*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
JENAZAH ABDULLAH SELAMAT DIKEBUMIKAN 
 
KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Jenazah Allahyarham Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, 
Pendidikan dan Multimedia Negeri Pahang Datuk Abdullah Kia selamat dikebumikan di 
Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali di sini pada 2.30 petang ini. 

Yang turut hadir pada upacara pengebumian itu ialah Sultan dan Sultanah Pahang, Tengku 
Mahkota Pahang, Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob dan Menteri Besar Datuk Seri 
Adnan Yaakob. 

Anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta pembesar negeri 
turut hadir selain saudara mara dan sahabat handai allahyarham. 

Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada 11.05 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan 
Afzan selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi sejak Selasa lepas setelah diserang angin 
ahmar. 

Turut berada di sisinya ketika itu ialah Sultan dan Sultanah Pahang, Menteri Besar dan 
isternya Datin Seri Junainah Kassim, isteri Allahyarham Datuk Zulida Adam dan beberapa 
orang anaknya. 

Allahyarham meninggalkan lima orang anak hasil perkahwinannya dengan Zulida iaitu 
Faizul Azlan, 29, Rafiz Azuan, 28, Sabina Azah, 25, Norsiswi Azni, 22, dan Mudzaffar 
Azif, 20, dan dua lagi Aishah Norizwani, 6, dan Arif Assadikin, 2, hasil 
perkahwinannya dengan Fatimah Rosmawati Nordin, 38. 

Adnan menyifatkan Abdullah sebagai seorang pemimpin yang senang didampingi dan 
sentiasa bekerja kuat. 

Adnan juga berkata terlalu awal untuk diberitahu tentang pilihan raya kecilbagi kerusi 
Dewan Undangan Negeri Sanggang yang diwakili oleh Abdullah. 

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diberitahu. Mengenai jawatan Pengerusi 
Jawatankuasa itu pula saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir 
Mohamad dan Tuanku Sultan Pahang," katanya. -- BERNAMA
 



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke