*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenyataan Media
Dato’ Fadzil Mohd. Noor
Presiden PAS/Ketua Pembangkang 

25 Januari 2000

PAS Kutuk Tindakan Polis 

PAS berasa amat kecewa dengan berlakunya lagi
peristiwa penangkapan beramai-ramai sebelas orang yang
datang untuk menunjukkan sokongan mereka kepada
aktivis politik termasuk  Ketua Pemuda KeADILan, Ezam
Mohd Nor, ADUN Hulu Klang YB Azmin Ali dan Kartunis
Zunar dan 4 orang yang lain yang didakwa di Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur pagi ini. Kumpulan penyokong
ini telah berhimpun dengan aman di hadapan mahkamah
dan kemudian berkumpul di hadapan pejabat Majlis
Peguam semasa semua yang dituduh berbincang dengan
peguam-peguam mereka. 

Langkah menangkap dengan kasar yang boleh membawa
kecederaan adalah diluar batasan kemanusian. Sikap
keterlaluan ini membayangkan bahawa pihak berkuasa
tidak langsung belajar daripada peristiwa demonstrasi
beberapa ketika dahulu yang telah menimbulkan
kemarahan rakyat serta teguran daripada masyarakat
antarabangsa. Kesan kemarahan ini telah diterjemahkan
dalam bentuk penentangan rakyat terhadap Kerajaan
Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu. PAS
bimbang peristiwa terbaru ini akan menambahkah
kebencian rakyat kepada parti pemerintah dan
menimbulkan suasana tidak harmoni.

PAS menyedari bahawa tindakan terbaru ini adalah
kerana mengikut telunjuk Menteri Dalam Negeri yang
telah beberapa kali mengancam akan melakukan tindakan
keras ke atas sesiapa saja yang dikira menentang
pemerintah. PAS menuntut kesemua 11 orang  yang
ditahan itu dibebaskan tanpa syarat, dan Menteri Dalam
Negeri meminta maaf kepada mangsa dan seterusnya mesti
meyakinkan orang ramai tindakan seperti ini tidak akan
berulang lagi. 


 

DATO’ FADZIL MOHD. NOOR
Ketua Pembangkang. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke