat Piah dalam buku "Perisai Memali": "USTAZ IBRAHIM KATA, DIA TIDAK AKAN SERAH DIRI, KERANA DIA TIDAK MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN!!" [Sebetulnya, hingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya apakah kesalahan Ust Ibrahim Libya. Kalau kita tengok mereka yg kena ISA macam Mat Sabu tahun 1984 tu, tak nampak pun apa-apa kesalahan mereka. Wallah hu Aklam]. Saya pernah mendengar seorang hamba Allah dari Baling berkata (lupa nama), "Ala, kalau Polis betul-betul nak tangkap Berahing Libya, tak payah dok gi kepong rumah dia, tunggu la dua tiga bulang, mesti dia kelua pekang Baling beli ikan masing ka, apa-apa ka!". Mesti ada sebab lain yang menyebabkan pihak polis bertindak sedemikan rupa. Ada dua cerita. Pertama: Cerita Musa Hitam Saya pernah menyimpan keratan akhbar Utusan atau BH yang mengaitkan Musa Hitam dengan kejadian Memali, tetapi sayangnya sudah hilang dari simpanan. Dikatakan orang bahawa Musa Hitamlah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi itu untuk menjatuhkan Mahathir. Menurut ceritanya, kalau orang Kedah sudah bencikan Mahathir kerana isu Memali, maka Mahathir akan jatuh di Kedah, dan secara otomatik kedudukannya di Pusat juga tergugat, maka mudahlah Musa Hitam take over. Theori ini agak popular di Kedah pada masa itu, terutamanya di kalangan orang-orang UMNO yang bersimpati dengan mangsa Memali. Dua tiga minggu selepas kejadian, seorang sahabat memberitahu saya, katanya Polis Hutan yang diarah ambush Memali tiba di Baling dalam kegelapan pagi. Mereka diberi arahan untuk ambush 'Bandit' [Komunis]. Baling pada ketika itu memang terkenal sebagai tempat komunis bertandang. Ada orang kampung yang terkenc*ng terserempak komunis ketika sedang menoreh. Kisah komunis menyerang hendap trak2 askar di lereng bukit di Ulu Lenggong Baling pernah menjadi berita utama sekitar awal 80an. Pasukan Polis hutan pun bersedia untuk menyerang, peliknya bila hari sudah agak siang, kedengaran bunyi ayam kokok dan bunyi orang bang; baru mereka perasan bahawa itu sebenarnya kawasan kampung, bukan kem Bandit. Lalu, mereka pun menghubungi Kuala Lumpur meminta kepastian, tapi diberi tahu "Ikut Arahan!". Dan, kata sahabat itu lagi, "Arahan itu datangnya dari Musa Hitam". Wallah hu aklam. [Saya sendiri tak pasti cerita ini, tetapi kerana itulah yang dibualkan orang pada ketika itu, maka saya tuliskan di sini, percaya jangan, cuma ambillah cerita ini sebagai pengajaran]. ENTAH BETUL ENTAH TIDAK, ENTAH ENTAH INILAH THEORY MAHATHIR NAK MENJATUHKAN MUSA HITAM - POLITIK UMNO, BIASALAH!!! Cerita yang kedua insyaallah sahih, dan boleh diterima. Kedua: Cerita Ketua Polis Kena Tawan Apabila makcik dari Memali menceritakan kisah Ketua Polis Baling kena tahan dan ditawan oleh orang-orang kampung beberapa minggu sebelum hari kejadian, saya antara percaya atau tidak. Ya, saya memang ada mendengar kisah ini sekitar tahun 1985 atau 1986 dulu, tetapi bila saya mendengar dari mulut seorang anak Memali, saya termenung seketika, sebab selepas kejadian Memali itu, 1001 macam cerita yang saya dengar, saya tak pasti yang mana betul yang mana tidak. Pernah saya memberitahu seorang sahabat bila ditanyakan cerita Memali; kata saya "CERITA YANG AKU DENGAR DARI ORANG UMNO DAN ORANG PAS PUNYA 2 VERSI YANG BERBEZA, BAGAIKAN BELAKANG DAN DEPAN TAPAK TANGAN, 180 DARJAH BERBEZA". Saya jadi pasti apabila cerita Ketua Polis ditawan ini juga ada terdapat dalam buku "Perisai Memali" tulisan CN Al-Afghani . Dua-dua ceritanya sama dari segi cara dan sebab kereta itu ditahan. Sebuah van milik anak buah al-syahid telah ditahan dengar drebarnya sekali kerana pihak polis menemui senjata tajam dalam van tersebut. Ini menimbulkan kemarahan pada orang2 kampung , lantaran itu ada yang bertindak sendiri-sendiri. Sebuah kereta ronda polis ditahan ketika sedang membuat rondaan di sekitar Memali, anggotanya termasuk Ketua Polis Baling telah ditahan sebagai tebusan. Orang-orang kampung mahukan drebar van yg ditahan di balai polis itu dibebaskan sebagai tukaran. Menurut buku "Perisai Memali", Ketua Polis itu sempat merasakan pedang tajam diletakkan di tengkuknya. Menurut Makcik dari Memali itu pula, anggota polis itu diikat matanya, dan ditempelang kiri kanan. Akhirnya, pihak polis bersetuju membebaskan pemandu van itu sebagai ganti. Ingatkan cerita itu selesai kat ini, tapi tidak. Dikatakan orang, rasa marah polis inilah yang menyebabkan habis satu kampung Memali diamukkannya. PENGAJARAN: ADA BENDA YANG KITA JANGAN CUBA-CUBA NAK BUAT KALAU BELUM BERSEDIA NAK JADI MACAM ORANG KG BHARU ATAU KG MEMALI!! Cerita Memali sudah jadi sejarah, tetapi bagi makcik tersebut, ianya tak kan dapat dilupakan selama-lamanya. Cara beliau bercerita seperti ada nada kesal kerana kaum keluarganya telah ditembak tanpa bersenjata, dan kadang-kadang ada sedikit rasa bangga di atas keberanian anak-anak kampungnya. Kata beliau, "Budak-budak kampung Memali, tak leh kata la, berani sungguh - sekali tu, dema letak batang pisang tengah jalan, tahan kereta perisai polis, lepas tu gi takei (tetak) tayar kereta perisai tu". TU DIA HAIH - WALAU PUN TAHU TAYAR KERETA PERISAI TAK LUT SENJATA, TAPI MEREKA BERANI - MASYAALLAH!! Secara peribadi, saya merasakan bahawa tragedi penahanan Ketua Polis Baling ini lah yang mendekatkan kampung Memali kepada tragedi berdarah 19 November 1985. Insyaallah, jika ada kelapangan, saya akan menulis detail cerita semasa hari kejadian itu, termasuk beberapa pengajaran-pengajaran penting yang boleh diambil untuk iktibar bersama. (bersambung) KISAH MEMALI - Part 5 Assalamualaikum, Dlm part 1,2,3 dan 4 , kita telah melihat latarbelakang perjuangan al-syahid ust Ibrahim Libya dan keadaan politik negara sebelum menjelangnya tragedi berdarah di perkampungan Memali tanggal 19 Nov 1985. Kita juga telah melihat bahawa al-syahid ust Ibrahim bukanlah pembawa ajaran sesat seperti yang dicanangkan oleh puak-puak Toghut yg sampai hari masih angkuh dan megah bertakhta bumi Malaysia ini. Kali ini, kita lihat pula cerita pada hari kejadian. Pada hari Isnin 18 Nov 1985, pasukan Polis mula berkubu di perkampungan Memali - kelihatannya seperti tidak akan berundur lagi. Pada pagi Selasa, 19 Nov 1985, pada pukul 7 pagi, ketika mentari mula memancarkan sinarnya di kampung yang bersejarah ini, pasukan keselamatan dari berbagai unit, PPH, Polis, FRU dan sebagainya semakin ramai berkubu di Memali. TERTANYA-TANYALAH KITA, SEMBAHYANG SUBUHKAH MEREKA PAGI ITU? Terfikir juga, jika gelap-gelap subuh pun sudah ada di situ, mungkinkan benar cerita 'Musa Hitam' seperti yang kita tulis dalam bahagian sebelumnya? Lebih kurang pukul 8 pagi, rumah al-syahid sudah dikepung keliling. Dan entah dari mana, orang-orang kampung dan anak-anak murid serta sahabat ust Ibrahim, tanpa diarah mula mengambil tempat masing-masing; hampir seratus orang semuanya. Ada seorang pakcik tua, walaupun beberapa hari sebelum kejadian, pernah diberi pesan oleh 'adik beradik'nya supaya jangan pergi ke rumah ust Ibrahim pada hari kejadian, tetapi beliau tidak peduli, yang haq tetap haq, tidak ada tolak ansur - sedangkan, kalau ikut hati beliau boleh buat pilihan, kerana 'adik beradik' beliau yang memberi pesan itu bukanlah calang-calang orang, YB Hj Seroji, ADUN UMNO Kaw Bayu serta seorang Orang Kuat Balai dari Balai Polis Baling!! Tak lama kemudian, kereta perisai yang dibeli dengan duit cukai rakyat jelata mula mengambil tempat. Kemudianya, loceng FRU seperti yg pernah kita dengar di Kg Rawa dan Majid Arrahman mula dibunyikan dan diikuti dengan suara Polis meminta ust Ibrahim dan rakan-rakan menyerah diri. Goncangan loceng 'Ding Ding Ding Ding' ini disambut dengan laungan takbir: ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! Berulang ulang kali - bergema memecah keheningan kampung Memali berselang seli dengan bunyi loceng tentera toghut itu!! Seperti biasa, syarat sah loceng ini mesti diikuti dengan tembakan gas pemedih mata [tidak ada semburan acid pada hari itu, mungkin engineer-enginer di kilang buat acid pada ketika itu masih tengah dok buat uji kaji lagi!]. Rasanya kalau hari itu ada acid, hari itu juga depa pakai! Lemparan bom-bom asap ini menyebabkan suasana menjadi kelam kabut; orang2 kampung yang selama ini hidup aman damai, tak pernah kacau orang, tiba-tiba mendapati diri mereka dan kampung tumpah darah mereka terkepung dalam kepulan asap hitam, bukan setakat mengganggu penglihatan tetapi pedihnya menusuk ke lubang hidung. Ada yang balut muka dengan kain, basuh muka dengan air, guni basah dll, tetapi laungan Takbir 'Allah Hu Akbar Allah hu Akbar' makin kuat bergema! Serangan bom asap bertubi-tubi ini menyebabkan seorang budak pompuan jatuh pengsan. Melihat mulutnya yg berbuih-buih, dan ingatkan sudah menemui ajal, seorang guru sekolah bernama Cikgu Syafie, dengan pedang di tangan, dengan kalimah 'Allah hu Akbar!!! - Allah hu Akbar!!!- Allah hu Akbar!!!', meluru ke arah tentera-tentera toghut tersebut. "PANG!!", dan entah berapa kali tembakan, maka gugurlah Cikgu Syafie sebagai syuhada yang pertama di pagi itu! Pertempuran antara angkatan Toghut yang lengkap bersenjata dengan orang-orang kampung [Orang Melayu, Orang Islam] yang cuma berbekalkan buluh dan kayu serta sebilah dua pedang pusaka berterusan hingga ke pukul 12 lebih. Polis pun bukannya nak lawan sangat, orang atas saja yang lebih; sekitar tahun 1985, seorang sahabat pernah menceritakan kepada saya cerita dari saudaranya, seorang polis yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ketika pertempuran, beliau berselindung dicelah-celah rumah atau tepi-tepi tangga kerana naik seram melihat buluh-buluh runcing berterbangan di sana-sini. Ada budak-budak yang melastik ke arah polis. Saya mendengar cerita mengenai biji guli yang digoreng dan digunakan sebagai batu lastik. Sekitar pukul 12:30; tentera toghut menghentikan asakan. Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Yahya Yeop Adlan meminta diadakan rundingan dengan orang-orang kampung . Beliau meminta mereka menyerahkan ust Ibrahim Libya, tetapi salah seorang wakil penduduk kampung dengan penuh sopan memaklumkan bahawa Tok Guru mereka tak buat salah apa-apa, jadi buat apa mereka nak serahkan beliau. Datuk Yahya jadi serba salah, tapi dia tetap berkeras mahukan Ustaz Ibrahim Libya. Rundingan tersebut akhirnya menemui jalan buntu. Sebaik-baik saja tamat rundingan itu, kelihatan kereta Perisai PPH mula merempuh pagar dan bergerak ke halaman rumah. Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan bahawa Pakteh Mat Piah, apabila melihat pihak polis dlm keadaan nak menembak Paksu Man, lantas dia pun menyerbu ke arah Polis dengan pedang terhunus di tangan, dan apa lagi meletup-letuplah senapang polis memuntahkan pelurunya ke arah Pakteh, lalu rebahlah beliau ke bumi tetapi tidak sebelum pedang pusakanya sempat singgah di badan salah seorang tentera toghut itu. Cerita yang saya dengar ; dalam keadaan kelam kabut itu, ustaz Ibrahim Libya telah terkena tembakan. Melihatkan Ustaz Ibrahim rebah, Paksu Man meluru ke arah beliau, tapi belum sempat tiba, Paksu Man pula kena tembak di bahagian perut. Melihat Paksu Man kena tembak, salah seorang saudara Paksu Man pun meluru ke arah beliau, dia juga kena tembak, kalau tak silap di bahagian tangan. Dalam keadaan kelam kabut itu, ramailah yang terkena tembakan. Bunyi senjata tentera toghut berdentam dentum di celah-celah laungan takbir, "ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR" berulang- ulang kali, begitu gamat sekali keadaannya. Saya mendengar dari mulut seorang sahabat bernama Pak Man yang mendengar dari mulut sahabat karibnya yang tercedera dalam pertempuran itu. Kata Pak Man: "Al-syahid tak henti-henti melaungkan kalimah Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar!. Bila dia kena tembak, dia masih berdiri menjulang pedangnya sambil bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian terjatuh berlutut, masih bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian ditembak lagi, masih juga menyebut Allah Hu Akbar, berulang-ulang kali!!!" [Cara Pak Man bercerita memang bersemangat, tak mampu saya bercerita seperti beliau]. Dalam buku Perisai Memali, diceritakan bahawa sebaik-baik saja beliau rebah ke bumi, isteri al-syahid datang memangku beliau. Beliau bertanya kepada isterinya "Apa yang terjadi?". Isterinya menjawab, "Abang ditembak!". Kata beliau, "Alhamdulillah!!". Itulah ucapan beliau yg terakhir sebelum beliau dibawa pergi oleh tentera-tentera toghut itu. Saya melihat dalam footage video Memali yang disiarkan tak beberapa hari selepas kejadian itu, di mana ditunjukkan mayat al-syahid di atas usungan, dengan darah merah memenuhi tubuh tetapi cuma berseluar pendek. Masyaallah, buruk sungguh fitnah puak-puak toghut ini! - Mana ada orang kampung yang pakai kain kat luar dan pakai seluar panjang kat dalam!!!. SAYA TAK AKAN LUPAKAN CLIP VIDEO ITU SAMPAI MATI!!! [Terutamanya pengacaranya si Rais Yatim yang hari ini sedang rancak mencari publisiti untuk ke atas semula. Berhati-hatilah dengan orang-orang seperti ini!] Di dalam video itu juga ditunjukkan longgokan-longgokan senjata tajam yang kononnya digunakan dalam tragedi itu, macam-macam ada - parang, golok, pisau, pedang dll. Kata seorang anak mangsa Memali yang saya temui: "Dema (Polis) kutip habis pisou, parang di kapong tu - pisou hak Mak dok buat hiris bawang pong dema kutip sekali!!" SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TENGOK VIDEO RAIS YATIM TU, SEMUANYA KENA TIPU HIDUP-HIDUP!! Serangan bertubi-tubi tentera toghut itu berakhir sesudah 13 orang mujahid gugur syahid, ditembak tanpa peri kemanusiaan, tanpa ada rasa belas kasihan. Maka berpisahlah mereka dari dunia yang fana ini, menuju ke alam baqa yang menjanjikan ganjaran syuhada untuk mereka yang ikhlas berjuang dan sanggup gugur demi menegakkan kalimah Allah SWT yang hak di muka bumi ini. Selain Ustaz Ibrahim Mahmud, turut gugur syahid di medan Memali itu ialah Ahmad Hassan, Cikgu Syafie, Hj Abdullah, Abdul Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd Radzki, Wan Abdullah, Mohd Aroff, Zamri Md Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan Ahmad Bin Ismail. Ada 13 orang lagi yang cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia tak beberapa minggu selepas kejadian. Tentunya sedih anak-anak dan isteri-isteri yang ditinggalkan, apatah lagi setelah suami-suami mereka dibunuh hidup-hidup, mereka pula yang diangkut ke jel-jel berdekatan tanpa belas kasihan. Di akhir peristiwa, sekitar 161 orang telah ditangkap dan ditahan; kalau nak tau cerita detailnya, bolehlah datang berjumpa salah seorang di antara yang ramai-ramai ini, mereka boleh cerita apa yang sebenarnya berlaku. Anak-anak Memali walaupun sedih dengan pemergian ayahanda tersayang tetapi tetap berbangga dengan keberanian orang tua mereka. Kata salah seorang dari mereka: "Pak baru kelik (balik) dari motong, raga pisou motong dok di pinggang lagi. Dia tengok orang ramai di rumah Mang (ust Ibrahim), dia pong gi sama. Gi Gi tu ka, tak Kelik Kelik Dah!!". Walau apa pun yang pernah ditulis oleh media massa, insyaallah sejarah akan membuktikan siapa yang benar, siapa yang salah - kerana itu saya tidak berminat untuk menulis kisah bagaimana seorang dua anggota polis terbunuh atau cedera parah dalam kejadian itu - kerana sesungguhnya salah seorang daripada anggota polis yang terbunuh itu punya hubung kait adik beradik dengan saya. Minta maaf saya tidak dapat komen bab ini, tapi one thing for sure, walau pun sudah 13 tahun tragedi itu berlalu, tetapi rakyat jelata terutamanya anak-anak Memali masih berharap agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu akan di hadapkan ke muka pengadilan. Seorang anak Baling, penyokong UMNO pernah menceritakan harapan beliau apabila DSAI jadi PM, mungkin cerita Memali akan dibongkar semula. Tapi, nampaknya harapan beliau cuma tinggal harapan! ANAK-ANAK MEMALI TERUS MENANTI DAN MENANTI, DENGAN PENUH HARAP DAN HAMPA BERDEGAP!! KISAH MEMALI - Bahagian Akhir Sebelum menulis Memali Part-1, saya telah berkunjung ke kawasan perkuburan syuhada Memali, di Parit Panjang dengan harapan agar kunjungan itu akan dapat memberi inspirasi kepada saya dalam penulisan cerita-cerita Memali ini. Dan sebelum mengakhiri tulisan ini, saya telah ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ceramah/tazkirah ramadan oleh ust Ismail Mahmud, adik kepada al-syahid ustaz Ibrahim Libya di sebuah masjid berdekatan. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasik - cara pidato beliau yang berapi-rapi menyeru hadirin kepada jihad menyebabkan bulu roma saya meremang sepanjang ceramah. Lapang-lapangkan masa anda untuk menghadirkan diri ke kuliah atau ceramah beliau bila berkesempatan! Meneruskan cerita Memali, Sebagai penutup, ada baiknya kita perhatikan beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah ini: Antaranya, peristiwa di perkampungan Memali itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pencinta-pencinta Islam bahawasanya dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini bukanlah semudah dan se'ideal' yang kita sangkakan. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan di bumi Memali adalah pengorbanan nyawa dan badan! MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA TIDAK AKAN HANCUR MELALUI MATA PELURU!! Saya mendengar cerita dari Memali mengenai seorang hamba Allah, yang cakapnya berdegar-degar dan antara yang paling lantang sebelum kejadian - tetapi bila berlaku pertempuran, beliaulah yang pertama lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang pakcik di kampung tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sememangnya sejak zaman Rasulullah lagi, memang terdapat puak-puak munafik di kalangan kita! SAMPAI MATI PUN, PEMERINTAHAN ISLAM TAK AKAN TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA INI SELAGI ORANG ISLAM DARI BANGSA MUNAFIK MASIH TERUS MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN!! Saya juga mendengar cerita mengenai seorang hamba Allah di kampung itu [orang atas pagar] yg jenis makan kiri kanan; kiri pun dia pi, kanan pun dia pi. Ada kemungkinan beliaulah antara yang jadi tukang cucuk dalam kejadian itu. Beliau masih ada di kampung itu hingga ke hari ini, tetapi orang kampung sudah tak pedulikan beliau lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat kita memang ada puak-puak semacam ini; kita seharusnya berhati-hati dengan orang atau kumpulan seperti itu! SUKA KA TAK SUKA KA, MEMANG ADA BERIBU ORANG ATAS PAGAR DALAM MASYARAKAT KITA! SUKA KA TAK SUKA KA, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MERUNTUHKAN 'PAGAR-PAGAR' ITU, SEHINGGALAH MEREKA TERPAKSA MEMILIH, NAK KE SEBELAH SINI ATAU KE SEBELAH SANA!! Saya juga mendengar cerita lucu mengenai seorang Cina yang dipanggil "Panjang" yang lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang makcik di kampung tersebut. Beliau ketika itu sedang membawa traktor membajak di sawah berhampiran. Bila ditanya apasal beliau lari? Jawab beliau, "Aya….Wa Takut Lo…Nanti Polis Tangkap Wa….Wa Takut Polis Ingat Wa Kominis!!". Baling ketika itu memang pun terkenal dengan komunis. Kisah ini mengajar kita mengenai "cara dan tindak tanduk" orang-orang depa bila berhadapan dengan keadaan yang sedemikian. TRAGEDI BERDARAH DI INDONESIA 12-14 MEI 1998 CUMALAH ULANG TAYANG CERITA LUCU DI KAMPUNG MEMALI INI!! Saya pernah singgah bersembahyang di masjid berhadapan perkuburan Memali berdekatan roundbout Parit Panjang. Menurut cerita, Sultan Kedah turut memberi sumbangan pembinaan masjid tersebut atas dasar prihatin Baginda kepada tragedi Memali. Banyak lagi cerita yang berkaitan dengan Sultan Kedah ini yang tak dapat diceritakan di sini. BUKAN SEMUA 'ORANG ATAS' BUTA PERUT - ADA JUGA YANG BERSIMPATI DENGAN GOLONGAN YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DI MUKA BUMI!! Saya juga mendengar cerita mengenai anggota Polis yang berasal dari Baling yang kena kerja di luar daerah Baling kerana beliau ada sangkut paut adik beradik dengan orang kampung Memali. Sekali tu, beberapa minggu sebelum kejadian, ketika beliau sedang makan di gerai/restoran dengan Orang-Orang Atas Polis, tiba-tiba ada sorang org kampung dia datang join. Nak jadi ceritanya, orang kampung dia ni adalah antara yang sedang dicari-cari Polis (Wanted List); gelabah dia. Macam-macam isyarat dia bagi suruh si mamat tu belah, tapi si mamat tu tak paham-paham. Nasib baik polis-polis yang lain tu tak perasan, kalau tidak, si mamat itu tentu dah kena tangkap hari itu juga. Sebetulnya, ramai Polis-Polis di Baling adalah anak jati Baling. Seorang polis pernah bercerita kata mereka sendiri tak 'berani' nak ronda di kawasan Memali sebelum kejadian. Rasanya, bukan 'tak berani' tapi lebih kepada rasa simpati kepada saudara mara sesama daerah. Maka itu, tidak hairanlah bila pasukan polis yang dipanggil untuk menyerang perkampungan Memali di'import' khas dari luar daerah Baling. Kata seorang hamba Allah dari Baling: "Cuba mu tengok, dema (mereka) bawak mari Polis Hutan dan Komando dari Perak (Ulu Kinta); pasal apa dema tak panggil Polis Hutan dari Sungai Petani? - sebab Polis-Polis di Sungai Petani kenal siapa dia Ustaz Ibrahim Libya. Dia tu Tok Guru, bukannya orang jahat!!". NAK TAK NAK, KITA KENA TERIMA REALITI HIDUP DI MALAYSIA - BAHAWASA NYA MASTERMIND-MASTERMIND KAT ATAS SANA LEBIH KE DEPAN DALAM BANYAK HAL. POLIS, FRU, POLIS HUTAN, ASKAR, KETUA KAMPUNG, JKKK DAN RAKYAT MARHAIN MACAM KITA NI CUMALAH BUAH-BUAH CATUR PADA PANDANGAN MEREKA!!! Saya juga mendengar cerita mengenai Kubur Wangi dan Serban Wangi. Diceritakan orang kubur para syuhada di perkuburan Islam Parit Panjang itu pernah mengeluarkan bau yang harum. Cerita ini telah diceritakan dari mulut ke mulut. Kemudiannya pula, beberapa tahun yang lalu, muncul pula cerita bahawa serban seorang sahabat yang digunakan untuk membalut luka al-syahid pada hari kejadian, dan kemudiannya digantung di rumah beliau sebagai kenangan (tanpa mencuci darah itu), telah mengeluarkan bau yang harum setelah bertahun-tahun tergantung di situ. Kata makcik yang menceritakan kisah ini: "Habis lebik (lunyai) orang pakat berebut gi cium serban tu!". INI MENUNJUKKAN BETAPA RINDU DAN SETIANYA PENGIKUT-PENGIKUT AL-SYAHID KEPADA BELIAU. SEMANGAT WAJA MEREKA TAK PERNAH LUNTUR WALAU PUN KAMPUNG MEREKA PERNAH DIREMPUH KERETA PERISAI DAN DILANDA HUJAN PELURU!! Dua tiga bulan selepas tragedi, bila ditanya mengenai isu kubur wangi ini, Allahyarham Pak Ya, seorang hardcore UMNO di pedalaman Baling berkata: "Apa tak wanginya. Cuba mu gi tanya kedai-kedai Cina di Pekan Baling tu, berapa botol minyak wangi dema (org kampung) gi beli, gi soh (tuang) atas kubur Memali tu!". Seorang lagi Pakcik tua, orang lama UMNO, bila saya tanya cerita ini, beliau berkata: " Ala, puak-puak Memali tu ramai dok gi Kelantan. Dema gi beli minyak wangi di Kelantan, bawak kelik sini, gi bubuh di kubur tu". Bila timbul pula cerita Serban Wangi, saya tanya pula seorang lagi Pakcik UMNO; kata beliau: " Ala, serban tu, bubuh minyak wangi hak dema bawa kelik (balik) dari India Pakistan tu. Puak-puak ni ramai yang dok gi ngaji sana." NASIB BAIK DEPA TAK TAHU NAK SEBUT PERFUME-PERFUME MACAM ESTEE LAUDER KA, FRAICHE COLOGNE KA, JEAN D'ASTRESS KA, APA-APA KA. KALAU TIDAK TENTUNYA TERGELIAT LIDAH PAKCIK-PAKCIK INI NAK MERIWAYATKAN CERITA ITU KEPADA SAYA!! Apa-apa pun, pengajarannya: Bila berhadapan dengan puak-puak main logik akal ini, tak payahlah dok berdebat dengan mereka bab-bab yang tak kesampaian akal mereka memikirkannya. Apa mereka kata, senyum sajalah, kemudian kat dalam hati, minta doa supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka - KERANA SESUNGGUHNYA SAYA PERNAH MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA SEBELUM SAYA SUAMI ISTERI DENGAN SECARA RASMINYA MENGISI BORANG HIJAU PUTIH BEBERAPA BULAN YANG LALU.....selepas 13 tahun tragedi Memali berlalu!! -Tammat- Note: Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila hubungi: Bendahari Madrasah Islahiah Diniah Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Tel: 04-4732631 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>