Jumaat, 10 Mac 2000

PAS mahu ke mahkamah

Permintaan bahas isu di Parlimen ditolak
KUALA LUMPUR -- Parti pembangkang terbesar di Malaysia berkata semalam ia
akan mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung sekatan yang dikenakan
terhadap akhbar terbitannya dan menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai
"titik hitam" bagi demokrasi.

Harakah, akhbar terbitan Parti Islam (PAS), muncul semalam buat pertama
kalinya setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membaharui lesen penerbitan
akhbar itu dengan membataskannya kepada dua keluaran dalam sebulan.

Sebelum ini akhbar itu dibenarkan terbit dua kali seminggu.

Pelesenan semua akhbar tertakluk di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan
Akhbar.

Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, meminta supaya Parlimen membahaskan isu
Harakah itu yang disifatkannya sebagai "satu tindakan terhadap kebeb! asan hak
asasi" kebebasan bersuara dan satu titik hitam dalam amalan demokrasi di
Malaysia.

Beliau berkata batasan itu telah melanggar ketetapan hak asasi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggambarkan "satu penindasan terhadap hak
asasi".

Bagaimanapun, speaker Parlimen menolak usul perbahasan itu dengan mengatakan
"perbahasan mengenainya bukan suatu perkara penting".

Datuk Fadzil memberitahu satu sidang akhbar kemudian bahawa PAS akan
menimbangkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap KDN
atas alasan tindakan kementerian itu telah melanggar hak yang terkandung
dalam perlembagaan.

"Mengenai tindakan undang-undang itu, PAS akan cuba melaksanakannya secepat
mungkin," kata Datuk Fadzil.

Beliau juga berkata para pemimpin PAS akan mengadakan perhimpunan umum di
seluruh negara untuk "menjelaskan tentang tindakan kerajaan yang tidak wajar
itu".

Kumpulan media antarabangsa! dan juga badan-badan hak asasi setempat turut
membidas langkah mengenakan sekatan terhadap Harakah itu yang menurut
kerajaan bukan bertujuan politik tetapi satu usaha "penyeragaman" penerbitan
akhbar-akhbar parti politik. -- AP.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke