*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum,

INI ADALAH ULASAN SAYA MENGENAI PKN DI MINGGU PERTAMA PENUBUHANNYA.

Insyaallah, selepas ini saya akan mengulas mengenai perkembangan terbaru PKN
ini....

============================================================================

Assalamualaikum,

Minggu ini, selain daripada digemparkan dengan berita YAB Datuk Seri Dr
Mahathir jatuh gering, kita digemparkan juga dengan berita penubuhan Parti
KeADILan Nasional. Banyak yang diperkatakan orang mengenai penubuhan PKN ini,
tidak banyak yang mampu saya tambah; cuma mengulas sedikit dari beberapa sudut
yang agak berbeza.

Ada beberapa orang sahabat yang menulis meminta saya mengulas. Pada awalnya
saya agak keberatan untuk menyentuh isu ini kerana sebagai ahli PAS, saya
berpegang teguh kepada pesanan Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Kata Tuan Guru:

"ORANG PAS HARUS BIJAK MENANGANI ISU REFORMASI"

Nah, kalau masih ada sesiapa yang sangsi terhadap stand PAS berhubung
penubuhan PKN ini, kata-kata Tuan Guru di atas bisa menjawab persoalan
tersebut. Apa pun ulasan atau kenyataan daripada mana-mana pemimpin PAS atau
ahli-ahli PAS, ianya akan tetap menjurus kepada pesanan Tuan Guru di atas.

Kepada ahli-ahli PAS yang sedang membaca tulisan saya ini, apa-apa pun
pandangan kalian terhadap penubuhan PKN ini, ianya tidak harus lari dari
kata-kata Tuan Guru Nik Aziz tersebut. With that in mind, izinkan saya
memberikan sedikit ulasan mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional ini.

Melalui pembacaan saya di dada-dada akhbar dan melalui kenyataan PKN yang
disiarkan di internet, kita difahamkan bahawa penubuhan PKN ini adalah dengan
niat untuk menjadi parti alternatif kepada mereka yang tidak berkenan pada
UMNO/BN dan pada masa yang sama (atas sebab-sebab tersendiri) tidak juga
berkenan kepada PAS, DAP, PRM atau pun mana-mana parti pembangkang yang lain.
Di samping itu, penubuhan PKN juga adalah dengan harapan ianya akan dapat
dijadikan jambatan penghubung antara komponen-komponen parti pembangkang yang
berbeza ideologi ini.

Bunyinya begitu ideal sekali, tetapi secara peribadi kita merasakan bahawa
ianya tidaklah semudah seperti yang dijangka. Saya teringat masa saya
kecik-kecik dulu, satu pepatah yang selalu orang tua saya pakai bila kami
meminta yang bukan-bukan; kata beliau:

"APA, HANGPA INGAT MUDAH KA? INGAT MACAM BUAT CUCUR KODOK? - AMBIK TEPUNG,
KEPUL-KEPUL, LEMPAR DALAM BELANGA, CRENGG....LEPAS TU TERUS JADI CUCUR
KODOK!".

Walaupun orangtua saya cuma lulus The Attap School dan pepatah ciptaannya ini
tak pernah masuk dalam mana-mana Kamus Dewan, tetapi dalam keadaan sekarang,
saya merasakan pepatahnya ini agak relevan.

Penubuhan PKN ini dikatakan akan memungkinkan bertambah serpihnya parti UMNO,
dan dalam masa yang sama akan menjadi jambatan penghubung antara PAS dan DAP.
Di samping itu PKN dikatakan mampu menjadi alternatif kepada BN kerana ia
adalah parti berbilang kaum. Betulkah ini?

Nak tahu betul atau tidak, saya cuba menyelami hati nurani rakyat bawahan, nak
tengok apakah pendapat mereka. Untuk itu, saya telah membuat survey secara
random. Saya sempat berbual dengan 10 orang Cina Penang, beberapa orang kaum
kerabat UMNO dan sahabat-sahabat rapat yang kebanyakannya adalah ahli-ahli
baru PAS.

Sengaja saya pilih Cina Penang sebab semua orang tahu, terutamanya mereka yang
pernah bekerja di Pulau Pinang, bahawa antara banyak-banyak Cina di Malaysia,
Cina Penang agak pekat sikit semangat kecinaannya. Pendapat mereka tentunya
mampu menggambarkan pandangan sebenar kaum Cina terhadap isu Reformasi dan
KeADILan ini.

Kalaulah niat PKN adalah untuk 'menggabungkan' PAS dan DAP melalui jambatan
yang bakal mereka bina, kita rasa agak berat sikit tugas itu.. Kata Mr Leong,
kawan Cina saya:

"They want PAS and DAP to join together? No way man - impossible. There are
too much difference between them, no way. And one more thing - DAP today is
not like DAP that we knew last time, DAP has lost its support among the
Chinese. Personally I think DAP should start reformasi within DAP first, Lim
Kit Siang himself should quit - he has been there too long!".

LA, SAYA INGATKAN MR LEONG INI ORANG DAP - SEBAB BELIAU ANTARA YANG LANTANG
BERCAKAP ISU REFORMASI KAT TEMPAT KERJA NI!!

Kalaulah pendapat beliau ini mampu menggambarkan perasaan sebenar kaum Cina
terhadap DAP, maka kita rasa usaha PKN untuk menjadi jambatan antara PAS dan
DAP agak sukar. Apa tidaknya, PAS di satu pihak, makin hari makin mendapat
sambutan, sedangkan DAP di pihak yang lain sedang menghadapi krisis dalaman
yang paling teruk dalam sejarah penubuhannya. Ini diakui sendiri oleh seorang
lagi kawan Cina saya, Mr Sim. Kata beliau:

"Not like DAP, PAS is very strong now!".

Dengan kata lain, bukan saja orang Melayu tahu bahawa PAS makin popular
sekarang, tetapi orang Cina juga turut mengakui peningkatan populariti PAS
ini. Cumanya kita risau, memilih DAP menjadi sekutu dalam keadaan DAP sendiri
tidak lagi popular di kalangan masyarakat Cina memungkinkan tindakan membina
jambatan ini akan end up jadi satu kerja yang sia-sia. Di satu pihak, kepala
jambatannya teramat kukuh sedangkan di hujung yang satu lagi, konkritnya
terlalu rapuh. Kerana itu, saya berkeyakinan usaha PKN membina jambatan antara
PAS-DAP ini walaupun ianya satu usaha yang baik tetapi hasilnya mungkin tidak
seberapa!

KALAU PUN BERJAYA, IANYA TAK SEMUDAH MEMBUAT CUCUR KODOK DALAM BELANGA!!

Dikatakan juga penubuhan PKN ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka
yang tidak berkenan pada BN/UMNO dan pada masa yang tidak juga berkenan pada
PAS, DAP atau mana-mana parti. Hasil temubual saya dengan kawan-kawan Cina
ini, entah kenapa saya benar-benar dapat merasakan bahawa isu Reformasi, ADIL
dan keADILan ini lebih merupakan isu peribadi orang Melayu. Kerana itu, saya
ingin re-phrase semula ayat di atas "Penubuhan PKN adalah untuk memberi
peluang kpd mereka yang sudah meluat kpd UMNO tetapi pada masa yang sama BELUM
BERSEDIA untuk menyertai PAS".

Sebagai ahli PAS, saya akur dengan apa jua keputusan pemimpinan atasan, tetapi
deep inside me, saya rasa agak terkilan dengan penubuhan PKN ini. Saya
merasakan mereka-mereka yang sudah meluat dengan UMNO, kalau diberi masa,
mereka akan akhirnya memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Malangnya, kerana
adanya PKN ini, mereka yang BELUM BERSEDIA untuk menyertai PAS ini, akhirnya
terus terhumban ke dalam satu parti lain - belum pun sempat merasa manisnya
duduk dalam Usrah-Usrah PAS, di mana mereka berpeluang untuk memahami dengan
mendalam konsep Islam yang sebenarnya sebagai ad-deen wal daulah. Kerana itu,
saya penuh yakin mereka yang telah menyertai jemaah PAS, dan benar-benar faham
konsep Islam dari sudut hablumminallah dan hablumminannas ini, mereka tak akan
berganjak dari perjuangan ini. Walau diletak batu panas di atas dada di padang
pasir yang panas sekalipun, mereka akan tetap mengatakan "Allah hu Ahad, Allah
Hu Ahad".

Antara kisah yang agak mengecewakan, saya dengar cerita sahih dari anak
seorang bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian. Sahabat ini menyatakan terkilan
sungguh beliau dengan penubuhan PKN ini kerana setelah puas berusaha, habis
satu keluarga beliau masuk PAS kecuali emaknya bekas Ketua Wanita ini. Pun
begitu, sejak akhir-akhir ini, emaknya mula menunjukkan perubahan. Sudah mula
kerap mengikut mereka ke ceramah-ceramah PAS. Beliau pernah bergurau dengan
ibunya. Kata beliau:

"Emak, dulu masa dalam UMNO, emak dengar orang ceramah duduk atas kerusi dalam
dewan. Hari ini emak dengar orang ceramah, duduk atas tikar atas padang.
Emaknya senyum sahaja.

Sudah hampir benar emaknya ini nak masuk PAS, tup-tup timbul cerita penubuhan
PKN, terus emaknya cakap: "Emak nak masuk PKN!".

I SAY MAN - KALAU KIKIS ORANG UMNO DARI UMNO TAK APA JUGA, INI ORANG TENGAH
DOK BERKIRA-KIRA NAK MASUK PAS INI, TAK ACI TAK ACI!!

Hati saya jadi lega bila sahabat ini kemudiannya berkata: "Mak saya cakap
walaupun dia masuk PKN, tapi tang undi, kalau PAS bertanding, insyaallah dia
pangkah PAS!.

KALAU BEGINILAH SIKAP ORANG-ORANG PKN TERHADAP PAS, MAKA KITA DENGAN PENUH
HORMAT MENGALU-ALUKAN PENUBUHAN PARTI KEADILAN NASIONAL!!

On serious note, saya cuba menyelami lagi sikap orang-orang bukan Melayu
terhadap isu reformasi ini. Kadang-kadang kita hairan kenapa wajah-wajah yang
ke depan dalam isu reformasi dan PKN ini majoritinya adalah orang-orang kita.
Dalam banyak-banyak input yang diberikan, saya tertarik dengan kupasan seorang
kawan cina saya bernama Goh. Bila ditanya sikap beliau terhadap penubuhan PKN
dan kenapa orang Cina tak begitu terlibat dalam isu reformasi, beliau berkata:

"Susah la mau cakap. Ini a, ini Melayu punya isu. Dr Mahathir Melayu, Anwar
juga Melayu. So, Melayu sama Melayu. Ini bukan Cina punya isu!!".

Bila ditanya lagi, beliau dengan ikhlas berkata:

"You mau apa lagi Pakdin? Itu Mahathir bukannya teruk sangat. Ini negara aman,
you boleh kerja , boleh cari makan. You kena ingat, you ada anak, you ada
rumah, you ada kereta, you ada kerja, apa lagi you mau. Tak kan you mau undi
PAS pula?"

LUPA NAK CAKAP KAT DIA, RUMAH DAN KERETA ITU BUKAN SAYA PUNYA - ITU BANK
PUNYA!!

Bila saya asak beliau dengan cerita-cerita Reformasi, dia cakap:

"Itu Mahathir banyak jasanya, dia banyak bawa pembangunan, TAPI dia sudah buat
silap bila dia campurtangan sama itu JUSTICE (Judiciary System). Tapi kita tak
boleh buat apa punya; kalau you business punya orang, buat apa kacau-kacau,
business you boleh jalan sudahlah. Tapi, kalau ada orang mau pergi itu
reformasi (demo), pergilah, kita tak kacau".

Bila ditanya sama ada beliau menyokong penubuhan PKN, beliau cakap:

"Kalau Wan Azizah lawan sama Dr Mahathir di Kubang Pasu, kita ingat majoriti
orang Cina pangkah Wan Azizah !!".

RUPA-RUPANYA, SAHABAT KITA INI WALAUPUN BELIAU PREFER BN TERUS MEMERINTAH,
TAPI DALAM MASA YANG SAMA KALAU BOLEH, BELIAU NAK TENGOK MAHATHIR JATUH!!!

[Rupa-rupanya Mahathir juga ada musuh dalam selimut]

Kesimpulannya, dari sudut pandangan orang-orang Cina biasa, mereka mahukan BN
terus memerintah, tapi dalam masa yang sama mereka mahu juga melihat satu
pembaharuan atau reformasi dilakukan di peringkat atasan. Sekiranya PKN
mengharapkan orang-orang Cina menyertai penubuhannya, dan seterusnya
melemahkan BN dengan menagih sokongan pengundi2 MCA dan Gerakan, maka orang2
kuat PKN seharusnya mendalami pemikiran dan mentaliti orang-orang Cina rakyat
biasa ini dengan penuh mendalam!.

ONLY THEN, PKN BOLEH CLAIM KATA PENUBUHAN PARTI ITU TIDAK AKAN MEMECAH
BELAHKAN UNDI PEMBANGKANG!!

Wassalam,
Pakdin


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke