*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Panduan Berdamai

                         Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan
bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya
pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang
kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah
sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh
lagi.

                         Antara faktor yang menyebabkan suami isteri
bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan
teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi
interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian
yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

                         Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah
pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka
hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau
putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan
untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka
merajuk.Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan
masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan
cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk
tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat
membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.
Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila
mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang
dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya
dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala
orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.
                         Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin
suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka
menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak
perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada
lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

                         Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami
isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah
pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu
sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa
dan perbuatan salah pihak yang satu lagi. 

                         Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri
apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana
mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.
Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam,
menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman
tidakmungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong
proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan
hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun
besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar
masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

 3. Jangan berdusta

                         Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu
berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan
pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan
pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin
menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya,
dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

                         Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka
mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari
kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang
itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur,
mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa
penyelesaian.  Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami
mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan
 perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif

                         Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan
apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu
berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

                         "Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."
(tuduhan)

                         "Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?"
(tuduhan)

                         "Ini salah awak juga." (tuduhan)

                         "Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri,
kita takkan 

                         selalu bergaduh." (tuduhan)

                         "Abang tak guna langsung." (celaan)

                         "Awak tak senonoh!" (celaan)

                         "Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh
juga." (celaan)

                         "Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan) 

                         Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif
kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik
kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan,
penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan
lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

                         Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan
tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan
untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan
sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan
sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang
hendak dibuat.
                         Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam"
daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya.
Tidakada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam". 

7. Senyum semula

                         Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang
banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa
isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana
senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

                         Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu
berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses
berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi
masing-masing takut risiko jika dia yang
memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar
kita mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk berdamai. Jangan
tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa
kita mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang
itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai,
sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak
berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

                         Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi
punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu
konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh,
perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.
Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang
ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti
dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit
perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang
lagi pada masa depan.
                         Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan
gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada
perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang
sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik.

                         a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

                         "Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur
yang cukup 

                         tiap-tiap bulan." (/)

                         b. "Awak degil." (x)

                         "Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu
sebelum awak

                         bantah." (/)

                         c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

                         "Saya mahu supaya saya diberikan sedikit
perhatian, jadi saya 

                         tak berasa diri saya diabaikan." (x)

                         10. Kenal pasti perubahan

                         Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah
perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca
daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah
dengan mengubah tingkah-laku itu. 

                         Ramai orang, apabila mereka mahu supaya
pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur.
                         Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang
mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak fahamdengan
jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya. Sebagai contoh,
perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur,
kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana
satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk
mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah
tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

                         a. "Jangan biadab pada saya." (x)

                         "Jangan menengking saya." (/)

                         b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)

                         "Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

                         c. "Jangan pemalas." (x)

                         "Jangan selalu tidur siang." (/)

                         d. "Layan saya dengan betul." (x)

                         "Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu."
(/) 

                         e. "Jangan syirik." (x)

                         "Jangan bomohkan saya." (/)

                         Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan
pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan
itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan
hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti
dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan
teknik-teknik yang betul.Panduan Berdamai

teknik-teknik yang betul.

PS: Sekiranya anda mempunyai artikel menarik (BM) sila kirimkan kepada
[EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke