Salam buat semua~

Tarikh 21/3/2000 bersamaan hari selasa,sepertimana semua sedia maklum
penamaan calun telah diadakan di dewan MPT Temerloh.Perarakan bermula
pada pukul 9 pagi.Calun BA dari parti PAS diiringi oleh Yb dato,Fadhil
Nor,Yb.dato'Nik Aziz,Yb.Mahfuz Omar,sdr.Sallehuddin Ayub,Sdr.Ezam mohd
nor,beberapa pemimpin dari parti alternatif yang lain dan para penyo-
kong BA.Adalah dianggarkan seramai 10,000 penyokong BA dari seluruh
negara kecuali Sabah dan Sarawak telah berarak mengiringi calun BA
ka pusat penamaan calun.Manakala orang sebelah pun tak kurang juga yang
datang pada hari tersebut.Munkin dalam perbezaan 3 ribu lebih
penyokong BA dari BN. Terdapat 5 buah bas yang terjumpa oleh saya,yang
pastinya membawa penyokong BN ke tempat tersebut.Yang saya tak jumpa entah
berapa banyak bas lagi,pun saya tak pasti.

Satu peristiwa yang me! nimbulkan sedikit ketegangan dikalangan penyo-
kong kedua belah pihak telah berlaku.Orang BN tak puashati bila orang
BA masing-masing tunjuk duit Rm 10 dan Rm 50 pada orang BN.Begitu juga
kain batik telah dijadikan bendera oleh orang BA dan ditayangkan kepa
da orang BN.Orang BN membalas dengan beberapa isyarat lucah.Kain ren
tang pemuda Ameno Gombak dan Marang telah kena boo kerana kedua kawa-
san berkenaan tewas dalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya tak sempat dengan pengumuman calun yang akan bertanding,tapi
yang pasti pertandingan dua penjuru antara BA dan BN akan berlaku
pada 1 april nanti.Kita sama-sama nantikan keputusannya kelak.Saya
mendapat tahu ditempat penamaan calun tersebut seorang yang memang
terkenal dengan jolokan SAMSENG PAHANG telah menunjukan isyarat lucah
pada orang-orang PAS.Orang yang saya maksudkan adalah dato'Adnan Yaa
kob iaitu Memang Bangsat Pahang ( MB ).

Sekian hingga ketemu lagi Wassalam~


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke