*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim

Penulis buku "Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim" menulis:

Allah SWT Maha Pencipta yang segala penciptaanNya tidak sia-sia, 
segala-galanya ada untuk memperlihatkan dan menzahirkan kewujudanNya dan 
kekuasaanNya.
Bersama-sama Rasulullah SAW itu adanya para sahabat. Mereka yang telah 
merelakan dan mengorbankan apa saja termasuk nyawa demi untuk kemuliaan 
agama Allah SWT. Mereka telah memilih dan merelakan diri mereka susah, 
sengsara dan menderita demi untuk meraih kesejahteraan abadi iaitu mendapat 
keredhaan Allah SWT.
Bagi kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua bertaraf ummah di akhir zaman 
ini yang tapaknya adalah sebuah Daulah, pendokong-pendokong utamanya tidak 
dipanggil sahabat, tetapi dipanggil Ikhwan. Sebutan Ikhwan itu adalah untuk 
membezakan dengan sahabat Rasulullah SAW. Ertinya Ikhwan itu adalah 
orang-orang yang bersama sebagai pendokong kepada Pemuda Bani Tamim dan Al 
Mahdi.
Gelaran Ikhwan ini sangat mulia dan istimewa di sisi Allah SWT. Sebab itu 
apabila Rasulullah SAW menyebutnya di hadapan para sahabat bahawa baginda 
merindui para Ikhwan, ada di antara para sahabat mengharapkan umurnya 
dipanjangkan hingga dapat bersama Ikhwan di akhir zaman.
Manakala Sayidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini Ikhwan mu? Baginda 
SAW menjawab, "Tidak, wahai Abu Bakar, kamu adalah sahabat-sahabatku." Dan 
baginda menambah, "Ikhwanku itu ialah mereka yang tidak pernah melihatku 
tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Sehingga aku lebih dicintai oleh 
mereka daripada anak dan ibu bapa mereka."
Patut sangat umat Islam ini memburu gelaran Ikhwan dengan bersungguh-sungguh 
berusaha untuk bersama Pemuda Bani Tamim dan seterusnya bersama Al Mahdi. 
Inilah masanya dan bertekadlah untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh 
bermula dengan membaiki diri hingga benar-benar memiliki Iman yang kuat dan 
taqwa yang tinggi.
Sewajarnya kita bukan sekadar terhenti untuk mengamalkan Islam dan menjadi 
individu yang baik. Lebih dari itu ialah mencapai taraf Ikhwan yang bersedia 
menjadi pejuang. Pejuang yang dengan penuh rela dan seronok meletakkan diri 
sebagai alas tiang. Alas tiang di mana segala beban perjuangan Islam sedia 
dipikulnya. Dan ini juga sebagai satu tuntutan mencapai kemenangan, iaitu 
adanya satu kelompok yang menyediakan diri terkorban demi ketinggian dan 
kemuliaan agama Allah SWT.
Untuk layak mencapai taraf Ikhwan kepada Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi ada 
syarat-syarat tertentu di antaranya:
1. Taqwa yang tinggi dan sebahagiannya ada yang bertaraf wali.
2. Memiliki keyakinan yang kental dan luar biasa.
3. Ketabahan, kesabaran dan kegigihan yang luar biasa.
4. Taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan
5. Memiliki akhlak mulia dan mempesona.
6. Ibadahnya baik, banyak dan halus serta hati yang sentiasa merintih kepada 
Allah SWT - Rubbanunbillail Wa fursanun fin Nahar- Rahib (ibadah) waktu 
malam, berjuang waktu siang.
7. Sesama Ikhwan sangat kuat tali persaudaraan, kasih sayang, bersatu dan 
bersefahaman.
8. Sentiasa diuji dan terus diuji namun mereka mampu menghadapi ujian.
9. Jumlahnya sedikit tetapi berkualiti sehingga seolah-olah seorang sama 
dengan sepuluh orang yang lain atau lebih.
10.Tiada sebarang kepentingan diri kecuali semuanya hanya untuk Allah SWT 
dan agamanya.

Di dalam sebuah atsar, pernah diucapkan oleh Sayidina Ali Kwj. yang 
bermaksud: "Maka Allah menghimpunkan sahabat-sahabatnya (sahabat Imam Mahdi) 
sejumlah tentera-tentera Badar dan sejumlah tentera-tentera Thalut, iaitu 
sebanyak 313 orang lelaki (terdapat kaum wanita mengiringinya). seolah-olah 
mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat 
kepingan-kepingan besi. Kalau mereka bercita-cita untuk memindahkan gunung 
nescaya mereka dapat melakukannya. Pakaian mereka sejenis, dan seolah-olah 
mereka itu dari satu ibu dan ayah." (dari Kitab Aqdud Durar fi Akhbaril 
Muntazar, Beirut, 1983, hal.95)

******************************

InsyaAllah saya akan menghuraikan sepuluh sifat yang dimiliki oleh 
pendokong-pendokong perjuangan Pemuda Bani Tamim yang akan bersambung dengan 
Al Mahdi a.s. dengan izin Allah. Semoga dengan itu dapat kita menilai apakah 
kita layak untuk memikul tanggungjawab perjuangan akhir zaman ini.

Sekian, Hari Raya hanya untuk orang yang menang terhadap hawa nafsunya. Yang 
kalah banyak-banyaklah bersedih dan teruskan baiki diri.

Wassalam,

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke