*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Lama rasanya saya tak menulis ulasan politik semasa dalam hizbinet ini; 
sepatutnya di musim p/raya IK ini banyaklah isu yang boleh diperkatakan.

Malangnya kerana kesibukan dengan urusan peribadi dan juga rasa terkilan yg
amat sangat dengan ketidak-prihatinan kita semua terhadap rakan-rakan yg tidak 
pernah kita kenali yg dicekup dan dituduh terlibat dlm kumpulan KMM di bawah 
akta kejam ISA menyebabkan saya termenung sendiri:

"Bolehkah kita terus mengaku sebagai Pejuang Islam sedangkan insan-insan yg 
tidak kita kenali ini (yg merupakan pejuang sejati yg pernah turun berjuang 
secara live di bumi syuhada Afghan, Moro, Maluku, Kashmir etc) kini sedang 
ditahan tanpa pembelaan"

Secara peribadi saya tidak pernah mengenali mereka dan tidak pernah ada 
sebarang kaitan dengan perjuangan mereka; namun sebagai seorang insan muslim 
biasa, saya sentiasa iringkan doa restu untuk mereka dalam doa saya. Moga 
Allah SWT akan sentiasa melindungi mereka di mana sahaja mereka berada.

Insan Biasa,
Ru Antara

p.s: Berita di bawah ini harus menjadi peringatan kpd kita bahawa insan-insan 
yg tidak pernah kita kenali ini berada di mana-mana, mereka tidak gentar w/pun 
rakan-rakan mereka terus diburu, ditahan dan disembelih di merata 
dunia.....Moga Allah SWt sentiasa bersama mereka. Amin!



(Utusan 18 Jan 02)

Filipina rampas satu tan bahan letupan, tiga ditahan

MANILA 17 Jan. - Polis Filipina hari ini merampas satu tan bahan
letupan dan menangkap tiga lelaki yang disyaki mempunyai kaitan
dengan pertubuhan Al-Qaeda selepas mendapat maklumat daripada
pihak berkuasa Singapura.

Polis berkata, 17 raifal turut dirampas daripada kumpulan itu dalam
satu serbuan di tempat persembunyian mereka di bandar General
Santos.

``Penangkapan itu adalah hasil maklumat daripada pihak berkuasa
Singapura mengenai kemungkinan kehadiran mereka yang
mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Filipina,'' kata jurucakap polis,
Jeneral Cresencio Maralit.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu sedang disoal siasat dan operasi
polis berhubung kes tersebut sedang diteruskan.

Kesemua lelaki itu merupakan rakyat Filipina, katanya.

Menurut satu kenyataan polis, para penyiasat masih menyiasat
kemungkinan ketiga-tiga lelaki itu mempunyai kaitan dengan
kumpulan Al-Qaeda.

Bahan letupan yang dirampas itu terdiri daripada 50 kotak TNT yang
kekuatan letupannya boleh meranapkan sebuah blok kediaman,
katanya.

Polis turut merampas 300 alat peledak letupan dan beberapa
peralatan lain.

Cif Inspektor Henry Dazo berkata, kotak berisi senjata api itu ditanam
dalam tanah di kawasan sebuah rumah yang disewa oleh seorang
lelaki yang dikenali sebagai Abu Ali Ramos, dekat sebuah masjid di
Kampung Labangal.

Seorang pegawai polis lain berkata, bahan letupan itu dipercayai
merupakan sebahagian daripada simpanan Al-Qaeda.

Tiga pegawai perisikan Singapura turut menyertai polis Filipina dalam
serbuan itu, katanya.

Singapura baru-baru ini menangkap 15 orang, termasuk seorang
rakyat Malaysia, yang disyaki mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda
iaitu pertubuhan yang dituduh oleh Amerika Syarikat (AS)
bertanggungjawab terhadap serangan di New York dan Washington
pada 11 September lalu.

Singapura kemudian membebaskan dua daripada tahanan itu tetapi
menahan 13 yang lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) selama dua tahun. - Reuters


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke