PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [16]

 

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

 

135.   Diperturunkan peta lokasi kawasan sekitar tapak Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat dengan tumpuan lebih jelas kepada jalan masuk yang paling dekat ke TPG, (Telok Panglima Garang) iaitu Lebuhraya KESAS.

 

136.   Tanda bulat dengan tulisan "JOE" adalah lokasi Markas keADILan Shah Alam di Jalan Kebun, iatu cadangan tapak ceramah bagi Perhimpunan 100,000 Rakyat 5 November 2000.

 

137.   Bagi seluruh rakyat yang datang dari arah utara dan selatan melalui Lebuhraya PLUS, Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat menggalakkan saudara-saudara semua menggunakan Lebuhraya KESAS untuk tiba ke tapak lokasi. Tujuannya adalah bagi memudahkan polis trafik dan petugas mengarahkan laluan saudara-saudara ke beberapa lokasi yang ditetapkan.

 

138.   Kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan polis trafik dan para petugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas amat diperlukan. Para penyokong yang datang dengan menggunakan kenderaan sendiri diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kenderaan masing-masing diletakkan di tempat letak kenderaan yang ditetapkan oleh para petugas.

 

        

 

 

 

 

Kembalikan Hak Rakyat

 

Hj. Saari Hj. Sungib

Pengerusi,

Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat

[EMAIL PROTECTED]

18 Januari 2001

bersamaan dengan 23 Syawal 1421

 

Kirim email ke