*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Pemuda Bani Tamim (6)

A. Sifat-sifat Peribadi Pemuda Bani Tamim
1. Namanya ialah Syuaib bin Soleh
Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil 
dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah 
orang-orang yang berakhlak baik.
Persoalannya, kenapa nama Pemuda Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh 
seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu 
adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu 
palsu atau jika benar, kenapa tidak benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?
Sesungguhnya hadis ini adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi 
SAW berdusta, kerana setiap hadis daripada Nabi SAW adalah datang daripada 
Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul 
masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).
Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu'bun, bererti suku bangsa atau puak
dari suatu bangsa. Manakala kalimah Syu'aibun, pula bererti suatu
suku kecil dari sebuah kabilah. Lagipun, Nabi SAW tidak pernah menyatakan 
bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.
Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau
lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:
1.  Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
2.  Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,
berjambang dan berserban).
3.  Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran 
luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
4.  Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang 
bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu 
sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut 
dengan Bin, yakni disekalikan namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam 
di Nusantara sahaja yang lazim berbuat demikian.
Kalimah Soleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini membawa
maksud seperti berikut:
1.  Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari 
bahasa Sanskrit, nama tempatan atau dari bangsa yang bukan Islam.
2.  Baik keperibadiannya iaitu dikenali sebagai seorang yang tetap teguh 
dengan pendiriannya.
3.  Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikut akidah Islam yang 
sejati.
4.  Baik keturunannya iaitu diketahui keturunannya adalah dari yang
baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
5.  Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari 
kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cintakan agama.
6.  Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak 
amalan agamanya. Amalan agama itu sudah sebati dengan dirinya sejak dari 
beliau kecil lagi.
7.  Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai idea yang baik untuk 
merubah masyarakatnya ke arah menghayati ajaran Islam sejati pada ketika 
mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
8.  Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan 
hamba Allah pada masa itu.
Jika benar hadis-hadis berkenaan, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib 
bin Soleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:
1.  Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, selamatlah beliau 
daripada diburu, dibunuh, dihalang atau diapa-apakan oleh musuh-musuh Islam 
yang sememangnya cuba menghalang kebangkitan Islam kali kedua ini dengan 
segala daya upaya mereka.
2.  Supaya umat Islam berusaha mencari siapakah identiti sebenar Syuaib bin 
Soleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan 
akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Pemuda Suku 
Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. 
Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
3.  Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang 
berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak 
mudah percaya, apatah lagi ketika itu memang orang ramai sudah tidak percaya 
lagi dengan hadis-hadis mengenai Pemuda Bani Tamim.
4.  Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat 
awalnya)siapa sebenarnya Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak 
menyedari bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan 
sebagai Syuaib bin Soleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya 
setelah jauh dan lama berjuang.
5.  Untuk menipu pihak musuh Islam. Oleh kerana tiada huraian lanjut para 
ulama terhadap keperibadian Pemuda Suku Tamim ini, pihak musuh menyangka 
bahawa namanya menang benar-benar Syuaib bin Soleh seperti yang tersebut di 
dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan 
peribadi berkenaan.
Berdasarkan huraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenar Nabi SAW tidak 
menyebutkan nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu. Adalah diharapkan dengan 
penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama 
sebenar Syuaib bin Soleh itu.
Syuaib bin Soleh akan berjuang hingga ke Khurasan dan di sana beliau akan 
dibantu oleh Haris al Haras, di sebuah tempat yang dikenali sebagai "Ma wara 
un Nahar" (Negeri di belakang sungai). Kedudukan itu jika diteliti terletak 
di sebuah kampung antara Tirmiz dan Samarkand di Uzbekistan sekarang (yang 
termasuk di dalam wilayah Khurasan)
Namun di dalam hadis yang lain secara jelas menunjukkan bahawa Pemuda Bani 
Tamim itu akan datang dari sebelah Timur bersama jemaahnya memperjuangkan 
Islam.
Panji-panji hitam yang dimaksudkan itu adalah kekuasaan yang diserahkan 
kepadanya sebagai tapak kepada membangunkan ummah. Panji-panji hitam yang 
sebenar (dalam bentuk bendera) akan diserahkan kepada Pemuda Bani Tamim oleh 
Haris Al Haras apabila beliau berjuang di Khurasan.

Berpuasalah dengan penuh rasa kehambaan, Wassalam.

Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke