*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (23)

Assalamualaikum,

Pemuda Bani Tamim- Kepemimpinan negara akan bertukar tangan.

UMNO yang sebelum ini menjadi tunggak pemerintahan negara, kini sedang nazak 
apabila tidak lagi majoriti selepas pilihanraya ke-10. Dengan hanya 
memperolehi 72 kerusi berbanding komponen BN yang lain (jika bergabung), 
melayu bukan lagi tonggak pemerintahan.
Bertambah sakit, apabila kabinet yang disusun terdiri dari kabinet yang 
cukup lemah, di mana orang-orang yang kalah turut menganggotai kabinet. 
Kalah bererti ditolak rakyat. Orang yang telah ditolak tidak layak jadi 
menteri. Lebih-lebih lagi jika kekalahan itu ditangan orang yang dilihat 
lemah juga. Kekalahan yang disifatkan atas pengaruh isu nasional.
Belum reda kehangatan pilihanraya, demam panas yang mampu meragut nyawa UMNO 
menerpa, yang bakal menyaksikan mereka lebih teruk berkrisis sesama sendiri.
Dengan krisis tersebut, BERLAKU ATAU TIDAK PERTANDINGAN (Kerusi No. 1 & 2), 
UMNO tetap HANCUR.
Saya bukan penganalisis politik, tetapi keadaan yang di depan mata, budak 
kecilpun tahu menilai. UMNO umpama sebuah rumah reput, yang diserang ribut 
dan gempa dari luar, sedang yang berada di dalam sedang bergaduh. Semua yang 
melihat akan berkata, rumah itu pasti roboh.
Ketika itu, hati kecil rakyat akan berkata: "Elok sangatlah ditukar saja 
dengan rumah yang baru, yang kukuh dan gagah."
Parti-parti politik yang lain pun sangat-sangat berharap agar mereka akan 
menggantikan tempat kepemimpinan yang telah hancur itu. Parti manakah yang 
mampu mengambil tanggungjawab atas keruntuhan yang berlaku itu?
Mungkin ada yang berkata, termasuk di kalangan pemimpin UMNO: "Setakat ini 
nampaknya PAS lah yang boleh diharap..."

Ikuti seterusnya...

Wassalam,

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke