Assalamualaikum wrth
 
Mengenai soalan
 
>Kalau floor teratas (macam pent-house) tu, tak panas
>ke, sebab makin dekat dengan matahari(ini teori kawan
>saya). 
 
Tidak ada sebarang bukti yang menyatakan semakin tinggi sesebuah apartment dari paras laut maka ianya adalah semakin panas. Panas atau tidak sesebuah rumah atau apartment adalah samada ianya mengadap kearah matahari terbit ( Timur ) atau matahari jatuh ( Barat ) atau kearah Utara atau Selatan. Selalunya ruang tamu dan bilik tidur utama yang menghadap kearah matahari terbenam di Barat adalah lebih panas di waktu lewat petang dan awal senja. Ini membuatkan kebanyakkan pembeli tidak berapa gemar dengan keadaaan rumah yang menghadap kearah ini.
 
Walau bagaimana dengan adanya penyaman udara, cermin tingkap gelap ( tint ) dan jendela yang tebal, permasalahan ini dapat diatasi tanpa sebarang kerumitan.
 
Wassalam
 
Nizam
012 381 1314 / 603 724 1663
 
----- Original Message -----
From: nuwair
Sent: Wednesday, June 07, 2000 9:21 PM
Subject: RE: H-Net* Pandangan mengenai apartment.

Assalamualaikum wrth
 
Izinkan saya sedaya mungkin menjawab soalan yang dikemukan oleh Sdra/i Imazz.
 
Maintenance service bermakna perkhidmatan penyelenggaraan yang diadakan untuk sesebuah apartment atau kondo yang mempunyai lebih dari satu tingkat dan lebih dari satu pemilik. Perkhidmatan ini di kendalikan oleh persatuan penduduk atau oleh syarikat yang di lantik atau ditubuh oleh persatuan penduduk. Juga dikenali sebagai syarikat strata.
 
Perkhidmatan ini termasuklah pengutipan sampah, tugas pembersihan, penyediaan pengawal, penyelenggaraan kawasan dan lanskap, penyelenggaraan apa sahaja kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, spa, jimnasium, gelanggang permainan kawasan piknik dan permainan dan apa sahaja termasuk pembayaran bil letrik, air dan najis untuk kawasan awam dan juga pembaikkan apa sahaja bahagian yang rosak dikawasan yang di kongsi bersama ( common area ) seperti atap, koridor, lif, tangga,  longkang,  jalan, tempat letak kereta, saluran najis, segala jenis pam, dan paip dan apa sahaja.
 
Maintenance fee bermakna yuran bulanan yang dikutip dari setiap pemilik untuk sesebuah unit untuk kerja kerja penyelenggaraan diatas.
 
Kadar purata untuk yuran penyelenggaraan ialah sebanyak 12 sen ( RM 0.12 ) untuk sekaki persegi. Contoh: Jika apartment mempunyai keluasan 950 kps maka yuran yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 114.00 sebulan. Untuk penthouse pula yang selalunya mempunyai keluasan 1500 kps maka yuran bulanan ialah sebanyak RM 180.00 sebulan.
 
Masalah terjadi apabila penduduk atau sebahagian besar penduduk gagal untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan. Bila wang yang terkumpul tidak mencukupi maka banyak kerja kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan atau tergendala. Membaiki bumbung atau paip kondominium yang bocor memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika jumlah kutipan tidak mencukupi maka kerja kerja pemulihan tidak dapat dijalankan. Sila rujuk kepada suratkhabar minggu lepas dimana DBKL akan menyita harta benda penghuni flat DBKL yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan mereka.
 
Oleh kerana kerumitan mengendalikan syarikat strata, maka persatuan penduduk akan melantik syarikat pengurus bangunan profesional yang bertauliah untuk semua kerja kerja penyelenggaraan dan kerja kerja mengutip yuran. Mengikut peruntukan yang ada dalam Akta Strata, syarikat strata melalui syarikat pengurus bangunan boleh menyaman mana mana pemilik yang gagal menjelaskan yuran bulanan dan boleh mendapatkan perintah mahkamah menyita harta benda pemilik yang engkar.
 
Setahu saya tidak ada sebarang peraturan yang melarang pengguna bertudung (wanita Islam ) untuk mandi di kolam renang. Semua peraturan di sesebuah kolam renang atau di kondominium/apartment ditetapkan oleh persatuan penduduk dan syarikat strata. Amatlah mustahak agar semua penduduk terlibat dengan semua mesyuarat yang diadakan agar sebarang pandangan dapat diketengahkan.
 
Semoga menjawab persoalan Sdra/i Imazz
 
Wassalam
 
Nizam
012 381 1314  /  603 724 1663
 
 
>===== Original Message >From imazz <[EMAIL PROTECTED]> =====
>Assalamualaikum
>
>Saya ingin mendapat pandangan netter mengenai
>maintenance servis bagi apartment/kondo yang ada
>swimming pool, spa etc.
>
>Kalau floor teratas (macam pent-house) tu, tak panas
>ke, sebab makin dekat dengan matahari(ini teori kawan
>saya).  Lagi satu, betul ke pihak maintenance tak
>berapa jaga bahagian atap atas dan selalu leakage.
>
>Ada regulation ke yang menghalang pengguna swimming
>pool berbaju tutup( dan bertudung).Terimakasih.
>
>Wassalam.

Kirim email ke