*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> - Aqidah ASWJ diambil dr Quran SUnnah sedangkan
> aqidah SUFI diambil dari ilmu kalam, philosof
> yunani, kasyaf, laduni, bisikan hati & mimpi.

NOTA SAYA : INILAH SUATU TUDUHAN SEMBERONO YANG PENUH
KEJAHILAN, TANPA BUKTI. SEBENARNYA PERSOALAN INI
BUKANLAH TENTANG PERBEZAAN ANTARA ASWJ VS SUFI, KERANA
PENGIKUT TASAUF BERPEGANG KPD ASWJ DARI SEGI I'TIQAD,
BERMAZHAB AL-ASHAARI DAN AL-MATURUDI. MAKA TAJUK YG
SESUAI ADALAH ASWJ VS WAHABI.

29: Kaum Sufi Di Zaman Rasulullah s.a.w 
=======================================
Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah
s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran
sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan
miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid
Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka
ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada
golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada
kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun
keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak
menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang
berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada
golongan yang lemah itu. 

 Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata
peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan
Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid
baginda s.a.w untuk satu puak yang menjadi ahli masjid
merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli
suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w
merupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda
s.a.w. Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran
Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam
majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran
secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan
mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala
macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya
menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini,
iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. Dari kalangan
mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam
pengetahuan mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu
agama’ itulah yang memainkan peranan penting sebagai
mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum
Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis
Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu
memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi
s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w
merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu
sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga
penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa
kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi
atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan
sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya. 

Untuk orang-orang faqir yang telah terikat pada jalan
Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha pada bumi,
disangka oleh orang-orang yang tidak tahu bahawa
mereka adalah puak yang berada, dari sangat mereka
menahan diri. Engkau dapat mengenal mereka daripada
tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada
manusia dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta yang
kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat Tahu. 

( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )
Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman itu
turut (ke medan perang) semuanya. Tetapi alangkah
baiknya keluar dari tiap-tiap golongan itu, di antara
mereka satu kelompok; supaya mereka memberi ancaman
kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada kaum
mereka, supaya mereka berhati-hati. 

( Ayat 122 : Surah at-Taubah )
 Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah
s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan
tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan
Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat
pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan
semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara
al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.
Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang
khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu
agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu
disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan
pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya
sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran
menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak
keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan
tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan
dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan
garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat
dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata
dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama
mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling
hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli
ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh
Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka
membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w
juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta
ulama ditimbang dengan darah syuhada”. 

 Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan
orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata
untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi
sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga
segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu
tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar
yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli
suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian. 

 Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat
senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi
syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia
dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi
pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus
dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh
pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri. 

 Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam
urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat
mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di
dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia
tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan
pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang
mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid
mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan
demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan
darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu
nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang
menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti
ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada
setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya
dalam perkara akidah. 

 Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w
bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam
semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh
Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat
orang ‘Menteri Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar,
Usman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang
membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-menteri’
baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja
sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan
daripada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam
masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi,
wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w
dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan
berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada
kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan
latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai
persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli
suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang
seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga
menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda
mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam
keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid
Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yang memudahkan
Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam
masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Islam
masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi,
ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif
bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji.
Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian
mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda
dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka
tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan
kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredaan
Allah s.w.t dan Rasul-Nya. 




  


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke