*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baiknya IPTS
-------------
1. Pelajar2 melayu yg tak dapat masuk IPTA dapat
meneruskan pengajian mereka.
2. Dapat menampung kehendak industri yg semakin
meningkat.
3. Lebih ramai rakyat kita mempunyai kelulusan tinggi.

Buruknya IPTS
1. Yuran tinggi kualiti rendah.
IPTA yuran rendah kualiti tinggi. 
2. Pensyarah IPTA berkelayakan, ada MA dan PhD. Kat
IPTS boleh kira berapa ada MA dan PhD. Degree 70 -100%
3. Kat IPTA, R&D kuat tetapi IPTS R&D boleh katakan
tak de langsung.

Akibatnya
1. Graduan yang lahir tidak mempunyai kualiti dan
standard yang sepatutnya.
2. Bila interview-jauh berbeza jika dibandingkan
dengan IPTA atau Poli/UiTM/IKM dsb.
3. Jadi - apalah nilai sebuah sijil diploma atau
degree kalau tak de quality ??

Ada yg mengatakan Najib kena kencing Fong Chan On. Dia
dikelabui dengan Malaysia menjadi pusat pendidikan.
Saya fikir Malaysia sesuai menjadi pusat pendidikan
pringkat post graduate dan bukan first degree.

Kita sebenarnya telalu gopoh dan ghairah.

CADANGAN
1. Kerajaan perlu ambil alih IPTS melalui konglomerat
seperti PROTON, PKEN, PETRONAS, MISC, MAS dan
sebagainya. 

2. Beri suntikan modal dan letak mereka yang
bekelayakan menerajui IPTS bukannya mereka yang mentah
dan berfikir untung semata-mata.

3. LAN perlu ketatkan dan perlu ada rating IPTS yang
ada. taraf *, **, ***, ****, ****.

KESIMPULAN
Datuk Najib tidak boleh menafikan apa yang disebut
oleh Pensyarah dalam UM hari ini.

Apa yang datuk Najib tahu, pergilah tengok IPTS
bumiputera yg ada sekarang - offer Dip computer
sciense tapi praktikal training tak de, makmal pun PC
klon jekk, develope system pakai PASCAL atau FOXPRO.

lecturer baru graduate, sambil tunggu keje tempat
lain. lecturer asyik tukar2 orang !!!

Macamana nak memenuhi kehendak industri ? Hutang
PTPN/MARA berpuluh ribu !!. 

PAS/BA perlu tindakan yang lebih konsisten dan
berterusan. Pendidikan ada CORE BUSINESS dalam
mana-mana negara.

Manifesto PAS/BA perlu jelas dan detail - apa dasar
pendididkan BA. Penerangan dasar ini hendaklah
dimulakan dari sekarang.

Kita tengok tahun 2003 !!!


BERITA MALAYSIA 


--------------------------------------------------------------------------------
August 21 , 2000 16:29PM  
 


 PENUBUHAN IPTS MEMPUNYAI BANYAK KESAN POSITIF, KATA
NAJIB 
 
   
   
   

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Orang ramai tidak
harus melihat kesan penubuhan institusi pengajian
tinggi swasta (IPTS) daripada segi pembahagian kaum
sahaja kerana ia sebenarnya mempunyai banyak kesan
lain yang positif, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri
Najib Tun Razak. 

Beliau berkata dasar menggalakkan penubuhan IPTS yang
diperkenalkan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan
itu telah berjaya menjimatkan beratus juta ringgit
wang kerajaan yang sebelum ini dibelanjakan bagi
menghantar pelajar mengikuti pengajian di luar negara.


"Dasar ini juga telah membantu usaha kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau ini," katanya pada sidang media
selepas melancarkan pameran Perkhidmatan Pertahanan
Asia 2002, di sini Isnin. 

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang
memetik kenyataan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan Universiti Malaya Nawi Abdullah yang
mendakwa jurang perbezaan bilangan profesional Melayu
dan bukan Melayu dijangka semakin melebar pada tahun
2003 apabila pelajar bukan Melayu menamatkan pengajian
daripada IPTS. 

Menurut Nawi, ketidak seimbangan itu wujud kerana
pelajar Melayu menghadapi kesukaran melanjutkan
pelajaran di IPTS kerana yuran yang dikenakan adalah
terlalu tinggi berbanding yuran institusi pengajian
tinggi awam (IPTA). 

Najib berkata semasa menerajui Kementerian Pendidikan
beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak
pengurusan IPTS di negara ini bagi memastikan yuran
yang dikenakan mereka adalah berpatutan. 

Najib yang juga Naib Presiden Umno berkata parti itu
juga telah mengemukakan beberapa saranan kepada
kerajaan bagi membantu pelajar Bumiputera di IPTS dan
IPTA termasuk meminta tabung bantuan pengajian sedia
ada diperluaskan. 

Dalam perkembangan lain, Najib berkata Kementerian
Pertahanan akan lebih berhati-hati pada masa depan
dalam memberi sokongan terhadap syarikat tempatan yang
ingin menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)
dengan syarikat pertahanan asing. 

Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan syarikat
terbabit tidak mengggunakan nama kementerian dan MoU
itu bagi mendapatkan publisiti, sedangkan mereka tidak
berhasrat melaksanakan perjanjian yang telah
ditandatangani itu. 

Ditanya mengenai langkah terbaru kementerian bagi
memastikan kejadian penculikan di Pulau Sipadan 23
April lepas tidak berulang, Najib berkata kementerian
telah menasihati semua hotel di kawasan terpencil yang
tidak mempunyai kemudahan komunikasi supaya
menyediakan kemudahan radio Very High Frequency (VHF).


Katanya kemudahan radio itu akan membolehkan pengusaha
hotel terbabit menghubungi pasukan tentera dan polis
bagi mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi ancaman.


-- BERNAMA 
 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke