*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pelajar UiTM sertai perhimpunan mansuh ISA, disingkir. Mahathir adalah punca masalah Malaysia masakini. KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditahan kerana disyaki menyertai perhimpunan aman bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara baru-baru ini, disingkir daripada meneruskan pengajiannya di pusat pengajian berkenaan. Rafzan Ramli dituduh melanggar Kaedah 3 (a), (b ) dan 11, Bahagian 11, Tatatertib Am dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. Sehubungan itu, jurucakap Sekretariat Gerakan Mahasiswa Memansuhkan ISA (GMMI), Syahrir Mahmod menyifatkan tindakan pihak universiti itu telah menafikan hak beliau (Rafzan) apabila tidak membenarkan saksi dan peguam untuk sama-sama mengikuti perjalanan perbicaraan tersebut. "Sedangkan perkara ini diperuntukkan dalam Akta Pelajaran, 1976," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke sini hari ini. Menurut Syahrir lagi, Rafzan telah diberikan notis yang agak singkat, sedangkan sebelum ini pihak universiti telah menangguhkan kes ini selama dua minggu. "Mengapakah perkara ini dilakukan secara tergesa-gesa, di manakah sikap profesionalisme dan ketelusan pihak universiti yang terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu?" soal beliau. Sehubungan itu, satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan diserahkan esok (Sabtu) jam 12.00 tengah hari di pejabat Suhakam, Menara Tun Razak, di sini. Get 250 color business cards for FREE! http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>