June 26, 2000

PAS, JIM sokong JAIS
'Ein Azmi

8:30pm, ISN: Dua pertubuhan Islam menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menangkap 25 orang Islam yang berada di premis menjual minuman keras di Damansara pada 10 Jun lalu.

Mereka berpendapat tindakan badan agama itu tidak harus melibatkan unsur politik supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.

Yang Dipertua Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zahir Hassan, berkata tindakan JAIS itu sangat wajar dan masyarakat seharusnya dapat dibimbing ke arah perkara yang benar tanpa dipengaruhi oleh pihak tertentu.

"Kalau tindakan (menangkap) itu jelas, tidak ada salahnya mereka ditangkap," kata Zahir kepada malaysiakini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Kajang, Dr Shafie Abu Bakar berkata JAIS mengambil tindakan itu setelah meneliti undang-undang dan memahami penguatkuasaan.

"Laporan akhbar agak kabur dan saya tidak mahu kata-kata saya dimanipulasikan," jelas Dr. Shafie lagi.

Tambahnya, masyarakat akan menghormati JAIS jika tindakan seumpama itu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh terhadap semua pusat hiburan negeri itu.

Malaysiakini gagal mendapatkan penjelasan daripada pegawai tinggi JAIS yang difahamkan sedang mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut.

Zahir menambah beliau berasa kesal terhadap kenyataan pemimpin negara yang beragama Islam di negara ini yang mempersoalkan tindakan JAIS.

"Usaha JAIS itu sudah tentu untuk menghalang umat Islam menghampiri kegiatan meminum arak," pertahannya lagi, sambil menyebutkan gejala maksiat itu yang semakin menular itu.

Aktivis muda JIM itu juga membidas pandangan yang mempertahankan minuman keras sesuai dihidangkan sebagai amalan biasa di peringkat antarabangsa.

"Kalau bercakap mengikut world standard (amalan biasa antarabangsa), mengapa kapal terbang Emiriyah Arab Bersatu tidak menghidangkan arak sedangkan pusat penerbangan itu merupakan nombor satu di dunia tetapi kapal terbang (Malaysia) MAS menghidangkan arak," hujah Zahir lagi.

Beliau mencadangkan supaya Malaysia mempunyai piawaiannya sendiri supaya masyarakat antarabangsa menghormati nilai-nilai Islam.

Semalam akhbar Berita Minggu melaporkan mereka yang ditahan telah dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

Seramai 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah pada 13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di dalam premis yang menyediakan minuman keras.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke